Hari ni sepatutnya menjadi hari yang gembira bagi saya dan suami kerana hari ni merupakan Harijadi suami saya. Banyak perkara yang menggembirakan pada hari kerana suami saya dapat meyiapkan projeknya selam 10 bulan on time dan hari ni juga suami saya dapat job baru. Bukankah sepatutnya kami gembira tak terhingga dan bersyukur padaNya atas rezeki yang diberikan... Semua kegembiraan tu bagai direntap bila suami saya dapat berita yang ibunya kemalangan jalanraya. Keaadaannya agak kritikal dan terpaksa membuat pembedahan segera. Bayangkan My MIL menunggang motosikal dan dilanggar oleh lori membawa tanah yang bertayar 6..... Petang tadi my MIL dah selamat menjalani pembedahan tapi belum sedarkan diri. Saya dan suami sedang menyelesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke PERLIS. Mungkin sehari dua ni saya tak dapat update blog. Doa saya semoga my MIL segera sembuh.
Memandangkan saya agak sibuk sejak semalam, jadi tak sempat nak prepare apa apa untuk celebrate my husband's birthday. Saya cuma sempat beli kek, dan bercadang untuk celebrate berdua hujung minggu nanti, tapi nampaknya kena tunda ke suatu masa yang sesuai.
Thursday, May 28, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Minggu Hijau
Bun Pandan
Tuesday, May 26, 2009
Ketam Goreng Masam Manis
Sebenarnya takde idea nak masak ketam. Boring kalau selalu masak kari, goreng kunyit, masak lemak atau buat tomyam. Tapi sebab my husband suka sangat makan ketam, so saya kena fikir bagaimana nak pelbagaikan masakan supaya tak jemu sangat. Mula mula tadi terfikir nak goreng jer tapi rasa cam simple sangat. Lastly dapat idea buat masam manis yang simple sebab tak cukup bahan. Nasib baik takde complaint.
Sambal Goreng Tempe
Go Green......
Antara tanaman baru kat rumah saya.
Saya ada 2 jenis sweet basil, satu yang di atas satu lagi tak ambil gambar pulak, yang itu daunnya agak lebar dan bulat sikit compare dengan yg di atas.
Begitu juga dengan Sage, saya ada 2 jenis, 1 yang kat atas daunnya sedikit lebar manakala yang dibawah daunya lurus dan runcing.
Yang ini pula pokok Bunga Telang yang bunganya berwarna biru dan digunakan untuk buat nasi kerabu dan beberapa masakan cina, baba & nyonya seperti pulut tai tai. Pernah berbunga sekali dan sudah berbuah dan mempunyai biji benih. Saya ada beberapa pokok lain seperti Dill dan thyme. Tapi pokok tyhme ni susah sikit nak hidup dan agak kecil lagi.
Monday, May 25, 2009
Sotong Masak Asam
Sunday, May 24, 2009
Jalan Jalan ke Sungai Buloh
Hari ni pagi pagi dah pergi Sunday Market untuk beli stok barang basah. My husband cam biasa kena gi kerja jadi my parents ajak gi Sungai Buloh sebab nak cari pokok orkid. My mom tengah asyik masyuk mengumpul pokok orkid. Jadi kami pergi lebih kurang pukul 11 am dan balik rumah lebih kurang 2 pm. Lepas tu rushing nak masak untuk lunch pulak. Gambar gambar kat atas yang saya sempat snap masa kat sana. Memang syok betul tengok pokok pokok bunga dan pokok hijau, rasa cam nak angkat semua bawa balik. My mom yang banyak beli, saya cuma ambil beberapa pokok bunga sebab "Rumah Orkid" saya belum siap. Nanti bila dah siap, bolehlah menambah aset....
Sayur Bayam dengan Siput Mentarang
Saya pernah nah masak sayur ni dulu. Kalau tak pernah tengok siput mentarang boleh klik di sini.
