Sunday, November 30, 2008

Roasted Beef


Resepi ambil dari MyR, 14Sept. Tapi saya buat 1/2 dari adunan asal dan medium rare. Jadi saya copy paste je lah.
Bahan bahan

1 Kilo daging pinang
4 biji kentang
5 biji bawang besar
serbuk lada hitam
sedikit garam
olive oil
1 buku butter (potong kepada kepingan)
minyak masak

Cara-cara
  • Daging dibersihkan dan tos. Kemudian sapukan seluruh permukaan daging dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  • Bawang besar dibelah separuh kepada 4 bahagian (jangan sampai bawang terbelah habis) agar masak nanti berbentuk seperti bunga (seperti dalam gambar)
  • Kentang dibuang kulit dan dibelah 4. basuh dan toskan. kemudian gaul bawang besar dan kentang dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam .
  • Letakkan daging, bawang besar dan kentang kedalam loyang kemudian lumurkan dengan olive oil dan gaul sebati.
  • Tuangkan minyak masak sehingga separuh loyang dan letakkan butter ke atas permukaan.
  • Letakkan loyang ke dalam oven tray. Masukkan air panas/ suam ke dalam oven tray.
  • Bakar dengan suhu 200 degree selama 2 jam hingga 2 1/2jam atau sehingga masak/empuk bergantung pada oven masing². sentiasa balik balikkan daging setiap 15 -20 minit supaya daging masak rata.

Saturday, November 29, 2008

Marble Cheese Cake

Masa tengah mengeledah peti ais, ternampak 1 ketul cream cheese yang rasa rasanya dah menghampiri tarikh luput. Apalagi, buka kitab cari resepi yang senang dan bahannya ada kat dapur rumah saya. So, decided tot try this recepi by Umifeeza dari MyR. Alhamdulillah, menjadi dan rasanya pun not bad.

Bahan-bahan ( 20 cm )

Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  • Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  • Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  • Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  • Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter.
  • Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong.

Sambal Tumis Udang & Petai

Dah agak lama tak masak sambal udang dengan petai, bukan apa kalau weekdays tu tak selesa sikit. Maklumlah kalau pegi kerja, rasa cam tak selesa pulak kalau nak bercakap dengan org lain. Yelah, nanti kalau org tersenyum sumbing kat kita, nanti kita terasa lain pulak. Kalau weekend ni, ok lah sikit.

Award Dari Zanie


Dapat award dari Zanie. Terima Kasih banyak banyak. Maaf lambat sikit letak sebab agak sibuk kebelakangan ni.

Friday, November 28, 2008

Chicken & Mushroom Pie

Dah beberapa hari gantung periuk sebab byk sangat kerja. Bila dah sampai kat rumah, rasa nak lay down jer. Nasib baiklah cik abe memahami dan kita akan makan dulu sebelum balik. Saya beli puff pastri ni dah beberapa hari tapi belum berkesempatan nak buat chicken pie ni. So pagi tadi saya merealisasikan impian tu......

Wednesday, November 26, 2008

Masak Lemak Rebung Bersama Udang

Hari tu masa pergi pasar, saya beli udang agak byk, sebabnya geram tengok udang tu besar besar. Logik ke alasan ni.... Dah tu, tak tau nak masak apa dengan udang ni. Asyik asyik nak buat sambal udang jer, muak juga. So sebelum balik kerja, saya singgah beli rebung untuk masak lemak dan boleh le campur ngan udang yang kat rumah tu. Uishhh dah 2 hari makan yang berlemak, so hari ni kena fikir makanan yg takde santan pulak.

Sambal Belacan Bersama Mangga Muda

Semalam lepas buat kerabu mangga, ada balance 1 biji lagi buah mangga muda ni. Kalau dibiarkan alamatnya akan masuk dalam tong sampah. So saya buat sambal belacan campur ngan mangga muda.

