Thursday, January 16, 2014

Green Tea Latte



Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Hari yang agak memenatkan, terasa sangat badan ni bila umur makin meningkat. Lega juga bila mengenangkan esok cuti. Bolehlah regang regangkan badan sikit atau terus melepek atas sofa.

Actually saya ambil gambar Green Tea Latte ni semasa cuti Maulidur Rasul tempohari. Sambil temankan my husband kemaskan taman yang sekangkang semut tu, sempatlah menghirup keenakan Green Tea Latte ni.



Sumber resepi dari Just One Cookbook. Kebanyakannya resepi dari negara Matahari Terbit.

Sejak kebelakangan ni saya dah mula menggemari aroma Green Tea @ Matcha ni.


Sedang enak menikmati secawan Green Tea Latte, mata sempat menangkap kelibat seekor belalang yang sedang bertenggek di atas daun pokok orkid saya. 




Wednesday, January 15, 2014

Bread Rings



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul. Nampaknya penduduk Selangor akan bercuti lagi pada hari Jumaat sempena Thaipusam.

Rasanya saya dan suami tak akan ke mana mana walaupun cuti memandangkan rumah sedang diubahsuai. Banyak barang dah berselerak dan tentunya penuh dengan habuk.

Planning nak menghadiri kenduri kahwin di Kuantan semasa cuti Tahun Baru Cina pun mungkin terpaksa dibatalkan kalau ubahsuai rumah masih belum siap.



Actually ini activity petang semalam, memandangkan kami tidak kemana mana dan makan tengahari juga di taja oleh restoran ( akak beli bungkus je ....), maka tangan terasa gatal nak buat roti.

Cari cari, jumpa satu resepi yang tak banyak guna bahan dan kebetulan sos ganache ada berbaki dalam peti ais.

Roti ini jenis yang agak crunchy diluar dan lembut di dalam. Lebih enak di makan semasa masih hangat jika tidak ia akan sedikit keras bila sudah sejuk.


Sepatutnya kena uli memanjang dan cantum hujung menjadi bulatan tetapi saya nak senang, bulatkan doh dan tebuk lubang di tengah seperti hendak membuat kuih keria. Ala kita yang membuatnya, ubahsuai sikit mengikut keperluan dan keadaan semasa....



Resepinya akan saya update kemudian.

Sumber: Cook Me Greek
Menghasilkan antara 6-8 keping

Bahan bahan
259 gm tepung roti
150 gm air suam
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4 gm yis kering
1 sudu besar olive oil

Untuk hiasan
2 sudu makan gula
1/2 cawan air suam
Bijan secukupnya

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam Bread maker dan tekan fungsi DOUGH. Biarkan hingga siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk dengan tangan beberapa kali kemudian bahagikan kepada 6 atau 8.
3. Roll doh menjadi panjang seperti tali dan bentukkan supaya menjadi bulat atau cincin.
4. Alihkan Bread Rings tadi ke atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan baking paper.
5. Campurkan 2 sudu besar gula dengan air suam dan kacau hingga sebati. Sapukan ke atas Bread Rings dan taburkan dengan bijan.
6.Tutup Bread Rings dengan tuala dapur yang lembab dan biarkan hingga ia naik/kembang.
7. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga keperangan pada suhu 200 darjah celcius.



Jemput!!!!


Tuesday, January 7, 2014

Chocolate Moist Cake With Ganache




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Back to normal hectic life. Pagi pagi dah mula sesak dan jammed. Ohhhhhh serabut rasanya especially bila umur makin nak masuk kategori "Antik" ni....

Bilalah duit nak berkepok kepok dalam bank kan... bolehlah duduk bersantai sambil layan pokok bunga ke, pokok tanam tanaman ke, anak kucing ke...oppssss ahkak alergik kat bulu kucing dan seumpama dengannya...



