Sunday, December 26, 2010

Cotton Soft Japanese Cheese Cake


Semalam ialah Ulang Tahun Perkahwinan saya & my husband yang ke 15. Alhamdulillah, masih mampu bertahan sampai sekarang. Yelah kan bukan perkara mudah untuk bertahan dari membina, tambahan dengan pelbagai dugaan. Moga Allah s.w.t merahmati hidup kami hingga ke akhirnya. Amin. Semalam tak masak pun, dari lunch sampai dinner kami makan kat luar. Just jalan jalan cuci mata kat Shah Alam saja sebab my husband kurang sihat.

Kami tak plan nak ke mana mana pun untuk bercuti sebab my husband memang tak suka bercuti especially kalau musim cuti sekolah. Sebabnya terlalu ramai orang bercuti dan tentu harga hotel dan barangan akan lebih mahal dari biasa. So, insyallah cuti akan di tunda awal tahun depan bila sekolah dah buka semula.

Hari ni pun tak masak juga untuk lunch, jadi sempatlah tadi saya buat Cotton Soft Japanese Cheese Cake ni untuk makan sendiri. Dah ramai mencuba resepi dari myresipi ni cuma sebelum ni saya tak berani nak mencuba sebab tak berapa yakin menjadi. Bila dah berjaya buat Slice Cheese Cake tempohari, barulah yakin boleh buat. Memang berbaloi membuatnya, lembut dan gebu sangat. Saya makan dengan blueberry sauce lagilah sedap.

 Kek yang belum dipotong, berkedut la muka dia sebab tak suntik BOTOX kot....Resepi dari alma@myresipi.

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.

11 comments :

Cendana Kasih said...

Tahniah Zila...semoga perkahwinan mu kekal ke akhir hayat...waaa...siap buat cis kek lagi..meleleh air liur nengoknya... kalo jemput, sure kita sampai naik jet... :)

Yat Maria said...

Happy anniversary Zila, semoga berbahagia..

K.Nor said...

tahniah dr k.nor buat zila dan suami... mudah2an berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.. aminn

PINATBATE said...

Tahniah! sama dgn usia perkahwinan saya.semuga terus ceria dan bahagia melayari alam rumahtangga.

hazila said...

Noorma, Yat, Kak Nor dan Pinatbate, thanks for the wishes.

aLoY said...

da lmbt ke kak nk wish.. xpe la.. congrats ea.. semoga berkekalan ke akhir hayat..

Love2cook Malaysia said...

Happy Anniversary kak!

That cake is awesome!!! :D

Unknown said...

happy anniversary...tahniah! semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...btw sedapnya nengok ciskek ni...jamu mata jer lah...hehe

Jun said...

happy anniversary hazila..muga berkekalan hingga ke akhir hayat....

Ummi said...

Happy 15th Anniversary buat Hazila n asben...moga sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmatNya dan kekal sepanjang hayat...dimurahkan rezeki....amiiinnnn

momma said...

happy anniversary buat haliza & suami.;)