Tuesday, November 25, 2008

Menu Malam Isnin

Semalam, sehari suntuk saya sibuk sangat. Byk kerja yang perlu diselesaikan. Awal awal lagi my husband dah request Kari Kepala Ikan for dinner. Itulah, kalau dia tak minta takpe, tapi kalau dah minta twice in a row. Dah lama tak buat kerabu mangga, jadi bila semua bahan ada, jadi projek on. Saya guna cili padi yang ditanam dalam pasu kat belakang rumah, walaupun kecil jer tapi pedas sangat.




Sunday, November 23, 2008

Triffle

Hari ni hari mengemas rumah, lepas my husband keluar gi kerja, saya start mengemas dan buat laundry. Pukul 11.30 am, my husband call ajak lunch kat luar. Bila lepas lunch ngendeng ajak gi shopping. Pukul 3.3o pm my friend call nak datang rumah pukul 5 pm sedangkan saya baru on the way nak balik rumah. Alahai apa nak jamu kat tetamu yg datang ni.....
Sampai rumah, belek belek apa yang ada, jumpa 1 tin fruit coktail. So yang paling mudah dan cepat buat triffle dan goreng bihun. Apa nak buat, last minute menu....

Bahan bahan

1 kek gulung
180 gms tepung kastad
200 gms gula
1000 ml air
250 ml susu cair
Sedikit garam
1 tin kecil buah buahan campuran
1 kotak instant jelly

Cara cara
  • Potong kek dan susun dalam bekas kaca memanjang. Tuang sedikit sirap dari tin buah coktail. Ketepikan.
  • Masukkan kastad, gula dan susu cair dalam bekas.Kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Masukkan air dan garam,kacau rata.
  • Masak adunan kastad di atas api sederhana. kacau sehingga pekat.
  • Tuang kasatd di atas kek tadi.
  • Taburkan buah buahan tanpa sirap. Biarkan seketika sementara memasak instant jelly.
  • Ikut arahan pada kotak jelly, setelah masak, tuang jelly ke atas puding kastad tadi dan sejukkan.

Saturday, November 22, 2008

Menu Malam Minggu


Sebabkan siang tadi tak masak, jadi malam ni kena masak berat sikitlah. Awal awal lagi dah diberitahu malam ni nak makan kari ketam.

Cucur Udang

Hampir seminggu tak dapat online kat rumah gara gara modem problem. Bila dah buat aduan, explain kat officer bertugas, esok follow up balik, nanti org lain jawap, tanya apa masalah lagi. Explain lagi sekali, rasanya hampir 4 kali proses ni berulang sampai naik tanduk dah saya ni. So 2 hari lepas, org telekom datang hantar modem baru, tapi salah modem pulak. Tunggu org lain pulak hantar sampailah ptg semalam baru ok. Sekso gak makcik menunggu....
Hari ni tak masak lunch, bila ptg ptg camni, hujan pulak tu, mulalah perut rasa lapar. nak masak nasi malaslah pulak. Fikir punya fikir, buatlah cucur udang walaupun taugeh atau daun bawang pun takde. Yg ada cuma kangkung jer, apalagi masukkan jer daun kangkung dalam cucur ni. Sodap gak bila hujan hujan camni.....

Thursday, November 20, 2008

Salmon Steak Bersama Sos Putih

Resepi ambil dari MyResepi-Skyblue. Dah pernah buat sebelum ni. Ada lebihan ubi kentang yang saya gunakan untuk buat Samosa dulu, jadi saya buatkan mashed potato.

Bahan bahan

1 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
1 cawan mashed potatoes

Bahan-bahan untuk sos

2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Fettucinne Bersama Sos Putih


Semalam, mimpi apa ntah, masak semua yang western jer. Bukan apa, my husband dah makan kat luar jadi saya masak ikut tekak saya ler. Balance sos putih yang makan ngan ikan salmon tu saya gaulkan dengan pasta dan selamat masuk perut.

Jus Jambu Batu


Bahan bahan
2 biji jambu batu tanpa biji
4 sudu gula
2 Cawan air
Cara cara
  • Potong buah jambu kepada saiz yang lebih kecil.
  • Masukkan semua ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  • Tapis ke dalam bekas yang sesuai. Sedap dinikmati bersama ais kiub.

