Tuesday, May 29, 2012

Mango Lemonade


Sehari dua ni tuan rumah agak sibuk sikit dengan urusan urusan yang tak pernah habis. Sampai rumah dah keletihan, dan selalunya masak yang ulangan saja. Macam semalam saya masak kari kepala ikan mayong, so malas nak letak kat blog. Aduh seronoknya kalau ada orang tolong masak, sampai rumah je boleh rehat sebentar sebelum makan malam.

Itu baru masuk bab masak memasak, belum lagi bab nak berkemas lepas masak..... Lepas tu pusing kiri nampak kain yang nak kena lipat, Pusing kanan tengok rumah yang bersepah..... fuhhhh macam nak pitam dibuatnya.


Sebelum start memasak, mari kita minum jus mango lemonade dulu.... Senang saja nak menyediakannya, cuma kisar isi buah mangga dengan air, masukkan madu/gula dan perahkan jus lemon sesuai rasa. Hidangkan bersama sama ais.

Okey saya nak mula bergerak ke dapur, tengok apa yang ada untuk menu makan malam nanti.



Friday, May 25, 2012

Rendang Ayam Pedas



Salam di pagi Jumaat,

Pagi ini agak nyaman sikit sebab hujan di awal pagi. Saya tersedar kira kira pukul 3.30 pagi bila angin bertiup kencang dan bunyinya seakan akan langsuir mengilai di dalam cerita hantu....

Saya dan suami sudah terbiasa dengan bunyi begitu jadi tak adalah menyeramkan pada kami. Bukan gangguan makhluk halus tetapi bunyi yang dihasilkan oleh angin yang bertiup kencang. Tetapi bagi saudara mara kami yang sesekali bertandang dan bermalam di rumah, bunyi itu agak menyeramkan...



Malam tadi saya buat Rendang Ayam Pedas atas permintaan my husband.

Ermmmm tiba tiba request nak makan rendang ayam, tambahan di hari bekerja. Kami jarang beli dan simpan stok ayam memandangkan suami saya bukan penggemar tegar sang ayam. Tetapi sebab semalam dia terasa nak makan rendang ayam, jadi sebelum balik kerja saya singgah untuk beli barang yang diperlukan.

Jadi malam tadi hanya ada nasi putih dan rendang ayam sebagai menu makan malam. Tak larat nak buat side dish yang lain.


Saya dah selalu buat rendang ayam dan setakat ini memang menggunakan resepi yang sama. Boleh check kat sini untuk resepi rendang ayam yang saya gunakan. Cuma kali ini saya goreng ayam separuh masak dulu sebelum di masukkan ke dalam kuah rendang. Kalau kita masak agak lama pun, daging ayam tidak akan hancur berbanding kalau kita tidak menggoreng terlebih dahulu.


Thursday, May 24, 2012

Tauhu Sumbat



Tauhu Sumbat, antara makanan kesukaan saya. Ada orang suka makan tauhu sumbat dengan sos cili dan ada yang sukakan sos kacang. Tapi saya personally lebih sukakan kuah cili.

 Kalau lihat pada bahan bahan yang digunakan memang senang untuk didapati dan mudah juga untuk menyediakannya. Cuma yang agak remeh bila bab nak menyediakan kuah atau sosnya saja. Rasanya tauhu sumbat dijual dengan harga RM50 sepotong. Rasanya kalau ahli keluarga ramai lebih berbaloi menyediakannya sendiri di rumah.


Ada kawan saya yang berniaga makanan di Seksyen 6 Shah Alam, antara yang dijual ialah Tauhu Sumbat. Masa saya ke gerainya sebulan lepas, sempat juga merasa tauhu sumbat beliau. Tapi saya segan juga nak bertanya tentang resepi sos cilinya. Semasa berbual tu sempat juga dia bercerita tentang kerenah pelanggan yang hanya ingin membeli sos cili sahaja. Bila kawan saya bertanya pada pelanggan tu kenapa beli sos cili saja? Jawab pelanggan tu, tauhu murah je kalau nak beli tapi sos cili susah nak buat lagipun cili besar tu mahal harganya...

