Wednesday, March 31, 2010

Thai Beef Salads


Semalam atau kelmarin dulu masa tengok Food Safari kat Astro AFC, ada sorang ni buat Thai Beef Salads dan makan dengan pulut kukus. Nampak cam sedap je.

Apalagi, since hari ni nak memasak, saya pun cari bahan untuk buat salads ni.

Bahan Bahan

500 gms daging sirloin steak
sedikit minyak
sedikit soya sauce
sedikit ground black pepper
1 ulas bawang besar - dimayang
daun ketumbar - dihiris
daun pudina - dihiris
daun bawang - dihiris

Untuk dressing

1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
2 camca teh fish sauce
2 camca teh jus limau
1 sudu teh gula kabung
2 @ 3 biji cili padi

Cara cara

1. Gaulkan daging sirloin tadi dengan soya sauce,minyak dan ground black pepper. Perap seketika kemudiang panggang hingga masak. Hiris nipis nipis dan ketepikan.
2. Hiris nipis cili padi, masukkan ke dalam bekas bersama sama dengan bawang putih, fish sauce, jus limau dan gula kabung. Gaul rata dan mesti ada rasa pedas,masam dan manis.
3. Masukkan daging yang telah dihiris tadi ke dalam bekas besar bersama sama dengan bawang dan daun daun yg telah dipotong tadi.
4. Tuang salad dressing ke dalam dan gaul hingga sekata. Siap untuk dihidangkan.

Udang Sambal Petai


Baru je dok puji cik abang mithali sebab tak perlu masak beberapa hari ni, dah hari ni cakap suruh masak la pulak. So kenalah pergi cari barang basah dan apa yang patut untuk masak.
Dah lama tak masak sambal udang, tadi nampak udang dan ada pulak petai yang dah siap kopek kulitnya. Apalagi terus grab masuk bakul. Jadi menu malam ni ialah udang sambal etai. Esok jangan duduk dekat dekat org lain, nanti bau petai la pulak.

Creamy Fettucine


Dah beberapa hari saya berhibernasi. Memang betul betul dalam mood yang teramat malas sangat. Malas nak masuk dapur apatah lagi nak memasak. Entah kena sampuk jin tanah mana entah.....
Spaghetti ni saya masak bila entah, sampai dah tak ingat bila. Inipun guna ready made sauce yang dalam tin tu.Saya rasa dah hampir 3 minggu saya tak beli barang basah. Bila buka peti doraemon pun dah kosong. Sepanjang masa berhibernasi ni, masak ala kadar ada la sekali dua, yang selebihnya beli kat kedai.
Nasib baik my husband tak kisah, dia pulak yang offer nak tolong belikan makanan. Oh adakah saya masak tak sedap? Ada gak saya tanyakan soalan cepumas ni kat dia, tapi biasalah jawapan standard yg dia bagi, " Ala, I sian kat you. Asyik masak je kan. Apa salahnya beli makanan kat luar. Nanti esok esok you masak la balik". Oh mithalinya suamiku.... Seronok juga tak perlu masak ni, balik kerja terus melepak atas sofa tengok TV. Tapi yang selalu jadi masalahnya ialah bila petang je akan ada bual bicara cam ni...

Suami : Nak makan apa malam ni?
Isteri : Entahlah. Nak makan apa ye... Abg nak makan apa?
Suami : I pun tak tau. You bagi la suggestion nak makan apa.
Isteri : Nanti I fikir ye....

Selepas satu jam kemudian....

Suami : Dah ada idea nak makan apa?
Isteri : Takde idea.
Suami : Punyalah lama fikir, takde idea juga.
Isteri : Idea takde, Idea dah lari...
Suami : Lari?
Isteri : Yup. Idea dah lari kepada encik usahawan berjaya.
Suami : ??????? Pening sungguh dapat isteri cam ni.

(hehehehehe.....ini lah akibat selalu dengar iklan kat radio Sinar. Ala iklan TM tu...)

Sunday, March 28, 2010

Carrot Juice


Semalam tak puashati minum carrot juice kat MonRods, so hari ni saya buat sendiri. Minumlah sampai terlentang....

Bahan bahan

1 biji carrot
2 sudu makan susu pekat
1 gelas air masak
Ice cube

Cara
Masukkan semua bahan kecuali ice cube, blend hingga hancur. Tapis ke dalam gelas, masukkan ice cube dan enjoy.

Tang Yuan


Semenjak dua menjak ni craving for Chinese Food la pulak...
Resepi saya ambil dari Shen@MyResipi.

