Wednesday, December 28, 2011

Moi Sup


Meh makan Moi Sup.......


Semalam menu versi modified leftover food. Bukan apa, sayang pulak bila sup tulang masih banyak berbaki.  Saya memang buat banyak sikit sebab awalnya my husband nak makan bihun sup, tapi bila last minute cancel plan, maka banyaklah sup dalam periuk.

Fikir fikir akhirnya saya decided nak makan moi sup saja malam tadi. Oh ya, MOI itu ialah BUBUR NASI ata Nasi Lembek.... betul ke? hehehehe.....

Ada orang suka makan bubur nasi dengan telur masin ataupun ikan bilis goreng garing, tambah sedikit kicap dan cili... perhhhhhh sedap dah tu. Selalunya saya buat bubur nasi yang mana beras direbus bersama sama dengan ikan bilis hingga hancur dan ditambah dengan sayur kangkung. Resepi dari mak saya sejak kecil kecil lagi. Tapi memandangkan semalam saya ada lebihan sup tulang, jadi kena modified resepi sikit bergantung apa yang ada di rumah. kalau tidak, membazir pulak kan...

MOI
1/2 cawan beras - cuci dan toskan
Air secukupnya
Masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker, masak ikut arahan. Kuantiti air bergantung kepada tahap kepekatan moi yang dikehendaki.

IKAN BILIS GORENG
100 gms ikan bilis - digoreng
1 labu bawang besar- dipotong bulat
1 cili hijau - dihiris menyerong
1 cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili padi - dihiris menyerong
Kicap manis

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan cili hijau, merah dan cili padi. Kemudian masukkan kicap dan gaul rata. Masukkan ikan bilis yang siap di goreng, gaul sebati dan bolehlah diangkat.

***
Masukkan moi ke dalam mangkuk, tuangkan kuah sup dan ikan bilis goreng. taburkan dengan daun bawang jika suka.

Tuesday, December 27, 2011

Menu Hari Cuti.... Sup Tulang


Semalam saya cuma masak simple untuk makan tengahari....

My husband request nak makan sup tulang dengan nasi putih. Lepas tu siap pesan suruh beli bihun in case dia terasa nak makan bihun sup. Ada ke..... Tapi akhirnya tak buat pun bihun sup sebab last minute dia tukar menu pulak.

Sekarang kalau nak buat sup tulang tak perlu masa yang lama, masukkan saja dalam pressure cooker. Tak sampai 30 minit, daging dah empuk. Lepas tu boleh lah tumis bawang putih, bawang merah, halia dan masukkan rempah sup tulang yang dah sedia di pasaran. Kalau suka boleh taburkan bawang goreng dan daun sup. Senangkan kerja....


Hidangan sampingan, saya bakar sotong dan ikan tetuka. Saya hanya buat sambal kicap, boleh makan dengan sup tulang sekali.

Saya nak tunjuk gambar sotong yang saya gunakan. Ada yang menggelarnya SOTONG KATAK tapi yang ini saiznya agak besar. Tapi yang peliknya, bila dah dibakar, isinya lembut dan tidak liat.

Gambar ehsan dari Google.

Kek Tapai Ubi Kayu



Selamat bekerja semula selepas cuti Hari Natal....


Biasalah, kalau cuti blog pun turut bercuti juga. Malas betul nak letak entry walaupun saya dan suami tidak bercuti ke mana mana. Saya memang dah faham sangat my husband, kalau cuti macam ni janganlah ajak dia bercuti cuti ke mana mana, confirm kena reject awal awal lagi. Bak kata kak "KASIHREDHA"... Misi Tak Munasabah aka Mission Impossible.

Memang tak sanggup nak meredah keksesakan di jalanraya dan juga di pusat pusat percutian.Tambahan bila dengar laporan di radio tentang kesesakan jalanraya yang boleh buat kepala jadi migraine.  Jadi cuti ni kami hanya berpusing pusing di Shah Alam saja. Kalau tak keluar makan, tengok TV sambil mengunyah..... Memang activity yang bagus untuk menambahkan lemak di badan.....



Walaupun tidaklah berapa rajin sangat nak baking, tapi sebab dah agak lama juga tak main main dengan oven, mixer dan sebagainya, jadi hari sabtu petang tu saya mencuba satu resepi kek yang saya ambil dari satu Indonesian Blog. Memandangkan resepi tu agak mudah jadi saya terasa ingin mencuba....