Begitulah kalau berurusan dengan pelanggan ni, macam macam kerenah yang kadang kala boleh menaikkan darah. Tapi nak buat macam mana kan, cari rezeki macam tu jadi kena tahan je lah...


Masa nak buat sos cili tu saya surf kat internet mencari resepi yang mudah.

SOS CILI TAUHU SUMBAT

6 biji cili besar
5 biji cili kering
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
1 cawan air

Cara cara
1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung garam hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk dan didihkan.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Bila sudah mendidih, pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan air. Bila sudah mencapai kepekatan yg disukai, matikan api.
4. Sedia dihidang bersama sama Tauhu Sumbat.

Tauhu - Goreng dan toskan. Belah dua.
Taugeh - dicelur sebentar
Timun dan Lobak merah - diparut






Sambal Udang Harimau & Eggplant


Salam dan Salam Sejahtera....


Nampaknya ramai anak anak yang sedang berkira kira kemana destinasi yang hendak ditujui sempena cuti sekolah yang tidak berapa hari lagi. Yang pasti.... ibu bapa yang akan pening kepala kan. Mungkin ada ibu bapa yang sudah buat persiapan untuk bercuti bersama sama keluarga.

Anak saudara my husband dah start telefon my husband, macam bagi hints tentang cuti sekolah. Rasanya dia nak suruh my husband balik ambil dia di Perlis. Sebab masa cuti hujung tahun lepas, my husband cakap nanti cuti sekolah, boleh datang rumah Paklong dan kita pergi jalan jalan. Apalagi, budak budak mesti akan ingat kalau orang dewasa berjanji....


Malam tadi masak menu simple je, masing masing tak berapa sihat dan tak ada selera nak makan. Since saya pun tak berapa ada mood, saya masak sambal udang harimau. Ingat nak buat sayur terung goreng ke... tapi sebab dah malas sangat, saya goreng terung sehingga agak layu, kemudian tuang je sambal udang ke atasnya. Kan senang cerita..... 

Itulah kan, kalau dah malas, ada je idea nak senangkan kerja.....



Tuesday, May 22, 2012

Pau


Salam,

Hari ini 1 Rejab, mesti ramai yang berpuasa sunat.

Hari ini saya nak buat tayangan kuih pau..... tapi bukan saya yang buat. Emak saya yang buat dan bawa malam tadi. Saya cuma panaskan semula.

 Emak saya selalu buat kuih muih, kadang kala ada jiran tetangga yang menempah untuk kenduri kecil kecilan atau ada sebarang majlis pertunangan dan sebagainya. Cuma anaknya yang ni saja agak keras tangan.

Pagi tadi sempat juga bertanya tentang resepi pau ini, tapi biasalah emak saya selalu guna kaedah cawan dan sesedap rasa. Rasanya kena duduk dan tulis resepi dulu baru boleh cuba buat sendiri.

Walaupun pau ini dibuat semalam, masih lembut walaupun sebelum saya mengukusnya semula.


Lepas tu pekena Teh Tarik dengan pau.....

Monday, May 21, 2012

Masak Lemak Ketam bersama Nenas


Salam,

Sekarang sudah melepasi pukul 10 malam, mesti ramai yang sudah menikmati makan malam. Saya masih belum kerana menunggu my husband yang menjemput kedua ibu bapa saya dari stesyen bas.

Jadi malam ni, agak lewat dari biasa. Oh ya, Selamat Menyambut kedatangan bulan Rejab. Marilah kita sama sama menambahkan amal sepanjang bulan ini.


Memandangkan kedua ibu bapa saya datang hari ni, jadi lepas balik kerja terus menyingsing lengan untuk menyediakan makan malam. Walaupun boleh dikatakan setiap hari saya memasak, tapi hari ni kena masak lebih sikit dari biasa.

