Showing posts with label Condiments. Show all posts
Showing posts with label Condiments. Show all posts

Monday, July 14, 2014

Solok Lada


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ini ada sedikit lebih kerajinan dari hari biasa. Second update untuk hari ini. Mari kita layan Solok Lada pula.Actually bukan sebab saya buat nasi kerabu tetapi saja untuk di makan dengan nasi putih biasa.

Banyak resepi Solok Lada yang bertebaran di alam maya. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Ada versi kukus dan ada versi rebus.

SOLOK LADA
Sumber : Pelbagai

Bahan bahan

4 biji lada berwarna hijau muda - belah tetapi tidak putus. Buang empulur dan bijinya. Rendam seketika.
5 ekor ikan selayang/sardines
1 cawan kelapa parut yang muda
1/2 inci halia
Sedikit garam dan gula
Kalau ingin lebih pedas boleh potong kecil cili padi.
4 ulas bawang merah
1 batang serai - dimayang halus
1 cawan santan pekat

Cara cara
1. Rebus seketika ikan selayang - ambil isinya sahaja.
2. Tumbuk isi ikan, kelapa parut, bawang merah,halia dan serai hingga lumat. Masukkan ke dalam bekas dan gaul sebati dengan garam dan gula.
3.Ambil sebiji cili hijau muda, sumbat adunan yang telah digaul sebati tadi ke dalam cili. Buat sehingga habis.
4. Susun solok lada ke dalam periuk, tuangkan santan. Tidak perlu sampai tenggelamkan lada. Tutup periuk.
5. Masak seketika, jangan sampai santan kering. Anggaran sehingga santan mendidih.
6. Enak di makan dengan nasi kerabu/nasi putih atau ratah begitu sahaja.

 

Wednesday, December 19, 2012

Pincuk


As Salam dan Selamat Pagi....

Lazy Wednesday Morning.....( erkkkk....bukan hari hari ke saya malas?)


Hari ni saya letak menu malam tadi. Konon kononnya nak buat pincuk tapi tak cukup bahan. Sepatutnya ikut resepi dalam buku tu ada letak kacang goreng yg ditumbuk. Rasa macam ada stok kacang goreng, so saya tak beli sebelum balik kerja. Tapi rupa rupanya kacang goreng tu dah lemau akibat agak lama disimpan di dalam bekas plastik. So Pincuk saya kekurangan satu bahan.

Apa itu Pincuk?

Mula mula saya fikir ia sama dengan acar mentah timun dan nenas. Tapi bila bila baca bahan bahannya tiada penggunaan cuka dalam resepi ini. Dan kalau tidak silap, ia seakan akan rojak yang dimakan bersama sama dengan nasi. Correct me if I'm wronged.



Tapi kalau meratah begitu saja pun sedap juga. Ala ala rojak cuma tiada kuah rojak saja.
Tapi saya tersilap estimate, letak lebih cili. Apalagi, habis panas bibir dibuatnya.

PINCUK
Sumber : SELERA PERDANA 

Bahan bahan
1/2 batang timun
1/2 biji nenas
1/2 biji sengkuang
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
2 ulas cili padi
Sedikit belacan
1 sudu makan cili sos
1 sudu makan udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Kacang goreng yang ditumbuk

Cara cara
1. Potong timun, nenas dan dan sengkuang seperti hendak membuat rojak.
2. Bawang besar dan cili merah di mayang dan hiris menyerong
3. Tumbuk cili,belacan dan sedikit garam hingga lumat.
4. Masukka semua bahan ke dalam mangkuk, gaul rata. Perasakan dengan gula dan garam jika perlu. 
5. Taburkan kacang tumbuk dan gaul sekata. Hidangkan bersama sama nasi putih atau makan begitu saja.



Oh ya, hari ini keputusan PMR akan diumumkan. Tentu ada ibu bapa yang berdebar debar untuk mengetahui bagaimana keputusan anak masing masing. Harap semua memperolehi keputusan yang membanggakan.