Bahan-bahan ( 4-5 org )

* 300g Tepung pulut
* 1/2 cup air panas
* 1 cup air suhu bilik
* Inti - ikut selera masing2. Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah dll.
* Untuk air syrup: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.

Cara-cara

1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cup air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan 1 cup air suhu bilik sedikit2 sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
2. Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal.
3. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati. Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang merah, dan pandan kaya.
4. Rebuskan bebola dalam air yg sedang mendidih. bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan kedalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.

Jalan Jalan Cari Makan

Malam tadi kami makan kat luar, saja nak cuba makanan kat MonRods Kitchen. Yelah selalu dengar iklan kat Sinar FM dan ada keluar kat paper lagi. Tambahan siap ada Tagline, Kelainan Jadi Sebutan, so nk la juga tau apa yg lain tu..My husband cakap tak berapa nak kena dengan tekak dia. Dan yang paling tak tahan tu, kena tunggu hampir 30 minit sebelum dpat makan. Pelanggan takdelah ramai benor masa kami sampai tu.



Sirlon Steak, my husband punya. Sikit je dagingnya dan agak liat la pulak.


Carrot Juice - Harganya RM 5.30 segelas, lagi sedap kat restoren yg biasa saya minum dan harganya cuma RM2.70 segelas.


Yang ini, Lamb Chop saya. Kuat betul bau kambingnya. Rasa cam dok sebelah kambing lah pulak. ( hehehehe..pening dapat customer cam saya ni kan...)


Gambar blur sikit, segan la juga nak shoot sebab ramai juga yang datang lepas tu. Lampu pulak, malap je, romantik la tu....


Sementara nak tunggu makanan sampai, sempat gi tengok water features ni kat tengah laman. Cantik sungguh.

Saturday, March 27, 2010

Mango Pudding


Saya memang tak boleh tengok mangga, walau hari hari makan pun masih tak jemu. Sebab tu boleh dikatakan mangga sentiasa ada dalam peti ais saya. Agaknya kenan dengan buah mangga kot.

So tadi saya buat mango pudding, gunakan resepi Yani yang ada kat MyR tu.



Bahan-bahan ( 150ml- 4 cups )

* 50ml susu segar
* 50g gula
* 1 1/2 sudu kecil gelatin + 1 sudu besar air
* 250g isi mango yg dah dikisar (puree)
* 50g plain yogurt
* 125ml whipping cream
* utk Hiasan
* 2 biji mango

Cara-cara

1. Masukkan serbuk gelatin ke dalam 1 sudu besar air. Kacau dan biarkan 10 minit. (Jgn masukkan air ke dlm serbuk gelatin utk elakkan gelatin dr berketul-ketul)
2. Panaskan susu segar dan gula sehingga gula cair. Jangan sampai mendidih. Sejukkan sekejap. Kemudian masukkan gelatin tadi . ( Ini utk mengelakkan gelatin tu dari berbau) Kacau sehingga gelatin larut.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam food processor/blender. Mix sehingga semuanya sebati.
4. Kemudian masukkan campuran gelatin dan susu tadi. Mix lagi.
5. Akhir sekali bolehlan tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mkn.
6. Sebelum hidang bolehlah dihiaskan dengan susu pekat dan juga mango yg dipotong dadu.

Friday, March 26, 2010

Segala galanya segera....


Balik tadi lapar sungguh, rasa cam nak mengunyah je. 2 hari lepas ada beli roti perancis dengan garlic butter. Alangkah sedapnya kalau dapat cicah dengan mushroom soup.
Tapi tak kuasa la saya tengah tengah lapar tu nak buat mushrooms soup sendiri. Selak selak dalam lemari, ada 1 packet instant mushrooms soup jenama megi.Kan saya ada peti doraemon. Fuhh lega, tak yah tengok dah expired ke belum. Balun dulu, kalau dah expired, sakit perut. Kalau takde effect apa apa tu kira ok la... ( sila jangan ikut seperti saya)

Microwave Banana Pudding


Rasanya dah ramai yang buat microwave banana pudding ni. memang senang dan cepat je dah siap. Saya memang suka buat yang senang dan cepat ni, maklumlah tergolong dalam golongan org org yg " terlebih rajin".

Rasanya bermula di rumah Ijan ( kalau tak silap). Saya nampak kat rumah ika. Resepi boleh check kat sini ye...

Thursday, March 25, 2010

Sirap Bandung Soda


Malam ni minum sirap bandung soda, walaupun rasa rasanya boleh agak bahan bahan yang digunakan, tetap nak google cari resepi kat internet.
Bila keluar result, nampak kat rumah CMG dan beberapa resepi dari individu yabg lain. Senang je kan...

