Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Oh ya, hari tu saya tulis next entry hanya pada bulan December kan?
Tak mengapalah since ada gambar yang boleh saya upload, saya akan update blog ni. Semuanya bergantung kepada masa dan keaadaan.
Actually bukanlah menu yang complicated atau yang awesome sangat pun, just simple and plain recipe. Saya nak habiskan balance buah tembikai susu dan kelapa parut dalam peti ais.
Kebiasaannya kalau nak buat dessert saya akan perah santan menggunakan air yang sudah dimasak supaya jika saya perlu panaskan, ia tidak perlukan masa yang lama.
Kebetulan masa saya balik Pahang tempohari, saya ada membeli manisan/gula kabong dalam bentuk cecair. Apa yang ada dalam fikiran saya pada masa tu ialah, sesuai kalau dimakan bersama kuih lopes atau boleh juga dicicah dengan lempeng. Tambahan sekarang musim hujan, bila hari cuti dan tidak kemana mana, mulalah perut bernyanyi minta diisi.
Apa yang anda perlukan cuma santan yang ditambah sedikit garam untuk menambahkan rasa "lemak" santan, buah tembikai susu yang dipotong dadu dan air manisan gula kabong. Kalau tiada, air gula melaka juga boleh digunakan. Kalau itupun tiada, anda boleh panaskan santan dengan gula pasir dan sejukkan didalam peti ais sebelum dimakan. Ataupun boleh masukkan ketulan ais semasa menghidang.
4 comments :
Assalamualaikum..
wah.. nampak sedap sangat resepi tembikai susu ni.harus cuba ni..
jom singgah blog saya pls...
http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/
Assalamualaikum...hazila tentu sdapkan.Ada rsa lemak2 manis...
camne la nk buat gambo low light cam tu..ai ni kena nuntut ngan org shah alam!
Special ni Hazila... guna gula kabung! Susahnya nak jumpa gula kabung sekarang ni... dapat gula melaka pun jadilah kaaan.
Post a Comment