Tuesday, September 27, 2011

Lala Goreng Pedas

Lala Goreng Pedas


Rasanya selama saya terbabit dalam dunia Blog ni, agaknya inilah bulan pertama yang paling teruk jumlah entry. Selalunya setiap bulan sekurang kurangnya 20 ke atas. Tapi entah kenapa, lepas raya ni betul betul liat nak letak entry dalam blog. Masak memang la, tapi bila nak ambil gambar je mula liat semacam. Last week, saya beli ubi kayu konon kononnya nak buat Bingka Ubi Kayu atau Pengat Ubi Kayu. Tapi hampehhhhh..... malas mengatasi segalanya. Ubi kayu masih jadi ubi kayu. Sebelum tu teringin nak buat ketupat daun palas dengan kari daging, sama je, daun palas masih sama macam hari beli cuma makin kering adalah.

Semalam masak Kari Kepala Ikan dengan Lala Goreng Pedas. Rajinkan diri ambil gambar lala je sebab rasa lamanya juga blog tu tak update.

Bahan Bahan

500 gm lala - bersihkan dan toskan.
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inci halia
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
Garam dan serbuk perasa
1 batang serai - ditumbuk sedikit
Sedikit air
Minyak

Cara cara

1. Tumbuk halia, bawang merah dan putih hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan hingga cili masak.
2. Masukkan lala, serai dan sedikit air. Biarkan hingga semua lala terbuka/masak.
3. Masukkan garam dan bahan perasa, gaul hingga sekata. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.

Thursday, September 22, 2011

Mac Soup


Salam dan Selamat Sejahtera.....


Lamanya saya bermalas malasan....... Bukanlah tak masak langsung, tapi malas sungguh nak ambil gambar. Itulah kalau dah lama tak buat activity "masak - ambil gambar - makan", nak mula balik tu punyalah liat.


So, sebagai permulaan, saya hidangkan something which is light and easy...
( sebenarnya nak cover yang saya masih malas nak fikir apa menu untuk main masak masak )
Dua tiga hari ini hujan turun agak frequent dan lebat, kain baju bergantungan dan lembab. Membuatkan mood saya pun ala ala lembab gitu.

Semalam, Shah Alam especially kat Seksyen 13 hujan memang lebat dan agak luar biasa. Kami yang ada di dalam bagunan memang tak lah terasa sangat cuma tau hujan lebat saja. Rupa rupanya air dah naik di depan Pasaraya Giant dan berdekatan PTPL/Laman Seri. Banyak kereta yang sudah di masuki air dan tersadai sebab air naik mendadak. Pagi tadi hujan turun awal, ingatkan sepanjang harilah hujan. Alhamdulillah hujan dah berhenti walaupun matahari masih malu malu bersembunyi di sebalik awan.....



Macaroni Soup

Rasanya menu ni simple je kan, ala ala main campak. Campurkan saja sayur yang ada dalam peti ais untuk mempelbagaikan rasa dan warna. Kadang kala menu itu simple tapi bila warnanya menarik, lebih seronok untuk menikmatinya especially untuk anak anak kecil.

Thursday, September 15, 2011

Cuti Cuti Masak!!!!!!


photo credits to google

Maaf buat semua pengunjung My Small Kitchen..... ..


2,3 hari ini tak ada new entry berkaitan makanan atau yang sewaktu dengannya. Sebab utama dapur akak yang sekangkang semut tu sedang dalam proses membaik pulih. Repair sana sikit, sini sikit.... maklumlah yang tukang masak ni ganas juga, itu yang ada yang retak sikit, koyak sana.... Dah tua kan, so kena la buat cosmetic surgery sikit bagi awet muda gitewwww....


Insyallah akan kembali bersiaran bila keaadaan pulih seperti sedia kala dan mood nak main masak masak tu pun datang membuak buak.... Lagipun hujung minggu ni penuh dengan undangan rumah terbuka. Tapi kena bertekad tak nak makan sampai tak henggat dunia especially bila ada yang tegur saya semalam, " eh akak, dah kurus sikit!!!" Macam la turun berkilo kilo, padahal 100 gm pun belum tentu.


Selamat menyambut Hari Malaysia esok dan selamat menjamu selera di rumah terbuka.

Monday, September 12, 2011

Lopes Daun Buluh


Salam di hari isnin....


Sedar tak sedar, hari ini sudah memasuki hari yang ke 14 di dalam bulan Syawal. Sekejap je rasanya. Bila hujung minggu saja, ramailah yang membuat rumah terbuka sempena Aidilfitri. Adakalanya dalam satu hari, berderet deret menerima jemputan sampai confius nak pergi yang mana satu. Perut pun apalagi, meragam satu macam bila disumbat pelbagai hidangan. Maklumlah, bila tengok semua hidangan, rambang juga mata nak memilih yang mana satu untuk di makan dahulu.

Tambahan kalau ke rumah kenalan rapat, lagilah mula lupa diri bersembang, suap makanan, sambung sembang lagi dan suap lagi..... Apalagi, cik abang kat seberang sana asyik menjeling je, bagi hints bilalah nak berhenti bersembang. Kebetulan hari sabtu lepas, hujan turun agak lebat juga di Shah Alam. Kami sampai di rumah kenalan tu terpaksa tunggu dalam kereta gara gara terlupa nak bawa payung. Akhirnya, kami meredah saja hujan sebab lama sangat tunggu dalam kereta. Tak kanlah nak pusing balik bila dah sampai depan rumah kawan tu kan....