Semasa membakar tu, baunya wangi dan sedap sampai my husband siap tanya saya, buat kek apa? Dah macam bau kat bakeri saja. Memang tak mengecewakan, sedap dan manisnya sedang elok saja. By the way, saya menggambarkan apa yang saya rasa.... Lain orang lain deria rasanya.

KEK TAPAI UBI KAYU

Bahan bahan
300 gms tapai ubi kayu - buang bahagian tengah yg keras
50 ml susu pekat manis
5 biji telur
180 gms gula castor
1/4 sudu teh vanilla
150 ml melted butter
100 gms grated cheddar cheese
175 gms tepung naik sendiri
Extra grated cheddar cheese for decorations

Cara cara
1. Panaskan oven, sapukan butter pada tube pan.
2. Hancurkan tapai ubi kayu dan campurkan dengan susu pekat manis. ketepikan.
3. Pukul telur bersama sama gula dan vanilla hingga kembang dan kental. Masukkan melted butter dan gaul sekata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan cheddar cheese dan gaul hingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam tube pan, taburkan grated cheddar cheese ke atasnya dan bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebentar sebelum di potong, enak dinikmati semasa suam.



Friday, December 23, 2011

Somtam


Semalam saya terasa nak makan Somtam.....

Bahan bahan asas memang dah ada di dapur, cuma saya beli betik muda, kacang panjang, dan tomato saja. Tapi betik yang ada dah hampir nak masak sebab itu warnanya dah kemerahan.

Hujung minggu lepas masa saya singgah di Bazaar Padang Besar, sempat lah mencari bahan bahan asas untuk buat Somtam seperti Gula Somtam ( pic #3) dan Udang Somtam ( pic #5). Cuma 2 bahan ini saja yang agak susah untuk didapati di sini, sementara bahan lain rasanya tidak menjadi masalah.

SOMTAM

2 ulas bawang putih
2 biji cili padi - bergantung tahap kepedasan yang dikehendaki
Jus limau
Gula somtam
Kacang tanah goreng
Nampla ( sos ikan )
Udang Somtam
Betik muda yg telah diparut
kacang panjang - dipotong anggaran 2 inci
Buah tomato - dibelah kepada saiz yg sesuai

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi di dalam lesung hingga hancur. Masukkan gula somtam, jus limau, nampla dan gaul sebati.
2. Masukkan betik yang telah di parut, kacang panjang, tomato,udang somtam dan kacang goreng. Gaul sekata. 
3. Imbangkan rasanya, tambah gula, nampla atau jus limau jika perlu.
4. Sedia untuk dinikmati.


Thursday, December 22, 2011

Bubur Sago bersama Keledek 2 Warna



Bubur Sago bersama sama Keledek 2 Warna.

Semalam saya tak masak untuk dinner, balik kerja agak lewat dan kebetulan pula jalan jem agak teruk disebabkan hujan dan jalan yang sedang dibaiki. Memang plan nak masak yang simple saja tapi risau sampai rumah lewat, so saya calling calling my darling minta tolong belikan makan malam. Since tak masak main  dish, saya sempat buat pencuci mulut yang simple dan ambil masa yang sekejap untuk disediakan.

Bubur Sago & Keledek

750 ml santan
200 gms sago - rendam sebentar
Beberapa biji keledek ungu dan oren - kupas dan potong kepada saiz yang sesuai
1 helai daun pandan - simpul
1/2 sudu teh garam
200 gms gula pasir / gula kabung
Air untuk merebus

Cara cara
1. Rebus sago hingga kembang, tapis dan lalukan dibawah air paip dan toskan.
2. Rebus ubi keledek hingga empuk, tapis dan ketepikan.
3.Masukkan santan, daun pandan, gula dan garam ke dalam periuk. Didihkan hingga gula hancur, kacau dengan kerap supaya santan tidak pecah minyak. Tutup api.
4. Masukkan sago dan keledek rebus di dalam magkuk sajian dan tuangkan kuah santan ke atasnya. Sedia dinikmati.

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Goreng Ikan Masin


Semalam saya masak nasi goreng ikan masin dan campur dengan mixed vege. Menu orang tak berapa nak ada idea nak masak untuk makan malam. Jadi kena olahkan apa jua resepi berdasarkan apa yang ada dalam peti ais. Biasanya kalau kat kampung dulu, nasi goreng biasanya di masak untuk sarapan pagi sebab ada nasi lebihan malam tadi. Tapi sekarang, dah tak kira waktu, asal terasa nak makan atau terasa malas nak fikir lauk apa nak masak, nasi goreng jadi penyelamat.


