Wednesday, November 26, 2014

Jus Avocado



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tuan rumah masih dalam mood yang tak keruan... kalau kata malas nanti, terus jadi malas pula kan.

Semalam balik kerja agak awal dari biasa, so sampai rumah matahari masih terang benderang. Mula mula selongkar peti ais cari apa yang hendak di masak untuk makan malam. Then jumpa buah avocado yang entah bila saya beli. Rasanya masa tu harga promosi RM1.99 sebiji compared to normal price around RM5.99 sebiji. Ingatkan dah tak boleh makan, rupa rupanya masih elok lagi. Kalau nak buat salad lambat sangat sebab banyak bahan lain nak dicampur, so yang paling senang ialah sediakan jus avocado bersama sos coklat.
 

Sebagai pengemar Jus Avocado, setakat 2 gelas tu sekejap saja boleh habis.

By the way sekarang musim buah Persimmon banyak dipasaran. Diluar musim ia dijual RM2.59 sebiji, lebih kurang. Sekarang boleh didapati dengan harga RM0.99 sebiji. Selalunya hanya makan begitu saja, ia juga boleh dicampur di dalam salad dan juga dibuat smoothies. Nanti saya cuba dan upload dalam blog.

 

Tuesday, November 25, 2014

Blackpepper Chicken Pot Pies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tuan rumah dilanda mood malas nak masak sejak beberapa hari ini. Aduhhhh memang tak ada mood langsung nak buat apa apa. Even mood nak ambil gambar makanan pun entah ke mana.

Semalam selongkar peti ais, nampak ayam yang saya beli separuh minggu lepas. Pening kepala memikirkan apa yang hendak dimasak. Memandangkan my husband kurang sikit makan ayam kebelakangan ini so tak ada idea nak buat apa.

Akhirnya saya decided nak buat blackpepper chicken pot pies. Bukan apa, risau pulak kalau dah lama sangat dalam peti ais, ayam itu akan berakhir di dalam tong sampah, sayang dan membazir sangat.

Banyak resepi yang boleh kita google dari internet dan olah ikut kesesuaian dan bahan yang ada di rumah. Kebanyakan resepi lebih kurang sama saja. 

Thursday, November 20, 2014

Kolak Biji Salak

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tinggal satu hari saja lagi sebelum waktu persekolahan bagi tahun 2014 akan berakhir. Saya nampak ramai ibubapa yang sibuk dengan hari anugerah @ penyampaian di sekolah anak masing masing. Itu belum masuk hari jamuan ringan yang sebenarnya tidaklah ringan mana... Ya lah makanan yang dihidangkan penuh semeja. Alhamdulillah rezeki kan.

Nanti ibu bapa sibuk pula menjawab pertanyaan anak masing masing....
" Mak, cuti sekolah ni kita nak pergi jalan jalan kat mana?"

Apalagi.... cepat cepat sediakan jawaban.


 Semalan saya sediakan Kolak Biji Salak yang sinonim dengan negara seberang.
Selalunya saya beli Japanese Sweet Potato yang berwarna ungu atau sedikit kuning, tetapi entah bagaimana my husband beli orange sweet potato. Bila direbus, ia tidak begitu menyelerakan untuk di makan begitu saja. Jadi untuk tidak membazirkan ubi yang telah saya rebus, google cari resepi.

Resepi yang tidak banyak sangat bahan yang diperlukan. Saya hanya gunakan santan kotak sebab hanya itu yang ada dirumah. Lagi sedap kalau dapat santan segar.

Cuci mata dulu...
 Nanti saya masukkan resepinya. Resipi dari blog Hesti.



 

Tuesday, November 18, 2014

Honey Bread



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Roti lagi... Mood nak buat roti datang lagi. Kali ini saya buat menggunakan Basic Bread recipe. Cuma penggunaan gula pasir ditukar kepada madu. Roti yang terhasil tetap lembut dan gebu.
 

Roti yang terhasil boleh dikategorikan sebagai "roti paun". Boleh juga kalau diisi dengan inti yang sesuai.

Roti ini sedap dinikmati dengan mentega atau kaya. Kali ini saya makan bersama sama dengan sambal sardin.
 

Teksturnya memang gebu dan lembut. Memang puashati dapat menikmati keenakan roti yang hangat buatan sendiri.
 
 Resipi adalah dari hasil google di internet cuma saya tidak jumpa link kepada tuan punya blog.