Wednesday, November 19, 2008

Egg Tart

Dah lama simpan resepi ni, asyik tertangguh jer nak buat egg tart. Senang sangat nak sediakan bahan bahan dan sedap. Resepi ambil dari MyResepi cuma saya buat 1/2 dari resepi asal.
Bahan bahan
bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur
bahan utk filling : 1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence

Cara-cara
  • Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  • Masukkan butter. Sebatikan.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  • Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  • Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
    Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie.
  • Tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  • Bakar dlm oven, suhu 160C selama lebih kurang 45 min atau sehingga keperangan, bergantung pada oven masing masing.

Roti Jala & Kari Ayam

Semalam masa dinner, makan kari ayam jadi pagi tadi terus buat roti jala untuk sarapan pagi.

Tuesday, November 18, 2008

Kudapan...



Emak saudara husband saya datang rumah last weekend dari Perlis. So my MIL kirim buah nangka sebiji dan beberapa ikat pisang. Tak pasti pulak apa nama pisang tu, tapi memang biasa buat goreng. Tapi biasalah, masa kat rumah tu terhad, jadi ambil masa nak habiskan. Nak hulur kat jiran pun, masing masing buat hal sendiri.
Oh ya, cakap pasal jiran baru. Dah masuk minggu 3 saya berpindah, belum bertegur sapa walaupun dengan jiran sebelah rumah. Entahlah, setiap kali terserempak saya berpaling untuk sekurang kurangnya melemparkan senyuman kalaupun tak sempat bersuara. Tapi sedikit pun mereka tak berpaling. Tapi berlainan pula dengan jiran yang berbangsa Cina dan India, kerana sekurang kurangnya datang bertegur sapa dan memperkenalkan diri.
Sayakah yang terlalu kolot atau "orang kita" sudah jauh maju ke depan. Atau sekarang kita perlu ambil pendekatan " Engkau-Engkau, Aku-Aku". Mungkin saya terlupa yang sekarang kita adalah MELAYU BARU.

Monday, November 17, 2008

Award Dari Hana


Dapat hadiah dari Hana, Japan. Thanks for the thought.

Streamyx modem out


Petang semalam hujan, jadi ASTRO dah tentu tentu takde service punya. Walaupun dah tengok Princess Hour tu, tapi sebabkan semalam finale episode, nak tengok juga jadi lari tengok TV kat atas. Terlupa nak off modem, tiba tiba berdentum guruh dan kilat. Sekali my husband naik dan kata " modem you dah selamat". Terus call TM, dia cakap dalam masa 24 jam akan hantar technical assistant. Memandangkan semalam Ahad jadi paling cepat pun mungkin hari Selasa. Jadi buat sementara takleh ler skodeng rumah orang di malam hari.

Sunday, November 16, 2008

My Edible Plant



Hanya beberapa pokok yang saya bawa sama semasa berpindah. Ada sesetengah tu tak dapat bawa sebab dah sbesar sangat seperti pokok limau purut yg setinggi 1 tingkat rumah saya. Pokok tu memang besar dan byk buahnya, sayang betul. Lagi satu pokok delima yang besar juga.

Saturday, November 15, 2008

Milk Jelly

Boring tak tau nak buat apa, buka peti ais nampak fresh milk ada sikit lagi. Tengok dah nak expired. So fikir nak buat apa, jadi buka myresepi cari cari resepi yang sesuai dan cepat. Nampak resepi ni dari Yani.

Bahan bahan

500 ml susu segar
10 gms gelatin
2 sudu besar air
Strawberry Syrup
Daun pudina untuk hiasan

Cara cara
  • Panaskan susu segar di dalam periuk. Bancuh gelatin dengan air dan masukkan ke dalam susu tadi.
  • Kacau biar sebati. Masukkan campuran ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Hiaskan dengan daun pudina dan tuangkan strawberry syrup semasa menghidang.