Wednesday, June 13, 2012

Sambal Hitam Pahang


Salam,
Malam ni saya buat sambal hitam Pahang yang dah agak lama juga bertangguh. Bukan pasal apa, cuma bila nak merebus belimbing buluh tu yang selalu tak menjadi. Padahal bukannya susah sangat, masukkan saja belimbing buluh dalam periuk, masukkan sedikit garam dan rebus hingga belimbing buluh bertukar warna menjadi kehitaman.


Inilah belimbing buluh yang telah direbus hingga kehitaman. Boleh simpan di dalam peti ais dan gunakan bila perlu.

Resepi Sambal Hitam Pahang saya ambil dari rumah Madiha @Ratna. Untuk menyediakannya tidaklah sesukar mana, tetapi rasanya memang sedap especially di makan dengan nasi panas. Bagus juga simpan stok sebab nanti bila bulan Ramadhan, selalunya tidak berselera sangant nak makan nasi waktu sahur. Mungkin sambal ni akan menaikkan selera sikit.



Selain sambal hitam ni saya buat juga masak lemak kobis dengan tempe. Since my husband tak berapa berkenan denganmenu malam ni, dia beli telur bungkus sebagai lauk tambahan.



Thursday, January 5, 2012

Sambal Bilis, Petai & Tempoyak


Hari ni jalan dah start jem... terlupa pulak yang orang dah mula berkerja, hantar anak ke sekolah. Maklumlah sebulan lebih jalan agak lengang dan boleh keluar rumah lewat sikit. So kena tune balik otak, kena keluar rumah lebih awal sikit mulai esok.

Since saya ada banyak lagi stok tempoyak, jadi kena cari menu bagaimana nak menghabiskan stok yang ada. kalau lama sangat pun nanti dah kurang enak. Tak kanlah asyik nak buat asam rebus tempoyak je kan.... Nanti boring pulak.

So semalam saya buat Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai dan campur dengan tempoyak. Perhhhhh....... sedap juga you. Tak perlu ada lauk lain pun dah boleh tambah nasi 2 pinggan.

Sunday, July 3, 2011

Home Made Gochujang Paste ( 고추장 )


 Home Made Gochujang Paste ( Korean Hot Pepper Paste )

Ingredients

270 ml water
250 gms sugar cane / brown sugar
300 gms miso paste
100 gms chilli powder
1 teaspoon salt
1 teaspoon rice vinegar

Method
1. Pur water into sauce pan, add sugar and heat until sugar dissolved.
2. Add in miso paste, keep stirring using wooden spoon until smooth.
3.Then add in chilli powder and mix well untill all combined. Switch off the fire and let it cool down for a few minutes.
4. Add in salt and vinegar, mix well and let it cool before put them in a bottle.

Wednesday, February 2, 2011

Homemade Raspberry Sauce

 Hari ini keaadaan boleh dikatakan agak lengang kerana ramai sudah memulakan cuti Tahun Baru Cina. Saya masih bekerja, seronok keluar ke tempat kerja hari ini  sebab jalan tak sesak dan boleh memandu seperti Mak Limah Lenggang Kangkung..... Masing masing sudah tunjukkan mood bercuti, mesti ramai kawan kawan blogger pun dah balik kampung ataupun menuju ke destinasi percutian.

Akhir tahun lepas saya dan suami plan nak bercuti ke Sabah masa CNY ni tapi terpaksa dibatalkan sebab my parents nak ajak pergi meminang untuk adik lelaki saya. Jadi sebagai kakak sulong, tak kanlah saya nak pergi bercuti dan biarkan my parents uruskan semuanya kan.. Lagipun ada rahmat juga batalkan percutian tu sebab musim hujan yang pastinya akan membataskan aktiviti saya masa bercuti. Rugi juga kalau habis duit beli tiket kapal terbang tapi terpaksa duduk dalam hotel je....