Honey Bread

Bahan bahan
300 gms tepung high protein/roti
4 gms garam
4 gms (1 sdt) yis segera
1 biji telur dipukul ringan + susu segar menjadikan beratnya 200 gms ( 1 biji telur + susu segar = 200 gms)
50 gms madu
30 gms butter tanpa garam

Caranya sama seperti membuat roti yang lain. Kalau ada loaf pan boleh bakar menggunakannya. Jika tiada, boleh gunakan loyang bulat seperti saya. Atau boleh juga buat buns. Bergantung pada selera masing masing.

p/s- doh akan sedikit lembik tetapi jangan tambah tepung. Basahkan tangan dengan minyak masak semasa membulatkan doh.









Monday, November 17, 2014

Swedish Meatballs



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Sudah memasuki minggu ketiga bulan November dan hujung minggu nanti cuti sekolah yang panjang akan bermula. Memandangkan sekarang sudah banyak tempat dinaiki air, so harap ibubapa supaya lebih perihatin kepada keselamatan anak anak. Maklumlah namapun kanak kanak, kalau nampak air tu seronok sangat sampai terlupa kemungkinan bahaya yang menanti.Kalau perlu tangguhkan dulu bercuti ke tempat tempat yang dikhuatiri tahap keselamatannya.

Dah rasa macam mak nenek pula kan,sekadar ingat mengingati di antara satu sama lain. Memang la walau dimana mana pun kalau sudah ditakdirkan musibah melanda, tidak boleh mengelak juga. Tapi berhati hati lebih baik kan...

 


Hari ini saya kongsikan menu Swedish Meatballs. Walaupun sudah beberapa kali berkunjung ke IKEA, namun belum pernah sekali saya menikmati Swedish Meatballs yang menjadi bualan ramai. Selalunya cafe penuh dan bersesak dengan orang ramai. So memang tengok dari jauh je lah kan...

Memandangkan mood rajin yang agak tinggi, saya google mencari resepi bagaimana untuk menyediakan menu ini. Memandangkan saya tidak pernah merasa meatballs di IKEA maka saya tidak dapat menyatakan samada ia sama atau tidak.

Memandangkan resepi asal menggunakan daging khinzir, kita boleh gantikan dengan daging ayam atau gunakan saja daging lembu sepenuhnya. 

SWEDISH MEATBALLS
sources: http://supergoldenbakers 




 

Saturday, November 15, 2014

Jus Limau Kasturi Asam Boi



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat berhujung minggu, cuaca di Shah Alam terang sekali pagi ini. Masa keluar pagi tadi, matahari terang dan bersilau sekali... So pada surirumah bolehlah cepat cepat menjemur pakaian, mana tahu petang nanti hujan membasahi bumi pula.

Hari ini kita menjamu mata dengan Jus Limau Kasturi Asam Boi. Lama juga tak masukkan gambar minuman. Sudah beberapa hari saya beli buah limau kasturi, tapi asyik terlupa pula. Tanda tanda umur makin tua...

Saya kisar limau kasturi sekali dengan kulit dan bijinya, so jus akan ada sedikit rasa kelat. Tapi saya sukakan rasanya.
 

Jemput minum...



 

Wednesday, November 12, 2014

Roti Sarang Lebah

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Ya saya tahu...
Saya memang selalu ketinggalan keretapi. Orang lain dah lama buat saya baru nak sibuk cari resepi. Selalunya macam itulah... Bila menu itu tengah viral, saya akan tengok dari tepi padang dulu. Biar orang lain ramai ramai mencuba dan bila dah agak reda baru saya join the crowd.....

Ini pun dah kira derhaka pada resepi. Saya ambil resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam, kalau ikutkan bahan bahannya perlu ada yogurt atau buttermilk. Puas selongkar peti ais, tiada kelibat yogurt dan saya terlupa yang susu segar pun dah habis. Nak ke kedai malas pula, so improvised ikut bahan yang ada. Kalau tak jadi, duduk senyap senyap... 



Alhamdulillah it turns out just okay, nice and fluffy. My husband pun cakap lembut je rotinya.

Bahan Doh
2 cawan tepung roti - saya gunakan unbleached bread flour
1/2 sudu teh yis segera
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir - saya gunakan raw cane sugar
1/4 cawan plain yogurt/buttermilk - saya gantikan dengan whipping cream
1/4 cawan minyak sayuran
1/2 cawan air suam - lebih kurang
Almond flakes dan Black sesame seeds untuk taburan.

