Monday, December 19, 2016

Gulai Itik



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Kesian tengok blog sendiri yang terbiar. Adoiiiii memang malas betul nak update. Saya kurang aktif sikit beberapa bulan ni. Kamera pun dah lama tak tengok, sampai my husband tanya apa dah jadi dengan kamera you. Dah lama tak nampak isterinya sibuk usung kamera dari dapur ke luar rumah agaknya. Ini pun gunakan kamera handphone, nampak sangat tuan rumah makin lemau....

Bukan tak sayang tengok blog terbiar sepi cuma belum ada semangat yang membuak buak nak mulakan semula aktiviti seperti dulu. Mana tau azam tahun 2017, tiba tiba terajin pulak nak aktif berblogging semula.

Oh ya semalam saya masak Gulai itik. Kebetulan saya terjumpa kedai yang menjual rempah cap Bunga Ros yang popular di Pantai Timur. Saya beli rempah tu di Shah Alam. Plan asal nak gandingkan dengan nasi minyak tapi my husband nak makan nasi putih biasa. Resepi Gulai itik boleh tengok dekat link sebab saya pernah masak suatu waktu dahulu... ( Lamaaaaaaa tu )

Moga jumpa lagi. Harap harap lepas ni makcik jadi rajin sikit....



7 comments :

Gee® said...

samalah kita... mood nk mengupdate blog dh kelaut gamaknya... tp masih rajin memasak kan... sedapnya itik tu...nyum2x

hazila said...

Hahahaha makin lemau dah ni. Saya memang dah jarang masak. Kadang dlm seminggu sekali je. Itu yang lama tak ada entry baru.

Amie said...

Ya Allah! Itik! Susahnya nak cari itik sekarang ni!
Selamat rajin masak-masak ye...selamat tahun baru 2017 juga he he heee

hazila said...

Selamat tahun baru juga buat Amie sekeluarga. Kay sini itik senang pula nak jumpa cuma kena beli seekor. Nak habiskan punyalah lama.

kakrose said...

yelah Zila akak pun sama..tetiba pulak rajin nak updet blog..semangat tahun 2017 kut.. :)

Rosdi Eunos said...

kalau saya balik kampung di Kelantan, biasanya inilah yang saya cari...
Likewise, blog saya pun dah bersawang... mudah2an 2017 ni semangat naik sikit... heheh

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC there website is www.ultimatelifeclinic. com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.