Jadi menu untuk makan malam, saya buat Ketam Masak Lemak dengan Nenas dan Daun Kunyit, Kailan Ikan Masin, Ikan Bakar dengan Air Asam dan saya goreng sedikit ikan sepat Ronggeng.

Mesti ramai yang tertanya tanya apakah bendanya ikan sepat Ronggeng tu kan...

Kalau orang Utara mesti biasa dengar, ia adalah anak ikan sepat yang telah dikeringkan. Sedap bila digoreng garing, ranggup macam makan keropok.



Since saya dah selalu masak menu ni, takde resepi utk kali ni. 

Menu yang lain malas pulak nak ambil gambar.

Sunday, May 20, 2012

Ais Cincau Sirap Pandan



Salam,

Sudah beberapa hari tak ada entry baru, so just letak gambar ais cincau sirap pandan supaya pengunjung My Small Kitchen tak jemu dengan Teh O limau kat bawah.

Hari ini saya dan suami tiada perancangan nak kemana mana, cuma pagi tadi keluar ke pasar mencari bahan basah. Petang pula plan nak mengemas laman rumah yang banyak sangat naik rumput.



Tapi plan tidak menjadi bila cuaca mendung dan guruh berdentum dentam di luar rumah.
Bila hujan turun, masing masing dah rasa malas dan berlengkar atas sofa sambil menonton TV.

Ramai yang tahu bagaimana untuk menyediakan ais Cincau ni kan, cuma kalau nak rasanya lebih wangi, masak air gula dengan daun pandan. Sedap dan wangi je masa menyedut minuman ini.

Rasanya Ais Cincau merupakan antara minuman yang agak popular sepanjang bulan Ramadhan.


Wednesday, May 16, 2012

Teh O Lemon, Lychee & Madu


Salam dan Selamat Sejahtera...


Hari ini 16 Mei ialah Hari Guru. 

Selamat menyambut Hari Guru buat semua guru especially semua guru yang pernah mengajar saya. Juga kepada ibu dan adik saya yang menjadi guru. Ibu saya dulu merupakan bekas guru tadika. Sampai sekarang, bekas anak murid yang bertembung dengan ibu saya masih memanggilnya cikgu. Semua cakap dia cikgu yang garang.

Sekarang adik perempuan saya mengikut jejaknya menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, Terengganu. Saya memang tak boleh jadi guru, sebab saya pun garang dan tak tahan sabar.


Aset terpenting bagi guru tentunya "suara". Bayangkan kalau guru sakit tekak, macam mana nak mengajar kan.... Teringat pada kawan saya yg juga merupakan seorang guru, dia cakap kalau tiba tiba kena sakit tekak dan suara hilang, maka seksa juga nak mengendalikan kelas. Kalau pakai bahasa isyarat pun belum tentu pelajar pelajar faham especially kalau mengajar sekolah rendah.

Jadi, apa kata kita minum teh o yang berperasa lemon, lychee dan madu untuk menjaga tekak dan suara....



Agaknya sekarang musim lychee di Thailand sebab banyak buah lychee boleh di dapati di pasar pasar malam. Harganya tidak lah terlalu mahal tambahan isinya manis sangat.

 Rasanya tak perlulah resepi, cuma adjust ikut selera masing masing.



Jemput minum....

Monday, May 14, 2012

Udang Kara Aneka Sos


Salam dan Selamat Sejahtera....

Mesti ramai ibu ibu yang tersenyum riang sebab dapat special treatment semalam sempena hari ibu kan... Tapi bukan sehari saja kita menghargai ibu tetapi setiap hari ialah hari ibu.

Saya ada terdengar ada ustaz yang cakap, umat islam tak boleh meraikan hari ibu. Ada ustaz yang baca kutbah jumaat cakap, tak salah untuk kita meraikannya. Bila ada fakta yang bercanggah, ramai yang keliru...