Cara caranya
1.Larutkan yis di dalam sedikit air dan tambahkan gula dan sedikit tepung roti. Biarkan hingga ia berbuih.
2.Di dalam mangkuk adunan/mixer, campurkan garam, tepung roti,bakong powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan. Uli dengan mixer hingga tidak melekat di tangan anggaran 30 minit.
4. Tutup dengan kitchen towel yang lembab. Biarkan ia naik 1 kali ganda. Keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagiakan adunan sama berat dan bulatkan. Susun di dalam loyang yang telah diglis dengan sedikit minyak. Biarkan doh naik 1 kali ganda lagi.
6.Panaskan oven pada suhu 150C, bila oven sudah betul betul panas baru masukkan doh dan bakar hingga masak.
7. Memandangkan saya tiada pilihan untuk menggunakan api atas atau bawah saja, jadi saya pasangkan kipas. Anggaran masa untuk masak lebih kurang 40 minit.
 

Sos Butterscotch

Bahan bahan
1/2 cawan brown sugar - saya gantikan dengan raw cane sugar
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 sudu teh esen vanila
25 gms butter

Cara cara
1.Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan gula kacau selalu sehingga gula cair sepenuhnya.
2. Tuangkan whipping cream perlahan lahan sambil mengacau. Masukkan esen vanila dan kacau sebati. Matikan api dan tuang di dalam bekas tahan panas.
3. Selepas roti masak, tuangkan sos butterscotch ke atasnya.
 

Monday, November 10, 2014

Beef Empanadas with Black Seed



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya jamu Beef Empanadas with Black Seed. Empanadas ini ala ala karipap cuma ia dibakar bukannya digoreng. Mungkin satu alternative untuk mengurangkan penggunaan minyak dalam cara penyediaan makanan kita.

Black Seed atau Habbatus Sauda merupakan antara makanan sunnah. Cuma penggunaannya agak terbatas di kalangan orang melayu. Ia lebih meluas digunakan di Timur Tengah.
  

Inti atau filling boleh dipelbagaikan mengikut selera masing masing. Seperti karipap kita boleh gantikkan dengan sambal sardin atau rendang ayam/daging. Pelbagaikan untuk menarik minat keluarga untuk mencubanya.
 

Kali ini saya sediakan intinya seperti inti karipap daging. Cuma semasa menumis, saya masukkan 1 sudu teh Habbatus Sauda.

Sejujurnya ada rasa sedikit kelainan bila menggigit biji biji Habbatus Sauda ini.

Sebagaimana kita tahu, Habbatus Sauda ini mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan baik untuk wanita ataupun lelaki. Jadi apa salahnya kita mengamalkan dalam pemakanan seharian.

 

Friday, November 7, 2014

Apam Susu

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Tuan rumah asyik nak bersin saja.... cuaca di Shah Alam agak berjerebu dan panas membahang. Ada masa hujan terutamanya lewat malam.

Hari ini buat tayangan amal Apam Susu yang agak famous di FB dan group WhatsApp. Masing masing menayang apam susu,samada yang dibuat sendiri atau isteri yang buat.Seperti biasa saya selalu yang hujung hujung baru nak mencuba.


Ada pelbagai corak yang saya nampak, menarik dan menawan mata yang melihatnya. Saya gunakan 4 warna, kuning telur, apple green, pink dan purple.



APAM SUSU
Bahan bahan
2 cawan tepung serbaguna
4 biji telur
1 sudu teh ovallete
3/4 cawan gula pasir - saya kurangkan kerana tidak mahu manis
4 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh esen vanila - saya tambah

Cara cara
1. Masukkan semua bahan kecuali tepung ke dalam mangkuk dan pukul hingga kembang dan gebu.
2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
3. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang,(saya gunakan bundt pan) dan kukus sehingga masak. Anggaran 25 minit.
5. Sejukkan sebelum di potong.
 
  

 Jamu mata sebelum menjamu selera.

Selamat berhari minggu.


Wednesday, November 5, 2014

Cucur Udang Kuah Kacang




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa hari lepas saya nampak siapa ya yang buat cucur udang... Mas Duniaku rasanya. Tiba tiba terasa nak makan cucur udang pula.