Sup Kepala Ikan Merah
Sup ni my mom yang masak, sebab abah saya suka makan sup kepala ikan merah ni. Tapi my husband tak makan sup kepala ikan, kecuali kalau kepala ikan tu dibuat kari/gulai. Biasalah, my husband ni ala ala mamak sikit, so semua nak masak kari jer.Saya tengok my mom masak campak campak jer tapi end up sedap je masakan tu.
Sambal Buah Kuini
Saturday, May 23, 2009
Buah Tangan dari Kampung
Biasalah kalau keluarga datang dari kampung jer, segala macam yang dibawa untuk anak menantu kat sini. Lagipun dah hampir 10 bulan saya tak balik kampung sebab my husband sibuk dengan projek yang mesti disiapkan akhir bulan ini. Since anak menantu tak balik, my parents yang datang jengok kami disini. Bertuah betual anak menantu ni..... Nak buat camne. Dah terasa rasa kat tekak ni nak makan sambal buah kuini cicah timun dan daun salad.
Puyuh Goreng Asam
Hari ni my parents datang dari kampung. Mula mula diorang cakap nak sampai petang, so saya pun tak plan la nak masak beria ia sangat. Sekali pukul 12 lebih , mak saya call dah nak sampai. Apalagi bergegas cari lauk yang dah siap la, takut tak sempat nak masak. Bila masuk rumah, my mak cakap dia bawah burung puyuh 3 ekor. Sebabkan masing masing dah lapar, jadi kami masak yang simple dan cepat siap.
Mango Mousse Lagi.......
Setiap kali nampak mangga je, mesti saya nak beli. Itu yang kadang kala setiap hari ada jer mangga dalam petiais. Kalau tak makan saja, saya buat jus atau smoothies. Tapi hari ni saya buat mousse pulak sebab dah lama juga tak buat. Saya buat pagi tadi sebelum gi kerja, jadi bila balik masa lunch tu dah elok sangat. Sejuk je........
Bun Kentang
Akhirnya menjadi gak Bun Kentang saya setelah Tragedi Dayang Senandung. Rupa rupanya memang timer oven saya ada problem, seperti tersekat dan tak mau berpusing. Jadi kenalah kerap gi tengok bun dalam oven. Since yang semalam doh tu terlembik, jadi kali ni saya kurangkan kuantiti airnya dan Alhamdulillah memang tersangat gebus dan naik bukan main tinggi lagi dan paling penting ia lembut sangat. Thanks to Ros sebab byk bagi tips yang berguna. alahai siapa sangka, boleh buat roti sendiri seperti yang jual kat kedai.
Bahan-bahan ( dpt dlm 10-12 bun kecil )
- 250 gram tepung roti/tepung high protein
- 70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
- 120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar marjerin
- 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- (untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
- 1 cawan susu segar
- 2 sudu besar gula
Cara-cara
- -Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
- kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
- klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
- Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...
- Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung punbuleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.
Friday, May 22, 2009
Dinner tadi.......
Petang tadi my husband ajak makan dulu sebelum balik, jadi malam ni takyah masak. Ini mesti kes rotiku rentung semalam. So my husband ajak gi makan satu restoran dekat belakang TESCO EXTRA Shah Alam tu. Kami memang selalu makan kat situ, tadi saya nampak dia ada buat somtam, jadi teringin nak rasa. Actually saya nak tunjuk gambar somtam yang dihidangkan kepada saya, bila tengok jer terasa cam nak bagi kambing makan jer. (Sorry!!!!) Tapi itulah apa yang saya rasa, kalau ye pun potong ler sayur kangkung dan kacang panjang tu bagi pendek pendek sikit. Alahai.........
Kuali Apam
Last month kalau tak silap, saya ada cuba buat kuih APAM LENGGANG. Tapi tak menjadi sangat sebab ia melekat kat kuali tu. Plan nak buat semula tapi asyik pending je. Ada orang bagitau yang kuali ni ada jual kat kedai perkakasan rumah org India. Saya selalu ulang alik dari Shah Alam ke Bandar Klang atas urusan kerja. Entah macam mana, sekali tu masa berhenti kat satu traffic light kat Little India tu, saya ternampak satu kedai jual kuali ni. Tapi takdelah saya nak turun masa tu juga, tak pasal pasal kena maki ngan driver kat belakang.