NASI GORENG IKAN MASIN

3 mangkuk kecil nasi putih
Isi ikan gelama masin yg telah digoreng
3 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Sedikit garam
1/2 cawan mixed vege
2 batang kacang panjang - dihiris halus

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi yg telah ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kacau agar sebati. Masukkan mixed vege dan isi ikan gelama masin. Gaul lagi dan perasakan dengan garam jika perlu.
3. Sedia untuk dinikmati.

Ayam Goreng Halia



Semalam masak menu yang simple saja, Ayam Goreng Halia.

Sebenarnya takde specific resepi sebab saya main agak agak saja. Ikut gerak hati dan sedap tangan sendiri saja. Lepas tu campur sekali dengan sayur sayuran yang ada dalam peti ais. Kira macam nak habiskan apa yang ada dalam peti ais tu la.

AYAM GORENG HALIA ( bersama sayur campur )

300 gms ayam - dipotong kepada saiz yg sesuai
2 cm halia - dihiris halus dan memanjang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit cili capsicum - dipotong memanjang
2 batang baby corn - dihiris menyerong
4 kuntum shiitake mushroom - dihiris nipis
Garam
2 sudu jus asam jawa
Sedikit campuran tepung ubi untuk memekatkan kuah

Cara cara

1. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng ayam sebentar.
2. Masukkan jus asam jawa, minyak bijan dan baby corn. Masak sebentar, kemudian masukkan cili capsicum dan cendawan.
3. Perasakan dengan garam dan gula jika suka. Masukkan bancuhan tepung ubi untuk memekatkan kuah. Masak sebentar dan bolehlah diangkat.

Tuesday, December 20, 2011

Pais Ikan Sambal Tempoyak Petai



Setelah agak jarang bermain main di dapur, jadi semalam start warming up apa yang patut....

Beberapa minggu lepas, ada berbual dengan kawan kawan lama di FB tentang Ikan Patin masak asam tempoyak. Pelbagai komen yang keluar, pada yang "hantu" ikan patin, masing masing menerangkan betapa sedapnya dan pada yang tak makan ikan patin, mesti memerah otak membayangkan keenakan ikan patin tu. Bagi saya yang tak makan ikan patin, masih boleh merasa keenakan asam rebus tempoyak, cuma tukarkan saja kepada ikan yang boleh diterima oleh tekak sendiri.

Memandangkan saya selalu juga memasak asam rebus tempoyak, jadi untuk menu kali ini saya masak Pais Ikan bersama sama dengan Sambal Tempoyak Petai.

Biasanya resepi ini menggunakan ikan Patin, tapi saya tukarkan kepada ikan GERUT. Sedap pada tekak saya dan rasanya saya akan buat lagi nanti....


Tempoyak yang baru saya beli semasa singgah di Hentian Bukit Gantang, Perak hari ahad lepas. Satu bekas ini berharga RM 10. Agaknya berapa lama boleh bertahan ye.....

PAIS IKAN SAMBAL TEMPOYAK PETAI

1 ekor ikan GERUT (anggaran 350 gm) - dibersihkan, kelar dan tos
5 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupnya
1 cawan biji petai - anggaran
Sedikit daun kesum
Daun pisang
Aluminium foil

Cara cara

1. Tumbuk cili padi bersama sama dengan garam,gula dan kunyit hidup hingga hancur. Gaulkan bersama sama dengan tempoyak hingga sebati.
2. Lumurkan sambal tempoyak ke seluruh badan ikan termasuk di bahagian perut.
3. Ambil aluminium foil dan lapikkan dengan daun pisang yang telah dibersihkan. Letakkan ikan yang sudah dilumurkan tadi ke atas daun pisang.
4. Taburkan dengan biji petai dan daun kesum. Bungkuskan ikan dengan aluminium foil tadi. Lipat aluminium foil supaya wap tidak dapat keluar.
5. Grill di dalam oven yang dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
6. Sedia dinikmati dengan nasi putih hangat.



Semalam menu berasaskan petai. My better half requested nak makan Sambal Tumis Udang. Since ada balance petai, saya tambahkan sekali. Tapi sambal agak pedas sikit.

Monday, December 19, 2011

From my lens......

 Somtam yang saya makan di Bazaar Padang Besar Perlis. Pedas gilerrrrrr, sampai lidah rasa terbakar. Tapi memang sedap.