Berbalik pada entry hari ini, semalam saya buat Homemade Rasberry Sauce. 2 hari lepas masa saya "mengular", biasalah kat Hypermarket, saya suka membelek sana sini then ternampak fresh raspberry. Bukan selalu boleh jumpa fresh raspberry ni, tapi bila tengok harganya buat akak terpaku sekejap la juga kan..... Adoiiii......lama gak dok fikir nak ambil ke tidak. Lastly saya ambil la juga satu packet. Sebab saya fikir bukan selalu nak dapat.. ( ayat penyedap hati sendiri ). Oh ya 1 packet harganya RM 19.90, packetnya lebih kurang saiz packet blueberry tu. 

Bahan bahan
1 packet fresh raspberry
1 sudu teh lemon juice
1/2 cawan air
1/2 cawan gula

Cara cara
1. Cuci raspberry, tos dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan gula, air dan jus lemon.
3. Masak hingga mendidih dan kacau sehingga raspberry hancur. Biarkan hingga kuahnya agak pekat dan bolehlah diangkat.
4. Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.



Salah satu benda yang saya sukaaaaa sangat ialah yogurt. Semalam sebelum balik rumah, saya singgah nak beli yogurt sebab dah plan nak buat raspberry sauce. Yogurt yang biasa kat pasaraya ialah Nestle atau Sunglo tapi kalau peminat yogurt, anda patut cuma Greek Yogurt sebab ia lebih pekat, creamy dan less watery. So semalam mungkin my lucky day, saya jumpa Greek Yogurt bersaiz 1 kg dan berharga RM17.90. Terus angkut masuk bakul..... 

Nanti lepas balik dari kampung, saya nak buat Homemade Ice Cream pulak, boleh makan dengan raspberry sauce tu juga...

Sunday, January 2, 2011

Acar Buah


Rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Moga tahun baru membawa seribu satu kebahagian dan kesihatan yang baik pada kita semua. Hari ni baru berkesempatan menjengok blog sebab 3 hari saya di kampung. Dah lama tak balik kampung walaupun my parents baru je datang rumah. Yelah, sesekali kena la jengok kampung halaman, jangan sampai orang kata lupa daratan pulak.
Tapi tak berjalan ke mana mana pun sebab hujan turun menyebabkan malas nak bergerak. Bila dah duduk dalam rumah, kesejukan apalagi asyik makan makan dan makan sambil layan TV dan bersembang. Pagi tadi sebelum balik, my mom buatkan ACAR BUAH untuk saya bawa balik. Saya memang suka makan acar buah yg my mom buat sebab buah limaunya tak pahit dan banyak accessory lain dalam acar ni. Yelah, buat untuk makan sendiri, bolehlah letak macam macam, kalau nak jual susah sikit sebab cost tinggi, harga jual tinggi, takde siapa nak beli pulak. Ohhh I should stop here, nak meracau meraban dah ni.

Thursday, November 25, 2010

Pajeri Nenas

 
Malam tadi ada sedikit mood rajin so saya masak pajeri nenas untu makan malam. Saya lebih sukakan pajeri terung tapi memandangkan my husband tak suka jadi kena la buat yg dua dua boleh makan. Sebabkan mood rajin ada sikit je jadi saya gunakan nenas dalam tin sahaja, malas nak kupas nenas dan buang "bulu hidungnya" tu...

Bahan bahan
1 tin nenas
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu makan udang kering - ditumbuk
1 tangkai daun kari
Sedikit bunga lawang, Kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan cili kering kisar
1 cawan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit jus dari tin nenas ( saya tak masuk kan gula sebab jus ni dah manis)
1 sudu makan kerisek
Cili besar ( sekadar untuk hiasan )

Cara cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih bersama sama rempah hinga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar bersama sama daun kari dan udang kering. Kacau biar sekata dan masak hingga naik minyak.
3. Masukkan buah nenas dan santan pekat. Masukkan juga sedikit jus dari tin buah nenas tadi. Gaul sekata dan biarkan ia mereneh seketika.
4. Kemudian masukkan kerisek dan cili besar. Jika kuah agak pekat, masukkan sedikit air, sesuaikan dengan kepekatan yang disukai. Perasakan dengan garam.
5. Masak hingga kuah pajeri sekit pekat, angkat dan sedia dinikmati.