Salam di hari minggu, nampaknya cuaca di Shah Alam agak baik, panas sejak pagi lagi tapi sekarang sedikit berangin. Dah macam ramalan cuaca pulak kan.....
Pagi tadi saya dan suami ke pasar membeli barang basah, nampak kerang agak besar juga, apalagi terus suruh peniaga tu timbang sekilo. Then terus jadi pucuk paku dan taugeh, sebab kali ni nak buat Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang pulak. Jadi dah 2 hari makan kerabu, harap harap pengunjung My Small Kitchen tak jemu asyik menghadap kerabu je 2 hari ni.
Kerabu macam ni sedap meratah je, tapi bagus juga sebab boleh kurangkan pegambilan nasi. Atau lagi teruk sebab bertambah tambah nasi dalam pinggan.
Semasa mengopek kerang, hampir 1/3 yang masuk mulut sendiri. Sedap ratah je sebab kerang masih fresh dan rasanya memang manis. Makan kerang boleh tapi lepas kopek kerang, tangan jadi gatal gatal mungkin sebab air kerang tu. Tapi sebab dah suka, buat buat tak tahu je lah pasal gatal tu.
Saya dah buat Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang ni dah beberapa kali. Resepi boleh cari di bahagian label kat sebelah. Boleh guna resepi Kerabu Nangka seperti di entry sebelum ini.Cuma pucuk paku dan taugeh dicelur bukannya di rebus. Taugeh tu hanya celeur seketika saja untuk mengekalkan keranggupannya.
9 comments :
Salam hemmm sdp nya kerabu pucuk paku ni nak pulak letak kerang byk2 hemmm suka meratah......
Salam Kak Zila...sy minat sgt ratah kerabu ni..tp kekadang tak tahan pulak angin tauge tu!!!..last week sy k psr tani shah alam dok tringat gak kt kak zila,,hehehe
asslm kak Hazila...sedap tgk kerabu tu,..kalu QH dpt ni...kerang tu yg habis dulu kot...semuanya QH kutip...hehehe
Selamat petang Hazila,
ini yang bestnya ni cerita pasal kerabu kerang.... Amie pun sama juga, kalau kopek kerang memang sebahagiannya masuk mulut dulu, sedap sebenarnya kerang rebus ni.
Pasal kerabu tu, awal-awal lagi bubuh banyak-banyak dalam pinggan supaya tak ada ruang untuk nasik!
Sedappnya lama tak buat kerabu ,malaihnya nak goreng beras tu heheheh kalau dekat mau huluq mangkuk dah
Salam... haduhh sana sini masakan semua best2 hari ahad ni.. sini kerabu memang terbaik!
Salam. So..... good! Sedap diratah. Semangkuk x cukup.
waduh waduh Kak Zila, kokkkkkk ngencesssss...waduhhhh
Post a Comment