Berbalik pada menu semalam, saya masak Udang Kara Aneka Sos. Kebetulan masa ke Kuala Selangor, kami nampak ada penjual yang menjual Udang kara @ Lobster. Sekadar ingin merasa, saya beli seekor. Tak pasti nak masak apa, saya cari dan terjumpa satu resepi dalam majalah RASA.


UDANG KARA ANEKA SOS

BAHAN BAHAN
1 ekor udang kara - dibersihkan, gaul dengan garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.

Bahan utk sos
1 labu bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
1 batang serai
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, halia dan serai hingga hancur.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan jus limau nipis, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati
3. Jika ingin sedikit berkuah, masukkan air. Perasakan dengan garam dan gula.  Masak hingga kuah agak pekat. Matikan api.
4. Keluarkan isi udang kara, potong kepada saiz yang sesuai. Masukkan isi udang ke dalam sos dan gaul sekata.
5.Masukkan semula isi udang ke dalam kulitnya, hidang di dalam pinggan hidangan. Curahkan lebihan sos ke atas udang dan taburkan daun ketumbar jika suka.
6. Sedia untuk dinikmati.

Sunday, May 13, 2012

Apple Pie


Salam dan selamat berhujung minggu...

Alahai hari Ahad dan pun hampir melabuhkan tirainya, esok dah kena kerja semula. Macam itulah rutin yang kena lalui selagi terdaya....

Hari ini saya dan suami takde plan nak merayap diluar, so lepas makan tengahari mulalah menggodek apa yang patut untuk mengunyah di petang hari...



Hari ini saya buat Apple Pie menggunakan puff pastry yang saya beli hampir seminggu lepas. Asyik tertangguh je nak buat apple pie. Maklumlah sekejap nak buat sardine puff la, sekejap nak buat curry puff la.... akhirnya jadi Applie Pie.



Minggu lepas masa jalan jalan cuci mata hari Ahad, kami singgah di satu kedai yang menjual peralatan dapur. Harga barangan dalam kedai ni boleh dikatakan agak mahal dan kadang kala mau terbeliak juga biji mata menengoknya. Masa tu my parents datang dan kami bawa mereka jalan jalan, so masa mencuci mata tu, saya ternampak satu pastry board. Jeling kat my husband, then dia cakap kalau nak ambik je lah.... so hari ni merasmikan pastry board yg baru beli la....


Mula ingat nak masak dulu filling apple pie, tapi last minute tukar fikiran. 



Lepas tutup, buat scoring dulu.


Then sapu kuning telur sebelum bakar.


My Apple Pie



Friday, May 11, 2012

Nasi Lembik......



Salam dan Selamat Hari Jumaat yang penuh berkat...

Tuan Rumah baru belajar tumbuh gigi.....




Biasanya yang makan nasi lembik ni budak baru belajar tumbuh gigi kan... jadi kiranya saya baby lagi ler. ( baby yang dah nak hilang gigi ada la..) Semalam dah habis idea nak masak apa untuk makan malam. Tanya cik abang, dia pun asyik cakap entah lah, tak tau nak makan apa. Ada ke dia cadangkan , kita makan mee segera nak? Memang habis idea la tu...


Ikan kering digoreng dengan bawang dan cili besar


So saya cakap, saya teringin nak makan bubur. My husband cadangkan supaya beli saja dari restoren yang berhampiran. Tapi mereka hanya jual bubur dan sedikit ikan kering goreng dan sambal kicap. Saya suka bubur saya penuh dengan acessories termasuk sayur. Jadi saya cakap, saya akan masak sendiri di rumah.

So sebelum balik, saya beli sayur kangkung dan telur masin.Tapi telur masin tu rasa macam dah agak lama sebab kurang sedap.

Sayur Kangkung Goreng Belacan extra pedas.

Sebabkan dah selalu buat bubur nasi, kali ni saya adjust supaya bubur nasi menjadi nasi lembik. Sedap pada tekak saya. Saya memang penggemar bubur nasi, so tak perlukan lauk yang mahal dan fancy.