Dumpling Soup


Malam ni teringin nak makan chinese food pulak.


Yang ni ialah filling untuk dumpling


Guna kulit wantan sebab malas nak buat klit sendiri.


Dumpling yang dah siap di bungkus.

Recipe will be update later.

Roti Jala Inti Sardin


Breakfast hari ni, saya buat Roti Jala Berintikan Sardin.

Resepi roti jala sama je seperti yang sebelum sebelum ni. Lepas tu masak sambal sardin, ambil isinya dan lecek biar hancur. Isi inti masa nak gulungkan roti jala tu. Jadi tak perlu buat kari ayam.

Masak Lemak Ikan Masin & Nanas


Dah beberapa hari mood malas + mood masak simple je. Dah hampir seminggu saya tak beli barang basah, asyik buka pintu doraemon je tengok apa yang ada untuk dimasak.

Semalam pun sama, ternampak ada 1 ketul kepala ikan talang masin.Rasanya dah berzaman juga dok dalam peti ais. Nak masak apa ye? Terfikir nak masak kari tapi semalam dah masak kari kepala ikan. Jadi tukar masak lemak pulak tapi tak beli nenas. Cari cari ada nenas dalam tin. Hantam sajalah labu.... Lagi senang cerita, saya ni malas juga nak kupas kulit nenas. Especially masa nak buang bulu hidungnya tu.

Wednesday, March 24, 2010

Kegilaan Terbaru....


Semenjak dua menjak ni my husband gila nak pukul bola. Boleh dikatakan hari hari dia akan ke driving range di sebelah pagi. Dan saya akan jadi mangsanya bila sampai hujung minggu.


Sabtu dan Ahad, lepas pukul 6 ptg, saya dengan terpaksa rela, kena ikut dia. Kenapa terpaksa rela?, yelah kalau tak rela, nanti bila saya minta nak beli apa apa, banyak pula rintangannya. Lebih baik ikut je....



Ala, bukannya teror pun main, sekadar nak beriadah dan mengeluarkan peluh.




So, akak yang bam bam duduk kat kerusi sambil tengok orang kiri dan kanan. Yang paling tension bila kena suruh pukul bola juga. Maka banyaklah adegan yang tak sepatutnya berlaku. Kelepak kelepuk bunyi bola tu kena pukul. Belum lagi yg meleret dan masuk longkang. Oh ya, sebabkan my husband dah addicted, dia dengan relanya membeli satu set golf untuk saya. Esok, kalau saya dah terer, boleh masuk tournament, lawan dengan Michele Wee ye......

Yogurt Pudding with Blueberry Sauce


I am a dessert person, so memang selalu cari resepi dessert dari baking cakes or muffin.
Antara sebab dan musababnya, kala buat dessert, boleh buat dalam kuantiti yang kecil. Kalau cakes & Muffin, mau 2,3 hari saya dok telan benda tu. Resepi saya ambi dari buku resepi DESSERT by PageOne. Nantilah saya type resepi, nak bersiap untuk pergi kerja pulak.

Bahan-bahan

200g plain yogurt
2 tbsps sugar
1 tbsp agar agar powder
3/4 cup (180 ml) whipping cream

Sauce
2 tbsps blueberry filling
2 tbsps warm water

Methods

1. Mix the yogurt with the sugar. Place a little cream in a pot and cook over low heat.
2. Add the agar agar powder, stir until dissolved. Pour the mixture into the yogurt and mix well.
3. Whipped the remaining cream to stiff peaks and carefully fold it into the yogurt mixture.
4. Transfer to molds and refrigerate until firm. Meanwhile, add the ingredients for sauce. Mix well.
5. Unmold the pudding and top with the sauce.
4.

Sunday, March 21, 2010

Apam Mekar......Akhirnya


Akhirnya......setelah kuciwa, hari ni hatiku berbunga riang. Bukan satu atau dua, tapi SEMUAnya mekar. Ingatkan nak kuciwa lagi hari ni. Bila buka tutup periuk, menyegih je.

Terima kasih buat semua kawan kawan yang bagi tips camne nak bagi mekar ni. Alhamdulillah ada kawn kawan yang tak kedekut ilmu. Murah rezeki diorang. Jemput makan.


Yang ni versi mini cup

Resepi asal boleh tebgok sini.