Hujung minggu nanti lagilah ramai yang membuat rumah terbuka sebab Jumaat ialah cuti umum sempena Hari Malaysia. My husband dah tanya saya, nak buat makan makan ke kat rumah kita? Saya cakap, rasa macam nak buat juga kecil kecilan tapi tak pasti bila.Maklumlah semua weekends penuh kawan kawan lain buat, kalau nak nak buat weekdays malam.... alahai tak sanggup akak. 



Petang semalam saya buat Lopes Daun Buluh.

Stok daun buluh agak banyak juga di rumah, pemberian sahabat di Penang. Semua bahan ada dirumah kecuali kelapa parut je kena keluar beli di kedai. Rasanya lama juga tak buat kuih muih kat rumah, tambahan lepas raya ni, malasnya tak boleh nak cerita.....

Bahan bahan

Beras pulut
Air Abu / Abu Chang
Kelapa Parut
Garam
Manisan / Air Gula Merah / Gula Kabung

Cara cara
1. Rendam Pulut dengan air abu. Cuci dan toskan.
2. Rendam daun buluh dan talinya di dalam air dan lap dengan kain bersih.
3. Gulung daun buluh seperti hendak membuat ketupat pulut, masukkan beras pulut lebih kurang 2 sudu makan. Lipat daun buluh supaya beras pulut tidak keluar. Buat sehingga siap.
4. Masukkan beras pulut yang siap dibalut dengan daun buluh ke dalam periuk tekanan. Masak mengikut arahan periuk tekanan masing masing.
5. Setelah masak dan sejuk, buka pembalut/daun buluh, salut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
6. Hidangkan bersama sama air manisan.


Friday, September 9, 2011

Gulai Ikan Keli & Rebung


Semalam menu makan malam berasaskan ikan keli, ada Gulai ikan keli & rebung dan ikan keli goreng.


Kalau bagi ikan keli hidup, suruh saya siangkannya, alamat keras kejung la ikan keli tu. Nasib baik kat sini, ikan keli dah siap "siang". So balik boleh terus cuci dan masak. Saya tak suka ikan keli yang bersaiz besar, selalunya saya pilih yang saiz sederhana, so kalau dah goreng akan lebih garing dan rangup.

Kebetulan masa balik Perlis hari tu, saya beli rebung yang sudah siap direbus. Salah satu sayur kegemaran saya dan suami. Kalau balik Perlis, lauk lain boleh tolak ke tepi dulu kalau ada sayur rebung ni. Kebiasaannya saya masak gulai ikan atau tulang lembu dengan rebung masam ni. Kalau masak dengan tulang lembu, campurkan sedikit kerisek, aduhhhh sedap you.....

Gulai saya agak kemerahan sebab terlebih cili kisar tapi tidaklah terlalu pedas. Saya tak pandai nak bagi resepi sebab kalau masak gulai ni selalunya main agak agak je, kata orang ikut sedap tangan sendiri. Tak pernah sukat berapa banyak santan, berapa banyak air asam.... Tapi nanti bila ada masa, kena cuba buat sukatan juga.


Gulai Ikan Keli & Rebung

Thursday, September 8, 2011

Nasi Goreng Cendawan


Salam di hari Khamis

Bila dah beberapa hari meninggalkan aktiviti mengambil gambar masakan, terasa malas sangat nak start balik. Lagipun mood untukmain masak masak belum menjelma. Masih dalam proses nak memanaskan balik apa apa yang patut.

Kebanyakan kedai makan di sini masih belum beroperasi atau mungkin yang baru berkemas untuk beroperasi semula. Jadi kalau nak makan tengahari tu pilihan yang ada agak terbatas. Yang confirm beroperasi ialah kedai mamak. Tapi larat ke tekak nak membalun nasi mamak hari hari. Sesekali sedap juga masak mee segera.

Malam tadi since tak tau nak makan apa, my husband request masak nasi goreng. lagi la senang kerja akak cam ni. Sebelum balik kerja, singgah beli ayam dan cendawan tiram. Selain masak nasi goreng, saya buat sup ayam.

Nasi Goreng Cendawan

Monday, September 5, 2011

Cuti Cuti Raya

 Anak Saudara Terengganu

Tahun ni saya berhari raya di dua tempat. Raya pertama di rumah keluarga saya dan hari raya kedua saya dan suami pulang  berhari raya di Perlis pula.

Tak banyak gambar yang sempat saya ambil sebab tak berapa nak ada mood nak angkat senapang dan agak sibuk menyediakan segala juadah seperti rendang ayam, gulai daging dan persiapan membuat bihun sup untuk juadah hari raya pertama.

Walaupun masa agak terhad, alhamdulillah sebab sempat bertemu rakan rakan semasa bersekolah dari Tingkatan 1 hingga 3.


Anak saudara Perlis
 Kuala Perlis



 Makanan akan lebih sedap jika berkongsi.....

 Pantang nampak kamera, tak perlu disuruh terus beraksi.....

 Cucoq Ketam - Kalau ke Kuala Perlis tak menjamah ini bagai tak lengkap...

 HP my husband dan Tab saya asyik jadi mangsa anak saudara, tak kira anak saudara Terengganu atau Perlis.

 Laksa Kuala Perlis - Satu lagi juadah yang sinonim dengan Kuala Perlis


Cucoq Udang