Tuesday, July 9, 2013

Kentang Rebus Kuah Kacang


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.....

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan Ramadhan tahun ini. Selamat menyambut bulan mulia kepada semua pengunjung My Small Kitchen, semoga tahun ini segala amal ibadat kita akan diterima olehNya.

Bagi saya dan suami, Ramadhan kali ini tidak banyak perbezaan dengan tahun tahun yang lepas. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa tahun ini.

Kebetulan hujung minggu lepas keluarga saya berkunjung, jadi sempatlah berkumpul dan makan makan sempena menyambut bulan puasa. Riuh rendah dengan gelagat anak anak saudara, rumah yang selalunya sunyi bagaikan dilanda garuda.....





Memandangkan semua sibuk nak pergi berjalan ke sana kemari, memanglah tak sempat nak masak dan bergambar.

Jadi hari ini saya cuma letak satu menu ringkas, itu pun tiba tiba terfikir nak buat macam ini.

Biasanya kalau kita makan rojak ayam, selalu ada kentang rebus. Saya memang akan cari kentang rebus dulu kalau pesan rojak ayam atau rojak pasembor. Tapi selalunya sikit sangat.

Kebetulan my husband beli Satay Kajang, dan anak anak saudara hanya makan satay tanpa kuah. Maka banyaklah kuah satay yang berbaki. Terfikir nak rebus kentang dan makan dengan kuah kacang.

Sedap tau, cubalah.




12 comments :

Cida de' Nuanza said...

wah...menarik juga ni...

asyifamustaffa said...

sedapnya...

Qhaifa Nur said...

kentang cicah kuah kacang...
sedapnya...

Liza said...

wahh, sedap ni...kentang mmg peberet Liza...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

idea yg menarik juga ni.. sy pun penggemar kentang.. gitu juga dgn anak2... kentang dlm masakan mmg jadi rebutan kami.. hehe..

slmt berpuasa buat zila juga...

NEKCIK said...

Nekcik pun sukalah sangat kentang....esp kentang putar ngan blavk pepper sos

NEKCIK said...

Selamat mnjalani ibadah puasa ye zila

Gee® said...

Slmt berpuasa Zila...

ady said...

salam
selamat berpuasa buat hazila sekeluarga..

suryabil said...

Waa sedapp kite pun suka kentang rebus..klau mkn rojak mesti carik kentang gak..tapi sikit je kan..buat sendiri blh buh byk2..:-)
Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat hazila &family.

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat Akak sekeluarga...Semoga ibadah kita semua mendapat keberkatan dariNya...

Dan ehemmmm..menarik juga makan kentang ngan sambal kacang ni yaaaa

mrs said...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. MS tak pernah terpikir sebelum nie..boleh cuba buat untuk menu sampingan time berbuka puasa