Friday, July 13, 2012

Sambal Udang Petai


Salam,

Malam ni saya buat ulang tayang menu yang entah kali ke berapa. Tapi agak lama juga saya tak masak something with stinky beans aka petai kat rumah. Selalu saya akan masak hujung minggu atau hari cuti saja. Maklumlah kerja saya berurusan dengan orang, jadi kurang selesa kalau mulut berbau. Lagipun tidak berapa lama lagi bulan puasa, jadi teringin nak makan dalam bulan puasa pun tak berapa bagus juga.

Selain petai, ada jering dan buah genuak yang seangkatan dengannya dari segi bau. Tapi setakat ni saya cuma makan petai. Ada satu menu dari Negeri Pahang yang menggunakan jering rebus dan digaul dengan kelapa parut kalau tidak silap saya. Saya tidak pernah mencuba tetapi mak saya cakap ia sedap.

Okay berbalik pada menu malam ni, Udang Sambal petai.


Rasanya ramai yang tahu bagaimana nak buat sambal udang kan, tapi ia bervariasi bergantung kepada tekak dan kesukaan masing masing. Ada yang suka rasa dan bau serai dalam sambal tumis.Ada juga yang meletakkan sedikit santan diakhir masakan.

Walau bagaimana Sambal Tumis ini dimasak, ia memang menjadi menu kegemaran ramai orang di Malaysia terutamanya. Nasi lemak akan hilang serinya tanpa sambal tumis.

So, jemput makan......



7 comments :

kasihredha said...

jering rebus makan dgn kelapa mmg sedap...dah lama x makan.

Sambal udang tu pun sedap jugok :)

ibundo said...

sama menu kita hazila hehehe

ady said...

as-salam
amboii!!sedapnye..malam2 tgk sambal udang petai ni terliur dibuatnye..

Mamasya said...

Salam Hazila.sambal petai pasti membuka selera....

Dilah Naim said...

sambal udang & petai memang berselera la makan, pasti berpinggan-pinggan nasi..hehe

zila norazila said...

x pernah jemu mkn sambal..klu dibubuh petai lagilahhh sedap..:)

laskar pelangi said...

mmg makan nasi akan tambah la jawab dia,sebab mmg suka sangat menu ni..lepas makan je kena gosok gigi cepat2..dah bau petai..hik3