Bahan bahan

225 gram gula pasir
2 biji telur
1 teaspoon ovallete
250 gram tepung gandum ( Brand Blu Key - Halus dan ringan )
1 teaspoon baking powder
150 ml air soda (sprite)
Choco paste

Cara membuat :

1. Siapkan bekas yang di alaskan dengan cupcake case. Saya gunakan bekas muffin. Panaskan kukusan, biarkan wapnya keluar dengan banyak. (Penting)
2. Pukul telur dengan gula hinggan betu betul kembang dan pekat. ( Bukan berbuih tapi warna bertukar krim atau keputihan). - Sangat penting
3. Masukkan ovallete, pukul lagi. Ayak tepung dengan baking soda. Tuang tepung berselang seli dengan air sprite.
4. Pukul lagi hingga adunan menjadi kembang, pekat dan kental. Bila ambil sesudu adunan dan tuang kembali, adunan ambil masa untuk jatuh semula ke dalam bekas.
5. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu biarkan warna asal dan satu lagi campurkan dengan choco paste. Kacau biar warna sekata.
6. Isikan mangkuk kertas dengan adunan yang berselang seli hingga hampir memenuhi mangkuk kertas.
7. Sebelum masukkan ke dalam pengukus, pastikan wap keluar dengan banyak. Kukus adunan lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba.





Mango Sticky Rice


Minggu ni asyik buat dessert dari Siam je...

Pagi tadi hujan di Shah Alam ni, tak tau nak buat sarapan apa. Lastly cicah biskut kering dengan air teh. Punyalah rajin kan. Sambil sambi kemas rumah, saya rendam pulut sebab masih ada 2 biji mangga dalam peti ais. Tengahari tadi pun tak masak, my husband beli bungkus je.
Sambil makan tengahari, kukus pulut dulu. Jadi sempatlah masak dan sejuk sebelum makan dengan mangga. Kalau nak detail resepi boleh check kat rumah Ika Bangkok. Saya malas sungguh nak type resepi. Perut kenyang makan tengahari lepas tu bantai makan Mango Sticky Rice pulak. Dah bam bam ni....

Friday, March 19, 2010

Tab Tim Grob (Red Rubies)


Teringin nak makan Tab Tim Grob aka Red Rubies ni. Tapi nak kena pergi Thai Restaurants la pulak kan. Tapi boleh makan sikit je, jadi sebab saya ni rasa cam nak makan ulang ulang, lebih baik buat sendiri.

Bahan bahan

Water chestnut - kupas kulit dan potong kiub anggaran 1/4 inch.
Pewarna merah
1/2 cawan tepung ubi
Secubit garam ( jika menggunakan santan)
Santan atau susu segar secukupnya
Gula atau air gula secukupnya
Isi nangka

Cara cara

1. Salut water chestnut denagn pewarna merah, tos dan masukkan ke dalam bekas yang berisi teung ubi.
2. Salut water cestnut dengan tepung ubi. Goncangkan agar tidak melekat dan untuk asingkan tepung ubi yg berlebihan.
3. Didihkan air, masukkan water cestnut tadi ke dalam. Biarkan hingga ia timbul di permukaan.
4. Cedok water chesnut keluar dan masukkan ke dalam air sejuk. Buat hingga habis.
5. Untuk hidangan, masukkan red rubies tadi ke dalam mangkuk, tuang santan / fresh milk dan air gula.
6. Kalau suka boleh letak isi nangka dan ketulan ais / shaved ice. Sedia untuk dinikmati.

Thursday, March 18, 2010

Dinner tadi....


Dah beberapa malam tak masak, jadi malam ni kena rajinkan diri memasak la kan. Menu ulangan je.


Kari Sotong

Almond Puff


Sehari dua ni mood saya tak begitu baik. Entah lah..... macam macam rasa ada. Marah, geram, bengang bercampur aduk dan menyesakkan dada saya.

Oh No! Jangan salah sangka, saya bukan bergaduh dengan dengan my husband. Tapi ada seseorang yang menyebabkan mood saya merudum macam saham jatuh menjunam. Bila mood takde, secara automatik saya malas nak masak apatah lagi nak menonggeng untuk mengambil gambar.

Tapi kalau takde entry hari ni dah 2 hari saya tak update blog ni. Sian kat kawan kawan yang datang bertandang, asyik makan ais sagat tu je. Nanti beku la pulak kan. So saya rajinkan sikit je, buat Almond Puff ni. Resepi asal kat sini. Tapi cam biasalah kan, ada je pepandai nak ubah. Instead of guna roti saya guna puff pastry.Nak ambil gambar pun malas nak beria ia sangat. sorrylah kalau gambar sedikit blur sama blur dengan otak saya sekarang.