So hari ni saya ke sana lagi, jadi saya ambik kesempatan mencuci mata kat kawasan kedai yang dipenuhi oleh Org India ( that is why they call Little India ). So dengan selamba saya masuk dan tanya kat penjual tu pasal kuali ni, selepas acara tawar menawar, saya pun angkut satu biji bawa balik. Kalau tak buat apam pun saya masih boleh buat kuih ketayap atau lempeng.
Roti Dayang Senandung
Hahahahaha.......apa dah jadi ngan roti ku ini. Sebenarnya nak buat bun kentang dari Ros aka Onigiri tu. Lepas dinner malam tadi, masukkan semua bahan dalam BM, lepas tu gi layan tengok tv. Bila doh dah siap, tengok doh lembik. Bila nak buat bulat bulat pun dia jadi leper jer. Jadi nak selamatkan keadaan, saya masukkan dalam loaf pan. Lepas tu biarkan dia naik dan paipkan kastad kat atas doh tu. Lepas tu masak cam biasalah. Bila oven saya berbunyi menandakan cukup time, saya gi tengok, memang naik tinggi dan lembut jer bila saya tekan. Tapi kat bahagian atas roti tu tak berapa coklat lagi. Jadi saya turunkan suhu dan putarkan masa lagi 10 minit.
Masa tu dah hampir pukul 11 malam, jadi lepas set timer tu saya dan my husband naik tingkat atas. Sebelum tu my husband dah tanya, takpe ke biarkan oven tu cam tu jer. Saya kata takpe sebab selalu saya tinggalkan bila nak tidur. Lagipun 10 minit saja, nanti oven tu akan off sendiri. So this morning bila bangun dan buka pintu bilik, dah bau roti. Dalam hati terfikir sedanya bau roti pagi pagi ni. Saya pun teruja nak tengok, bila turun ke dapur saya nampak lampu oven masih menyala lagi. Tak kan tak off sendiri kot. So saya switch off dan buka pintu oven. Haaaa ambik ko....... rotiku bukan setakat hangit tapi rentung cam kayu arang.
Pagi tu bila cakap kt my husband, dia sengeh jer dan sound saya, kalau dah tak sihat tu buatla cam orang tak sihat. Tu bagi hint nak tukar oven baru ler tu.........
Thursday, May 21, 2009
Ayam Goreng Bersambal
Akhirnya...................
Akhirnya .................................... Setelah hampir 2 minggu streamyx meragam, hari ni dah kembali normal. Pukul 5.30 pm tadi technician TM datang repair apa yang patut. Padahal sekejap jer nak repair tapi kena tunggu lebih seminggu baru boleh datang check apa yang rosak. So lepas ni bolehlah skodeng rumah kengkawan malam malam buta......
Tak Sihat......
Dah beberapa hari asyik sakit tekak dan sesak nafas. Risau juga memandangkan macam macam penyakit dilaporkan kat media. Walaupun tak pergi overseas atau negara negara yang dijangkiti wabak tapi kita tak taukan kalau tak buat check up. Honestly saya ni memang susah nak gi jumpa doctor, since kerja makan gaji dulu pun. Biasa dapat 14 days MC, tapi setahun tu ada la 1 1tau 2 hari je MC. Kalau anual leave mesti carry forward each year, kalau boleh tukar dengan duit best gak. Tapi hari ni tak tahan sebab mungkin umur pun dah meningkat jadi tahap ketahanan badan pun dah kurang. Jadi sebelum it become worst lebih baik cari ubat.