 Sawah Padi - bersebelahan dengan rumah arwah my MIL

 Padi yang sedang menguning

 Sarung ular - perasan masa sedang membelek buah limau purut. Di kampung, sekadar nampak ular atau kulit ular menjadi perkara biasa.

 Buah Mengkudu - Sedang dikerumuni oleh sang kerengga

 Sarang Kerengga di pokok mangga

 Bunga ros kampung. Kecil tapi berbau wangi

 Yang ini saya tak tau apa namanya.....

 Buah asam jawa. Banyak sangat buahnya......

 Buah Terung Pipit/ Belanda

 Ayam Jantan ..... Mesti dia pelik sebab ada makcik dok sibuk halakan kamera ke arahnya.

 Bunga Kacang Panjang rasanya....

 Bunga Kenanga rasanya.... Dulu selalu nampak arwah nenek saya letak dalam bedak sejuk.

 Buah Pinang Merah


 Buah petai - rasanya yang berbaki selepas yang lain habis di kait untuk dijual


Pulut Ayam - Di Bazaar Padang Besar

Friday, December 16, 2011

Menu Ulangan Lagi...... Kari Ikan Mayong



Maaf sebab kebelakangan ini saya kerap letak entry menu ulangan saja.

Kadang kala rasa malas sangat nak letak tapi nanti lama sangat blog tak update pulak. Jadi layan tengok gambar je lah ye.. Masih mencari "Encik Mahmood" yang hilang entah ke mana......

Semalam my husband request nak makan kari kepala ikan Mayong. Boleh dikatakan setiap 2 minggu, mesti saya akan masak kari kepala ikan ni sekali, paling tidak sekali sebulan. Oh ya ada orang panggil ikan Mayong, ada juga yang gelar ikan duri. Tapi saya pernah dengar orang gelarkan ikan ni sebagai "Ikan Plotan", rasanya dari sebelah Utara. Maaf kalau tersilap tapi saya pernah dengar saudara mara saya dari sebelah utara yang menggunakan istilah Ikan Plotan ni.

Mood nak ambil gambar pun tak berapa nak ada, so snap apa yang sempat saja. Malas sungguh nak cari props, jadi sambar saja apa yang ada berdekatan. Insayaallah, esok kami akan balik ke Perlis. Rasanya tak sempat nak merayap ke mana mana sebab masa yang agak singkat. Tapi mungkin akan singgah tempat tempat yang "wajib" kalau ke Perlis.

Bulan lepas masa saya balik ke Perlis, kebetulan ada my ex classmate yang membawa keluarganya bercuti ke Perlis. Dia ada bertanya kepada saya tentang satu kedai makan yang agak popular di Perlis, kalau tidak silap saya nama kedai itu ada perkataan "Anjung.......". Since saya pun tak begitu pasti, jadi tak dapatlah saya nak menunjukkan kepada mereka. 

Mungkin ada pembaca yang ariff dan familiar dengan tempat makan ini boleh kongsikan dengan saya. Manalah tau kan, kalau ada kesempatan, boleh juga saya pergi mencuba makanan di situ. 



Tuesday, December 13, 2011

Jalan Jalan dgn Anak anak Sedara


Antara beberapa gambar yang sempat saya snap semasa anak anak saudara datang ke rumah. Sebabkan mereka datang masa weekdays, so tak banyak tempat yang sempat dilawati.

Yang paling disukai ialah tempat tempat yang "fun" seperti wetworld dan iCity sebab boleh main main. Bila masuk iCity, kalau boleh semua permainan nak dicuba, boleh kering pocket Paklong kalau ikutkan kehendak mereka semua. Bila dah masuk iCity, semua pakat membodek nak masuk Rumah Salji. Fuh....... kalau semua nak masuk mau terduduk dibuatnya.

Bila 3 orang dah balik, sunyi pulak rasanya..... Nanti bila yang sorang lagi balik, lagilahhhhhh sunyi.



Spicy Angel Hair with Clams and Spinach


Salam buat semua....

Rasanya bualan December ini saya tak begitu productive, sebab ini baru entry kedua bagi bulan ini. Bukannya tak masak, cuma agak malas nak ambil gambar. Lagipun bila ada ramai anak anak saudara di rumah, masing masing asyik kelaparan saja, sebaik masak terus hidang untuk dimakan. Tak sempat lagi nak posing makanan macam selalu.

