Friday, February 1, 2013

Liege Waffles



Assalammualaikum dan Selamat Petang...

Hari ini kawan kawan yang bekerja di Kuala Lumpur pula bercuti panjang, maklumlah dah 2 minggu orang Selangor asyik cuti saja kan. Tak apa, minggu depan satu Malaysia akan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina.

Saya dan suami akan pulang ke kampung masa cuti Tahun Baru Cina nanti kerana ibu bapa saya akan pergi mengerjakan umrah, jadi balik bercuti sekaligus menghantar mereka untuk ke Tanah Suci.


Hari sabtu in shaa Allah nak buat kenduri kesyukuran sikit. Seronok bila semua adik beradik akan berkumpul bersama sambil memasak apa yang patut. Maklumlah bila semua sudah bekeluarga, bukan mudah untuk berkumpul beramai ramai walaupun di hari raya.

Berbalik kepada entry hari ini, saya sajikan Liege Waffles atau Belgium Waffles. 

Ada pelbagai resepi Liege Waffles, tapi untuk kali ini saya cuba resepi yang menggunakan "dough method".


Sila jamu mata dulu ye, saya akan update resepinya kemudian.

LIEGE WAFFLES
Sumber : Lydia, My Kitchen


Bahan bahan
200 gms tepung roti
45 gms gula pasir
2 gms garam
10 gms susu tepung
1 biji telur
50 gms butter
75 ml air
6 gms yis segera

Cara cara
1. Campurkan tepung roti, garam dan susu tepung di dalam bekas. Gaul sebati.
2. Larutkan yis di dalam sedikit air, kemudian campurkan bersama telur dan kacau sebati.
3. Campurkan campuran yis ke dalam campuran tepung, uli sehingga doh lembut terbentuk. Campurkan butter dan teruskan menguli sehingga doh lembut.
4. Tutup dengan plastik dan biarkan ia rehat lebih kurang 30 minit.
5. Bahagikan doh kepada 6 bahagian yang sama dan bulatkan, tutup dengan plastik dan rehatkan lebih kurang 10 minit.
6. Panaskan acuan waffle, sapukan sedikit butter. Letakan bebola doh tadi di atas permukaan waffle, tutup dan biarkan ia masak. Anggaran 5-6 minit.
7. Angkat dan hidangkan bersama butter/jem/sos atau buah buahan kegemaran. Sedap di makan panas.



9 comments :

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
kita pun plan blk kg raya cina he he mesti sesak ni kan
kumpul adik beradik memeriahkan suasana syok tu
waa nampak mabeles lah wafles ni emmm mkn dgn coklat sedapnya

Qasey Honey said...

slm Kak Hazila..
wah seronoknya bile dpt blk kg..QH pon gitu jugak..CNY ni blk kg adik ipar kawin..

sedapnya tgk waffle tu..biase beli aje..bleh tunjukkn x acuan yg akak gunakan tu...cantik kejadianya..

Marsita Yahya said...

selamat bercuti..

Amie said...

Kenyang dah jamu mata dengan liege waffle yang menggoda tu!
Tak sabar nak tunggu cuti tahun baru cina...macam2 nak dibuat he he ehh
Moga ayahbondanya selamat pergi & kembali mengerjakan umrah nanti.

HomeKreation said...

Aslmkm. Berkenan dah ni tp tatau bila nak buat...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sedap ni... belum ada acuan waffle.. jadi mmg takkan menjadi waffle tanpa acuannya.. hihi.. jamu mata kat sini dululah..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak...sedap plak wafle ni..Selalu buat adunan cair jee...Boleh gak try buat style doh macam ni...

Rohah said...

mmm..sedapnya kak..meleleh tauuu!!

sudipVSsenduk said...

kalau tak de acuan waffle mcm saya ni, terpaksa la bakar atas pan, maka jadilah liege/belgium pan... huhuhuh