Kalau 2 hari makan macam ni pun saya tak akan merungut....








Wednesday, May 9, 2012

Avocado Pudding


Salam dan Selamat Pagi...

Tuan rumah masih belum sihat sepenuhnya, dan kebetulan pulak banyak kerja dan sedikit occupied. So, tak sempat nak bertandang ke rumah jiran tetangga. Mesti banyak yang saya dah ketinggalan ni....

Untuk entry kali ini, saya letak satu pemanis mulut aka dessert yang mudah dan sedap sekali. Bagi penggemear Avocado, mesti menyukai rasanya apatah lagi bila ditambah dengan sos coklat Hersheys.....



Sepatutnya kena gunakan buah avocado yang telah ranum untuk mendapatkan texture yang baik. Tapi memandangkan buah avocado yang saya beli tu belum cukup ranum, so ia tidak begitu smooth and silky.



Avocado Pudding

Bahan bahan

1 sudu makan instant jelly
2 cawan air panas ( boiled water )
1 biji buah avocado yang masak
1/2 cawan susu pekat manis ( kurangkan jika perlu )
Secubit garam
Sos coklat

Cara cara
1. Campurkan semua bahan kecuali sos coklat, kisarkan dengan pengisar tahan panas hingga halus dan sebati.
2. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan.
3. Hidangkan bersama sama sos coklat.

****
1. Kisarkan buah avocado, susu pekat, garam dan 1 cawan air.
2. Didihkan 1 cawan air dan masukkan instant jelly, kacau hingga sebati dan serbuk jelly larut. Masukkan bahan kisar tadi dan kacau sekata.
3. Tuang dalam bekas dan sejukkan.


Monday, May 7, 2012

Cucur Jawa @ Mexican Hat


Salam dan Selamat Pagi.


Sudah lebih seminggu blog ni tidak updated. Maaf sebab tuan rumah kurang sihat. Thanks to Chikmi sebab bertanyakan khabar. Bila kurang sihat, mood nak mengambil gambar pun tak ada. Bukan tak masak, cuma masak yang biasa biasa dan ulangan saja.

Malam tadi Shah Alam dibasahi hujan lebat sejak dari pukul 2.30 pagi hinggalah ke pagi. Seperti biasa, kesesakan lalu lintas yang agak teruk dan cuaca diluar pun masih mendung...



Tiba tiba teringin nak makan cucur jawa, so tanya pada mak saya bagaimana nak buat. Walaupun bahan yang digunakan tidak banyak, tetapi kalau silap cara tidak menjadi juga.

Rasanya ini kali kedua saya buat Cucur Jawa sendiri. Warna kuih agak cerah tidak hitam sangat sebab saya kurangkan kuantiti gula merah. So kalau suka kuih ini lebih kepada coklat kehitaman, maka lebihkan kuantiti gula merah. Kuih ini pun tidak terlalu manis, sedang sedang saja.


CUCUR JAWA
Source : My Mom

BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
Secubit garam
Sedikit air

Campur semua bahan dan gaul sebati. Uli doh lebih kurang 5 minit dan ketepikan.

BAHAN BAHAN
1 cawan air
3/4 cawan gula
1/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak hingga gula hancur. Tapis dan sejukkan sebentar.

CARA CARA
1. Tuang air gula ke dalam doh tepung yang telah diuli tadi sedikit demi sedikit. Kecairan bancuhan lebih kurang seperti hendak membuat kuih dadar. Simpan lebihan air gula.
2. Perap bancuhan semalaman, jika bancuhan agak pekak, tambahkan lebihan air gula.
3. Panaskan minyak, jgn terlalu banyak dengan api perlahan. Tuang satu senduk bancuhan ke dalam minyak. Biarkan sehingga kuih naik kemudian terbalikkan.
4. Bila kuih bewarna kecoklatan, angkat dan toskan. Ulang hingga adunan habis.