Monday, July 22, 2013

Puding Kastad Berkuah


Assalammualaikum dah Selamat Sejahtera...

Maaf sebab sekarang ni selalu pulak tenggelam timbul.... Lama tenggelam, baru timbul ambil udara sekejap.

Bulan puasa ni boleh dikatakan "jarang jarang" sangat saya pegang periuk belanga. Cik abang cakap dia bagi cuti sebulan, tak perlu memasak. Tetapi kadang kala tu teringin juga nak makan masakan sendiri.


Semalam sempat buat puding kastad berkuah, itupun cik abang dah tanya nak buat apa tu!!!!!

Puding kastad lebih sedap kalau disejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.



Kuah kastad ini sesuai juga dimakan bersama sama dengan puding roti.

Wednesday, July 17, 2013

Asam Rebus Tempoyak Ikan Kembung



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah lebih seminggu kita berpuasa. Meriah saya tengok rumah kawan kawan dengan pelbagai menu atau juadah untuk berbuka, tidak kurang juga untuk bersahur.

Saya sejak berkahwin dengan suami saya hampir 18 tahun, boleh dikatakan tidak pernah makan nasi waktu sahur. Kami hanya makan roti atau kuih muih dan minuman panas sahaja. Memandangkan suami saya tak makan nasi, so lama kelamaan saya pun terikut juga.


Semalam tekak terasa macam nak makan asam rebus tempoyak. Memandangkan saya tak makan ikan patin, saya gantikan dengan ikan kembung. Tidak perlu lauk yang lain pun tak apa, sedap menghirup kuahnya yang sedikit masam dan pedas.

Since last minute decision, tak berapa cukup bahan. Saya cuma masukkan daun kesum dan belimbing buluh saja. Saya ada baca mengenai resepi asam rebus tempoyak negeri Pahang yang hanya menggunakan tempoyak,cili padi,garam,daun kesum,kunyit dan air sahaja. Tetapi bila sudah dipelbagaikan ada yang mencampurkan dengan terung telunjuk, bendi,belimbing buluh dan sebagainya. Tapi tak bolehlah mengisytiharkannya sebagai masakan asli negeri Pahang.



Friday, July 12, 2013

Lopes Daun Buluh



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki hari ketiga dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Bagi yang ada anak anak kecil, masa inilah kita boleh lihat pelbagai ragam mereka yang baru nak mula belajar berpuasa. Boleh stressed ibu bapa dibuatnya. Alah... kita mungkin lebih teruk dari itu masa kecil kecil dulu, ye tak?

Berbalik kepada menu berbuka, mesti ramai ibu ibu dan isteri yang teruja hendak menyediakan masakan kesukaan keluarga. Bagi ibu dan isteri yang berkerjaya, mungkin peluang untuk tunjuk skill hanya pada cuti hujung minggu. Maklumlah bila masuk bulan Ramadhan, automatically jalan sesak 2 kali ganda dari hari biasa.




Semalam ada kesempatan untuk menyediakan sejenis kuih yang agak mudah dan sinonim dengan bulan puasa, Kuih Lopes.

Semenjak diperkenalkan oleh cik puan mimi, saya memang dah selesa membuat kuih lopes menggunakan daun buluh. Lagi mudah bila gunakan pressure cooker untuk merebus kuih ini menjadikan lebih menjimatkan masa.

KUIH LOPES DAUN BULUH

Bahan bahan
300 gms pulut
2 sudu makan air abu ( bahan digunakan untuk melembutkan sotong kering)
Kelapa parut
Sedikit garam
Beberapa helai daun buluh - biasa digunakan oleh kaum cina untuk membungkus kuih chang.
Air gula melaka

Cara cara
1. Rendam beras pulut dengan air abu lebih kurang 1 jam. Cuci bersih dan toskan.
2. Rendam daun buluh sehingga daun menjadi lembut dan senang membentuk, cuci dan toskan.
3. Ambil sehelai daun buluh bentukkan seperti kon, masukkan lebih kurang 2 sudu makan beras pulut. Lipat sehingga menjadi 3 segi dan ikat menggunakan tali yang sedia ada. Buat sehingga habis.
*** Lebih elok dapatkan daun yang bersaiz kecil.
4. Masukkan semua pulut yang telah dibungkus ke dalam periuk tekanan dan ikut arahan. Setelah masak, angkat dan toskan.
5. Setelah sejuk, buang daun buluh dan salutkan kuih lopes dengan kepala parut yang telah dicampurkan dengan garam.
6. Hidangkan bersama sama dengan air gula melaka.




Tuesday, July 9, 2013

Kentang Rebus Kuah Kacang


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.....

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan tahun ini. Selamat menyambut bulan mulia kepada semua pengunjung My Small Kitchen, semoga tahun ini segala amal ibadat kita akan diterima olehNya.

Bagi saya dan suami, Ramadhan kali ini tidak banyak perbezaan dengan tahun tahun yang lepas. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa tahun ini.

Kebetulan hujung minggu lepas keluarga saya berkunjung, jadi sempatlah berkumpul dan makan makan sempena menyambut bulan puasa. Riuh rendah dengan gelagat anak anak saudara, rumah yang selalunya sunyi bagaikan dilanda garuda.....





Memandangkan semua sibuk nak pergi berjalan ke sana kemari, memanglah tak sempat nak masak dan bergambar.

Jadi hari ini saya cuma letak satu menu ringkas, itu pun tiba tiba terfikir nak buat macam ini.

Biasanya kalau kita makan rojak ayam, selalu ada kentang rebus. Saya memang akan cari kentang rebus dulu kalau pesan rojak ayam atau rojak pasembor. Tapi selalunya sikit sangat.

Kebetulan my husband beli Satay Kajang, dan anak anak saudara hanya makan satay tanpa kuah. Maka banyaklah kuah satay yang berbaki. Terfikir nak rebus kentang dan makan dengan kuah kacang.

Sedap tau, cubalah.




Thursday, July 4, 2013

Raspberry Ice Pops


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhaiiiiii panasnya sejak 2,3 hari ni. Panas membahang, kalau terpaksa memandu dalam cuaca ni mesti bila balik rasa kepala bagai nak pecah.

Apalagi mulalah nak meneguk air saja sampai dah tak ada selera nak makan.

Actually saya buat raspberry ice pops ni dah beberapa hari tapi agak sibuk sikit kebelakangan ni tak sempat nak upload dalam blog.

Bayangkan betapa panasnya cuaca, sampai nak cair ice cream saya sementara nak siap di photo shoot.





Memandangkan masih ada berbaki frozen raspberry yang saya beli tempohari, sekarang ialah proses nak menghabiskan sebelum bulan ramadhan.

Saya cuma gunakan 3 bahan saya untuk membuat ice pops ni.  Saya akan update resepinya kemudian.