Pemarut/Penyagat
Hari tu janji ngan Ida nak letak gambar pemarut yang saya gunakan untuk parut/sagat buah mangga atau betik untuk buat kerabu. Ada dua tiga jenis kat rumah saya tapi a bit bulky, jadi saya suka gunakan yang ini kalau nak buat kerabu mangga atau somtam. Memang senang, cuma saya belum jumpa kat kedai di Shah Alam. Ini pun saya kirim my MIL beli kat Perlis. Maaflah sehari dua ni memang takde entry masakan sebab tuan rumah terlebih MALAS dan tak berapa sihat sangat. Tambahan dengan masalah streamyx yang tak selesai selesai tu. Semalam dah masuk kali ke3 saya gi report kat TM tapi no action taken. Itu yang buat mood tak berapa elok sangat.
Tuesday, May 19, 2009
Lauk Orang Malas..............
Semalam memang MALAS SANGAT, kalau boleh memang tak nak buat apa apa. Kalau boleh sampai rumah nak bermalas malasan atas sofa sambil layan TV. Kalau boleh nak makan nanti semua lauk dah siap hidang atas meja. TAPI BOLEHKAH? Jawapannya dah tentu TAK BOLEH!!!!, sebabnya takde sape yang nak buat kalau bukan SAYA sendiri. Jadi dengan perasaan yang tak terkata, masuk dapur masak je apa yang terlintas kat dalam kepala. Jadi semalam dinner ngan ikan goreng cicah sambal mempelam dan sambal sotong. Sesekali makan ikan goreng je lah pulak kan.....
Monday, May 18, 2009
Asam Pedas Daging Tetel
Serawa Timun Betik
Tak tau nak gelarkan apa dish ni, according to my mak, cara makan cam makan cendol. Potong buah kecil kecil, masukkan santan dan air gula melaka. Saya tanya penjual tu, dia kata buah ni boleh buat jus seperti jus tembikai/honey dew tu. Tapi saya belum cuba lagi, anyway nanti saya cuba sebab masih ada lagi separuh buah tu dalam petiais.
Buah Timun Betik
Dulu dulu masa kecik/muda, arwah nenek saya selalu cerita pasal buah timun betik. Tapi bila arwah nenek dah takde, memang jarang jumpa buah ni lagi. Entah macam mana, saya pergi pasar Tani Taman Sri Andalas Klang hari Sabtu lepas, gatai sangat mulut ni nak tanya buah apa warna kuning tu, sekali penjual tu kata buah timun betik. Saje je beli sebiji, tak pasti nak buat apa, bila balik baru tanya mak saya kat kampung. Sebenarnya buah ni tasteless, takde rasa. Isinya seakan akan buah tembikai susu/honey dew.
Mee Hailam
Masak mee hailam ni masa weekend hari tu. Tension betul dengan streamyx ni tau, dah hampir seminggu lebih tak boleh online kat rumah. Dah report pun masih tak de apa apa action taken. Pagi tadi pergi TM Point lagi. masih cakap benda yang sama," Kita akan hantar tecnician pergi check secepat mungkin". Hampeh......call pun tak.
Friday, May 15, 2009
Kerabu Bihun
Resepi ni saya ambil dari buku masakan Mee dan Mihun by Shiela Rusly. Saje nak cuba sebab dalam gambar tu nampak cam menarik dan menyelerakan pulak. Tapi memang sedap pun ( according to my tekak).
Bahan Bahan
Bihun - dicelur
Udang kering - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Bunga kantan
Cili merah
Bawang merah
Daun ketumbar
Daun pudina
Timun - dibuang isi tengah dan diparut
Pes tomyam
Garam jika perlu/ saya letak kicap sotong
Limau kasturi
Cara cara
- Bawang merah dimayang halus, bunga kantan juga dihiris halus. Ketepikan.
- Masukkan pes tomyam ke dalam bekas yang agak besar, kemudian masukkan bawang merah, bunga kantan, timun yang telah diparut, cili merah yang telah dihiris nipis dan udang kering yang telah ditumbuk tadi ke dalam mangkuk.
- Gaul rata kemudian masukkan bihun yang telah dicelur tadi. Gaul dan masukkan kicap sotong, perahan limau kasturi. Gaul biar sekata.
- Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan pudina sebagai hiasan.
- Sedap juga kalau dimakan begitu saja. Kalau suka pedas boleh tambahkan hirisan cili padi.