Salam,
Sedar sedar sudah masuk hari Rabu, cepat masa berlalu apalagi kalau agak sibuk dengan pelbagai perkara tak kira sebagai eurirumah atau berkerja. Minggu depan, Insyaallah semua umat Islam akan memulakan ibadah puasa, semoga dikurniakan badan yang sihat untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini.
Dari semalam tekak dah terasa rasa nak makan asam rebus tempoyak ikan. Pahang memang terkenal dengan masakan Asam Rebus Tempoyak ikan Patin, tapi saya memang tak makan ikan patin, so kena tukar ikan lain kalau terasa nak makan. Selalu saya gunakan ikan kembung atau tenggiri, tapi semalam saya beli sekeping isi ikan Jenahak. Aduhhhh sedapnya menghirup kuah asam rebus tempoyak...... My husband memang tak makan tempoyak, so saya masak menu kegemarannya, Kari Ketam.
Bahan bahan
1 keping isi ikan Jenahak
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
1 batang serai
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
2 sudu makan tempoyak
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara cara
1. Tumbuk hancur bawang putih, merah,cili padi dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air secukupnya serta tempoyak, serai yang diketuk, daun kesum dan bunga kantan. Didihkan.
3. Masukkan kepingan ikan jenahak, biarkan sebentar dan perasakan dengan garam.
4. Renehkan dengan api sederhana hingga ikan masak. Sedia dinikmati dengan nasi putih hangat.
Asam Rebus Tempoyak Ikan Jenahak
10 comments :
sedapnya asam rebus tempoyak tu..
meh nak hirupp kuih tu sesudu...he..he..
Mas,
Tak cukup sesudu tau. Meh akak bagi sesenduk....
nak sikit boleh..?
lesung tu unik le
ayu jakun lagik....
x pernah makan tempoyak la akak...uwaaaaa hentak kaki
kita samalah zila... saya pun tak makan ikan patin. bukan menyombong tak makan ikan sungai.. tp dah cuba beberapa kali nak merasa ikan patin.. bukan sekali dua tau.. tp byk kali juga.. tp tetap tak boleh nk telan.. tp ikan2 lain mcm tilapia, rohu, haruan dll alhamdulillah boleh pula mkn.. takde plak rasa lain mcm.. pelik betul!
apa2pun.. kalau ada ikan patin.. saya cuma masakkan utk en. husband saja.. kalau dah rasa teringin sangat nak mkn masak tempoyak.. sy guna ikan lain serupa mcm zila jugakla.. hehehe..
kasihredha,
sikit cukup ke kak? Meh la bersila makan sama sama.
Ayu,
Ada org makan durian tapi tak makan tempoyak. Ada makan tempoyak tapi tak boleh makan durian.
Madiha,
Entah kenapa tak boleh makan ikan pati. Terasa lembut dan sejuk je bila letak atas lidah. Syok tengok orang makan sampai menjilat jari...
Emmmm....sedapnya....ikan jenahak lak tu...lagila sedapnya...fav ikan dan menu kak cek ni...dpt hirup kuahnya ..slurp...slurp...telan2 air liur kak cek dibuatnya...:)
wah!! asam tempoyak....my fav nih... sedapnyaaa
Post a Comment