Biasanya di sini cucur udang disertakan dengan sos cili. Tetapi di sebelah UTARA, kebiasaannya cucur udang akan disertakan dengan kuah kacang. KEBIASAANNYA ya... bukan saya kata SEMESTINYA. 

Setiap kali balik kampung suami di PERLIS INDERA KAYANGAN, kami selalu berhenti di gerai berhampiran Pekan Changlun arah ke UUM. Ada gerai yang menjual pelbagai lauk nasi campur yang memenuhi selera orang Utara. Tetapi yang paling saya suka ialah Cucur Udang bersama kuah kacangnya yang pada tekak saya cukup sedap. 
 

 Resepi cucur udang saya ambil dari blog CMG. Mula mula kuah kacang saya agak pekat sedikit, bila suami saya makan dia cakap, kuah kena cair sikit baru sesuai dimakan dengan cucur udang.

Tetapi kuah kacang yang saya buat semalam terasa bagai ada yang terkurang. So kena fikir dan tenung kembali apa yang terkurang dan boleh saya perbaiki.


 Sila jamu mata saja ya...

Resepi cucur udang boleh refer pada blog CMG atau Mas Duniaku. Sementara resepi kuah kacang kena tunggu saya betulkan rasanya dahulu.


Monday, November 3, 2014

Hong Kong Egg Tart

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama juga Hong Kong Egg Tart ni masuk dalam senarai wishlist. Tetapi asyik bertangguh dari sehari ke sehari. Bukan apa, kadang kala teringin nak buat benda lain atau ada request untuk menu tertentu. So kalau kebetulan ke bakery dan ada dijual terus beli saja.

Tetapi semalam mood untuk mencuba sendiri begitu tinggi, so google cari resepi di internet. Seperti biasa, saya cari resepi yang paling simple dulu. Ialah kalau banyak sangat bahan yang hendak digunakan, bagaimana kalau tidak menjadi? So perlu diambil kira juga factor begitu.


Resepi ini menghasilkan 6 biji tart yang standard size seperti dijual di kedai bakery.
So kalau keluarga tidak ramai boleh mencuba satu adunan dulu. Then bila dah rasa, baru kita boleh adjust ikut apa yang kurang dan terlebih pada lidah kita.
 
Saya sediakan bahannya selepas selesai menyediakan makan tengahari, so egg tart siap untuk disajikan sebagai menu minum petang. Fresh from oven.
 

 Resepi dari blog annieliciousfood.

Hong Kong Style Egg Tart
Menghasilkan 6 pcs bersaiz 9cm

Bahan bahan

Untuk pastry
140 gms tepung serbaguna
1 sudu besar gula icing
1 biji kuning telur
1/2 biji putih telur
75 gms salted butter ( jgn guna margerine kerana texturenya tidak akan sama )

Untuk Filling
75 gms gula castor
75 ml air panas
2 biji telur bersaiz besar
125 ml susu segar
1/4 sudu teh perasa vanilla
secubit garam

Cara cara
1. Mula mula sediakan doh untuk pastri. Pukul butter bersama sama gula icing hingga kembang. Kemudian masukkan kuning dan putih telur. Pukul lagi, masukkan tepung dan adun menjadi doh. Bungkus doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 -15 minit.
2. Keluarkan doh, bahagikan doh kepada 6 bahagian atau bergantung pada saiz acuan tart yang anda gunakan.
3. Bulatkan doh dan leperkan menggunakan rolling pin. Kemudian letak di dalam acuan tart. Tekan doh supaya memenuhi acuan tart. Perapikan bahagian atas acuan tart. Buat sehingga selesai kemudian simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Sediakan Filling
1. Bancuh gula bersama air panas dan kacau hingga larut. Ketepikan supaya ia sejuk
2. Pukul ringan telur bersama sama dengan susu segar, vanilla essence dan garam.
3. Kemudian masukkan air gula tadi dan kacau rata. Kemudian tapis sekurang kurangnya 2 kali untuk mendapatkan tart yang licin.
4. Panaskan oven pada suhu 180C, keluarkan tart shell dan perlahan lahan tuang filling ke dalam tart shell.
5. Bakar tart di dalam oven yang di "ON" kipas selama lebih kurang 25 minit atau sehingga filling "set".

*** Boleh tambahkan beberapa titis pewarna kuning telur jika mahu warna kuning yang menyerlah.