Bihun Goreng

Lunch tadi tak sempat masak sebab byk kerja yang nak disiapkan. Lagipun my husband tak balik makan tengahari. So ingat petang tadi nak buat kuih untuk minum petang, tapi ada permintaan nak makan bihun goreng. Rasanya, ia akan jadi minum petang cum makan malam.

Friday, November 14, 2008

Samosa

Tak taulah nak panggil samosa ke atau popia, sebabnya memang plan nak buat samosa tapi bila nak lipat jadi 3 segi tu asyik tak menjadi jer. Tension gak, asyik lipat sana lipat sini mau hancur kulit popia tu. Jalan yang paling senang gulung cam popia ler.

Bahan bahan
2 biji ubi kentang- potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu makan rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air
200 gms daging cincang
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris halus
1/2 sudu teh garam
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih,serbuk kurma dan garam. Gaul rata.
  • Masukkan daging cincang dan gaul hingga masak. Masukkan kentang dan air dan masak hingga empuk.
  • Masukkan daun sup dan daun bawang, gaul rata. Tutup api dan biarkan ia sejuk seketika.
  • Bentangkan kulit popia dan isikan dengan inti. Lipat membentuk segitiga atau gulung.
  • Panaskan kuali dan goreng hingga kekuninggan.

Thursday, November 13, 2008

Tag dari Zana

Kena tag ngan Zana- Tunjukkan Work station. Susah juga ni, bukannya apa, sebab takde specific place. Ikut suka hati jer kat mana nak port. Kadang kala kat ruang tamu, adakala kat atas meja makan. Cam sekarang ni tengah skodeng rumah orang dari bilik tidur. Nantilah esok esok saya ambil gambar my mobile workstation.

Hadiah dari Zana


Terima kasih bebanyak pada Cikgu Zana yang bagi hadiah ni. Amazing ker ? Biasa biasa jer, maklumlah baru baru nak berjinak jinak ngan dunia blogging ni. Byk yg masih perlu dipelajari.

Rebus Ketam

Dah beberapa hari my husband tak sihat dan tak lalu nak makan. So hari ni agaknya dia dah rasa nak makan, jadi dia mintak saya masakkan kari ketam. Tapi disebabkan dia belum betul betul sihat, saya suruh dia makan yang rebus jer. Walaupun kureng sikit.... dia terpaksa ikut gak.

Bahan bahan

2 ekor ketam - dicuci dan dipotong 2
1 batang serai
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 keping asam gelugor
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji cili merah
Garam
Air secukupnya

Cara-cara
  • Bawang merah,putih, halia dan kunyit di mayang halus.
  • Tumis bahan yg dimayang menggunakan sedikit minyak hingga kekuningan.
  • Masukkan ketam dan gaul sekata. Masukkan air secukupnya.
  • Masukkan serai dan asam keping dan cili merah yg dipotong serong.
  • Peraskan dengan garam dan biarkan ia mendidih. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

Tomyam Udang

Dah lama tak masak tomyam, so hari ni saya buat tomyam udang. Bahan bahannya pun tak susah sangat dan semuanya main rebus jer.

Bahan bahan

10 ekor udang - dibersihkan dan ditos
1 batang serai
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 cm lengkuas
2 helai daun limau purut
2 camca makan paste tomyam
Sedikit jus limau nipis
Sedikit cendawan tiram
Daun bawang
Daun ketumbar
4 biji cili padi
1 sudu makan sos ikan
Garam - jika perlu
4 cawan stok ayam/air rebusan ayam

Cara cara
  • Masukkan stok ayam ke dalam periuk, panaskan. Masukkan serai yang dipotong serong.
  • Masukkan lengkuas dan daun limau purut yang dikoyak dengan tangan. ( Jangan hiris halus). Kemudian masukkan bawang besar yang dibelah 4.
  • Masukkan paste tomyam, jus limau nipis dan sos ikan. Kacau biar ia sebati.
  • Masukkan cendawan tiram,cili padi dan tomato yang dibelah 4.
  • Biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan udang. Masukkan pula daun bawang dan ketumbar.
  • Kacau dan biarkan ia mendidih sebentar dan bolehlah ditutup api. Jangan masak udang terlalu lama kerana hilang manisnya.