Hari Sabtu lepas 3 orang anak saudara yang dari Terengganu dah balik ke rumah emak saya sebab adik saya masih lagi di sana. Mungkin hujung minggu ini baru mereka pulang ke Terengganu. Sementara anak saudara suami saya dari Perlis masih ada di rumah saya, insyaallah hujung minggu ini kami akan hantarnya ke Perlis pulak. Sebulan dua ni saya memang agak penat, sekarang pun badan rasa lemah saja. Letih pulak kalau asyik travel ke sana sini, maklumlah badan bukannya masih muda lagi.

Saya ada cadangkan pada suami saya suami ambil saya flight dari Subang ke Alor Star untuk hantar anak saudara tu, sebab boleh jimatkan masa dan takdelah penat memandu ulang alik dari Shah Alam ke Perlis dan balik ke Shah Alam semula. Tapi my husband cakap tak selesa sebab susah nak ke sana sini kalau tak ada kereta. Memang la boleh pinjam kereta sedara mara tapi my husband kurang selesa memandu kereta orang. So kebarangkalain kami memandu balik Perlis memang tinggi.

Berbalik pada entry kali ini, saya masak Spicy Angel Hair Pasta with Clams and Spinach. Saya memang suka one dish macam ni sebab senang dan tak perlu masa yang lama untuk memasaknya. Kebetulan anak saudara suami saya kurang makan nasi dan lebih suka makan mee atau yang seangkatan dengannya. Lagilah senang kerja saya.


Bahan bahan

Angel Hair Pasta - Rebus hingga lembut
200 gms Kepah Merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Sedikit daun bayam
1/4 cawan air
Sedikit pati ikan bilis
Minyak zaitun untuk menumis
Garam Secukup rasa

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dimayang dan cili padi yang telah dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan kepah dan air, masak hingga semua kepah terbuka. Masukkan pati ikan bilis dan perasakan dengan garam.
3. Kemudian masukkan sayur bayam, gaul sekata dan biarkan hingga sayur bayam layu. Masukkan angel hair pasta, gaul sekata dan biarkan seketika dan bolehlah matikan api.
4. Sedia untuk dihidang.

Thursday, December 8, 2011

Kepenatan........


Salam buat semua.....


Maaf sebab agak lama tak update blog. Maaf juga sebab tak sempat nak jengah kawan kawan..... Beberapa minggu sebelum ini saya sibuk dengan urusan majlis menyambut menantu di rumah keluarga saya di kampung. Sebagai anak sulung dalam keluarga yang tidak ramai, ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan. Tambahan adik perempuan saya masih dalam pantang, tolak adik lelaki yang menjadi pengantin, cuma ada adik lelaki yang bongsu. 

Saya ada cadangkan pada ibu bapa saya supaya ambil catering saja, walaupun akan meningkatkan sedikit kos tapi banyak masa yang boleh dijimatkan. Tapi biasalah, keluarga saya tidak bersetuju sebab tak sama rasanya kalau urusan kerja kahwin di uruskan oleh jiran sekampung. Pada mulanya keluarga saya hanya nak buat majlis kecil kecilan, maklumlah hanya menyambut menantu, tapi bila memikirkan dah hampir berbelas tahun tak ada majlis kenduri kahwin di rumah keluarga saya, majlis yang dirancang kecil kecilan menjadi agak besar juga.

Bila dah lama bercuti, maka banyaklah kerja yang tertangguh. Sekarang sibuk menguruskan semua kerja yang belum siap. Kebetulan juga sekarang ada 4 orang anak saudara yang tinggal di rumah saya sempena cuti sekolah. Rumah saya tak perlu cakaplah macam mana tonggang langgang di kerjakan mereka. Bersepah sepah dengan buku dan macam macam lagi. Aduhhhh pening kepala dibuatnya. Itu belum lagi kerenah masing masing, nak ajak jalan jalan la, pergi Wet World la.....

Semalam, my husband bawa diorang pergi Wet World di Shah Alam, puas la masing masing berendam dalam kolam tu. Mula mula my husband tak bagi diorang main lunsur air tu, tapi masing masing siap bodek my husband suruh sewa pelampung. Mula mula my husband cakap tak payah la, bahaya la, main je kat kolam yang cetek tu, tapi anak sedara my husband yang dari Perlis tu siap cakap kat my husband..

" Takpe la...... Paklong tak sayang kat kami. Sebab tu Paklong tak mau sewa pelampung. Macam Mana kalau kami tenggelam?"

Jadi, Paklong pun tak sampai hati, sewakan juga pelampung tu. Maklong ni tak kuasa nak melayan, mau naik darah tinggi dibuatnya.