Tuesday, March 16, 2010

Merasmikan Ice Shaver


Hari ni saya merasmikan ice shaver saya. Syokkk tengok ais yang telah jadi ais sagat tu....



So, ntuk menggunakan ais sagat tu, saya buat cendol. Tapi cendol beli yang ready made. Malas nak buat sendiri. Lepas tu, guna fresh milk instead of santan.

Monday, March 15, 2010

Sago


Tak tau nak letak nama apa. Saya pernah nampak kat blog somebody tapi saya betul betul lupa siapa. Sebabnya masa tu saya just blog walking. So pada sesiapa yg empunya tu saya minta izin copy resepi ni, tapi saya ubahsuai sikit je...


Saya ni merupakan peminat tegar buah mangga, so boleh dikatakan buah ni selalu ada dalam esbok. Memandangkan buah nangka pun ada, jadi saya campurkan sekali.


Saya tak berapa pasti semua bahan, jadi saya main agak agak je...

Bahan bahan

Sago ( yang sudah dimasak )
Fresh milk (chilled) + gula ( ikut manis yg disukai )
Buah mangga di potong dadu
Buah nangka di potong dadu

Cara

Maskkan sago ke dalam bekas yg sesuai, masukkan buah mangga dan buah nangka tadi. Tuangkkan susu. Siap untuk dinikmati.

Ice Shaver



Hari tu masa merayap waktu kerja, sempat gi cuci mata kat satu kedai jual pinggan mangkuk. Thanks to Haslina (blogger) atas information yang diberi.
Updated:-

PERNIAGAAN TAI ONG JAYA SDN BHD
NO. 5-1, JLN PUTERI 5/7
BANDAR PUTERI, 47100 PUCHONG
SELANGOR DARUL EHSAN.
( Berhampiran kawasan GIANT Bandar Puteri Puchong)

Memang banyak pinggan mangkuk white porcelin yang ada tapi saya tak beli sebab takde yang menarik perhatian. (Selamat duit laki ku)....... Tapi setelah 2,3 kali pusing, ternampak ice shaver ni. Ada 2 jenis, satu yg manual. Maknanya kena guna kudrat la ye. Dan yang ini guna electric. Fikir punya fikir saya rembat yang ni. Balik, my husband tanya " You nak buka gerai ABC kat depan rumah ke?" Wakakakaka......plan untuk hari tua.

Sunday, March 14, 2010

Cream Caramel


Tak sabar sabar nak gunakan aluminum ramekin yang saya beli tadi. So saya cuba resepi cream caramel dari minKamal@MyR

Bahan Bahan

* 5 biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1/2 tin air
* 1/2 sudu besar esen vanilla
* Sedikit serbuk koko

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang, Masukkan susu pekat & susu cair Pukul lagi hingga berbuih.Masukkan esen vanilla, Bahagikan 2 bahagian.satu bahagian dicampur bancuhan serbuk koko.Tuangkan caramel ke dalam loyang,kemudian tuangkan lapisan pertama, Kukus berselang seli hingga masak kesemuanya. (setiap lapisan kukus 5minit atau sehingga masak)
2. Caremel: 4 camca besar gula pasir dimasak dgn 1/2 cawan air.

Mango Peach Smootie


Ini kes nak habiskan buah mangga dalam esbok. Boring pulak asyik buat jus mangga je...


Bahan bahan

1 cup chopped mango
3/4 cuppeach nectar, chilled
3/4 cup fresh milk, chilled
1 cup frozen peach slices

Method
1. In blender, combine peach nectar and fresh milk, add peaches and mango. Cover and blend untill smooth.
2. Ready to enjoy your smoothie!!!!

Shopping! Shopping! And Shopping....


Hari ni my husband bawa gi shopping, yelah kan nak redeem hadiah birthday. Actually semalam dah pergi kedai Fotokem sebab nak cari External Flash tapi out of stock la pulak. So hari ni pagi pagi lagi kami dah keluar gi shopping. Bukan setakat flash je, tapi sempat rembat beberapa baking tools seperti aluminum ramekins seperti yg kat atas tu. Sesuai untuk buat cream caramel...


Plan nak beli canon flash tapi takde stock dan harganya RM 1K +++, tapi kat sini ada flash yg tak branded sangat dan harganya 50% less than Canon Brand, so my husband suruh beli je sebab still ok for beginner cam saya ni.


Yang ni pulak ialah flexible tripod. Boleh ikat kat tiang atau kat pokok.


Yang ni pulak ialah cleaning kits untuk my DSLR