Saje jer...........

Semalam balik kerja, terus keluarkan ayam dan udang dari freezer. Bukan main bersemangat nak masak. Sementara nak hilangkan ais beku tu buatlah kerja lain dulu. Adoi..... bila nak start memasak baru perasan yang air paip takde pulak. Sejak berpindah ke sini dah 2 kali terputus bekalan air paip. Tunggu punya tunggu sampai pukul 8.30 pm pun masih takde lagi, apalagi helo helo kat my husband suruh tapau je lah..... Sampai pagi tadi sebelum saya keluar gi kerja, air masih takde lagi.

So pagi tadi keluar rumah awal dari biasa sebab malas nak buat sarapan, sampai kat traffic light yg berdekatan rumah, tengok punyalah jem....... Dah hampir 1 bulan duduk sini, memang tak pernah jem, rupa rupanya ada kemalangan. Memang teruk, melibatkan 3 buah kereta ( kalau tak silap). 1 kereta dan terbalik ( semua tayar kat atas ), 1 kereta remuk separuh bahagian depan dan 1 kereta lagi tersadai kat tepi jalan. 2 kereta tu berada di tengah tengah jalan, menyebabkan kesesakan yg teruk sangat. Ermmmm.... ngeri saya tengok.

Wednesday, November 12, 2008

Award dari Fiza Nordin


Thanks Fiza for the Award. Saya ni takde lah begitu Hard Working sangat. Masak pun yg simple simple jer. Maklumlah berkejar dengan masa. Anyway thanks .....

Tuesday, November 11, 2008

Yong Tau Foo


Malam ni tak masak dinner coz my husband refused to eat heavy. Syok apa, tak perlu perah otak fikir nak masak apa untuk dinner. Jadi bila dah tak makan nasi, kena cari something else, so saya beli yong tau foo. So that's all for our tonite dinner.

Monday, November 10, 2008

Vietnamese Spring Roll

Punyalah seksa nak membalut spring roll ni, sebab takut rice paper tu terkoyak. Resepi ambil dari MyResepi- Skyblue

Bahan Bahan

4 helai daun salad
1 lobak merah, diparut
1 timun, dipotong memanjang
8 ekor udang, direbus dan buangkan kulit
4 helai Rice Paper

Cara cara
  • Rendam 1 helai rice paper dalam air suam seperti dinyatakan kat pkt.
  • Letak rice paper tadi di atas pinggan, susun bahan2 diatasnya dan balut macam popiah.
  • Potong dua jika suka, dihidangkan bersama sos thai.

Avocado In Fresh Milk

Memang selalu buat dessert ni, sebabnya senang dan mudah. Cuma kadang kala tu, buah avocado agak mahal sikit.

Bahan bahan

1 biji buah avocado yg masak - dibuang kulit
Sedikit garam halus
2 sudu kecil gula pasir
1 cawan fresh milk

Cara cara
  • Buah avocado di potong kecil.
  • Bancuh susu segar dengan garam dan gula.
  • Satukan susu segar tadi dengan buah avocado. Gaul sekata.
  • Sedia untuk dinikmati.

Sunday, November 9, 2008

Sup Sayur Bersama Bebola Daging

Teringin nak makan sup, tapi stok ayam dan daging takde pulak kat rumah. Teringat semalam masa keluar makan kat luar, sempat merayap dan beli 1 packet beef ball. Tengok dalam petiais ada sikit lagi stock sayur, dan terhasillah sup sayur dan bebola daging. Ermmm...kena pulak cuaca yg sedang mendung saat ini, sedapnya menghirup sup panas......

Cencaru Bersambal

Pagi tadi cuaca kat sini bukan main panas lagi, so dengan bersemangat membasuh kain kain yg tebal dan kain alas meja. Elok selesai membasuh jer, tengok kat luar dah start hujan renyai renyai. Sekarang cuaca dah mendung dan sesekali terdengar bunyi guruh. Hai... camne ler nak sidai ni......( ada alasan nak minta belikan dryer ni...hehehe). Tengahari ni tinggal sorang sorang kat rumah, jadi masak yang sempoi jer.

Friday, November 7, 2008

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

Resepi ambil dari MyRresepi.


Bahan bahan

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2
3sb gula
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong

Cara-cara
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
  • Lepas 5 minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  • Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

Apam Gula Hangus

Resepi dari my mum, tapi tak jadi cantik cam selalu dia buat. Maklumlah dia buat selalu, saya pulak once in a blue moon..... jadi camne nak jadi cantik.

Bahan Bahan
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 sudu makan butter
1/2 sudu makan soda bikarbonate
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
Cara cara
  • 2 cawan gula pasir dibuat gula hangus, kemudian masukkan air. Biarkan mendidih dan tutup api. Masukkan butter dan kacau biar sebati. Biarkan ia sejuk sebentar.
  • Bancuh campuran gula hangus tadi dengan tepung gandum, soda bikarbonate dan telur.
  • Pastikan ia sebati tanpa ada ketulan/tepung yg tidak sebati.
  • Panaskan kukusan, sapukan butter pada bekas yg hendak diisi campuran tadi.
  • Setelah air mendidih, kukus campuran apam tadi hingga masak.

Thursday, November 6, 2008

Assam Rebus Keladi

Dah lama tak masak sayur asam rebus keladi, so semalam bolehlah lepaskan gerammmm....

Bahan bahan

2 batang keladi
3 keping asam gelugor
100 gm udang kering
1 tangkai daun kesum
4 ulas bawang merah
80 gms cili kering
Sedikit belacan
Sedikit kunyit hidup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
  • Keladi dibersihkan dan dipotong, celurkan dengan 2 asamkeping. Biarkan keladi layu dan buangkan airnya. tos dan ketepikan.
  • Kisar bawang merah,kunyit hidup,cili kering dan belacan. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan air secukupnya, udang kering,asam keping dan daun kesum. Didihkan.
  • Setelah mendidih, masukkan keladi yg telah dicelur tadi. Perasakan dan bolehlah diangkat.

Fettucinne Goreng

Gara gara terliur tengok Udang yg Che'Iza masak ngan mee goreng tu, saya pun nak masak gak. tapi kat rumah takde mee basah ataupun spagetti, yg ada cuma fettucinne jer. Ahhh.... bolehlah tu, takde rotan, akar berguna jua.. (betul ke peribahasa yg saya guna ni....)

Wednesday, November 5, 2008

How Quickly The Years Passby.....................





Life is short!
Forgive quickly! Kiss slowly!
Love truly, Laugh uncontrollably..
And never regret anything that made you smile.

Tuesday, November 4, 2008

Suasana baru...............





Suasana pagi di tempat baru, sebelum ni tinggal kat kawasan yang setiap masa bising ngan bunyi kereta dan motor. So saya lari tinggal kat kawasan yang masih sunyi dan sepi. Bangun pagi pagi masih boleh lihat kabus dan air turun dari bukit especially selepas hujan turun. Kalau buka tingkap angin menderu deru menerobos masuk ke dalam rumah.

Kerabu Daun Selom

Bahan bahan

1 ikat daun selom
1 biji cili merah
2 ekor ikan kembong
4 ulas bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit perahan limau

Cara cara
  • Daun selom dihiris halus. Cili merah dan bawang merah dimayang halus.
  • Ikan kembong dibakar dan ambil isinya.
  • Gaulkan daun selom, cili merah,bawang merah dan isi ikan kembong hingga sebati.
  • Perasakan dengan garam dan perahan limau.
  • Sedia untuk dinikmati.

Fakta tentang Selom : Sejenis ulam segar yang dikatakan dapat mengubati demam panas dan tekanan darah tinggi. Malah ia mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan menurunkan paras gula dan kolesterol dalam pesakit diabetes.

Sumber dari Majalah Rasa.