Agak lama juga tak buat choc cake kat rumah, bukan setakat kek je, banyak benda dah jarang masak sekarang ni. Ingatkan tahun 2014 ni bolehlah jadi lebih rajin dari tahun lepas...

Insya Allah sedang memotivasikan diri supaya lebih rajin untuk mencuba resepi resepi yang menarik dan sekaligus rajin untuk update blog ni. Kira macam azam la juga kan...


 Resepi Chocolate Moist Cake ni saya ambil dari internet cuma saya lupa dari mana sebab lepas nampak resepinya yang agak senang, saya terus copy dan print out. Lepas tu simpan kadang kala cari pun tak jumpa. Ini pun lepas kemas barang dalam laci kat tempat kerja, baru terjumpa.

Lagipun saya nak merasmikan bundt pan yang saya beli awal tahun lepas rasanya. Itulah....selalu kena tegur dengan my husband, beli je tapi tak guna.



Nanti saya update resepinya sebab ia memang senang dan tidak memerlukan mixer. Saya cuma gunakan egg whisk.

Sumber: diethood.com

Bahan bahan
2 cawan gula - saya kurangkan kepada 1 1/2 cawan gula tebu perang
1 3/4 cawan tepung gandum - saya guna unbleached flour
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur - large size
1 cawan kopi segera yg dibancuh pekat
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh vanilla extract
1 cawan buttermilk

Ganache/Chocolate frosting
12 ounces chocolate masakan - dicincang halus
1 1/2 cawan heavy whipping cream
125 gms butter

1 bundt pan - oles dengan butter

Cara cara
1. Masukkan heavy whipping cream dan butter ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan coklat masakan, kacau hingga larut.
2. Matikan api, tuang ke dalam bekas sesuai dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.

3. Panaskan oven.

4. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun atau bekas yang sesuai.

5. Kemudian masukkan pula semua bahan cecair satu persatu ke dalam mangkuk yang berisi bahan kering tadi.

6. Gaul semua bahan dengan sebati. Kalau gunakan electric mixer, pukul adunan pada kelajuan sederhana selama 2 minit. Saya cuma gunakan egg whisk, gaul adunan sehingga menjadi sebati.

7. Tuang adunan ke dalam bundt pan, bakar selama lebih kurang 30 - 35 minit atau sehingga bila kita cucukkan lidi, lidi keluar tidak melekat.

8. Sejukkan sebelum di tuangkan coklat frosting/ganache ke atasnya.





Thursday, January 2, 2014

Chicken Curry Steamed Buns @ Pau




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pengunjung My Small Kitchen.

Semoga tahun 2014 akan membawa seribu satu harapan yang lebih baik dari tahun tahun sebelummya. Semoga kita sentiasa diberi rahmat dalam apa jua yang kita lakukan.

So pembuka tirai tahun 2014, saya menyajikan Pau Kari Ayam yang saya sediakan pada 01.01.04.
Sebenarnya dah lama my husband bagi hints yang dia teringin nak makan pau kari ayam tapi memandangkan mood nak main masak masak di dapur tidak berapa ada, saya diamkan dulu. Since semalam cuti umum dan sudah beberapa kali saya tangguhkan niat nak membuatnya, saya rajinkan diri buat pau ni. Itupun dah hampir pukul 10 malam baru siap.



Padahal bukannya susah sangat pun, yang agak susahpun masa nak sediakan intinya. Adunan doh boleh campak masuk Breadmaker, biar dia yang buat kerja. Dah siap, boleh terus buat kuih pau dan kukus. Siap untuk dijamah....



Untuk resepi ini saya gunakan tepung hongkong, dan alhamdulillah saya berpuashati dengan hasilnya walaupun tidaklah cantik macam pakar yang dah biasa buat bertahun tahun. Tapi untuk makan sendiri tu puaslah. Cuma nak kena practise lagi how to pleat the dough supaya nampak cantik seperti di kedai yang jual pau atau dim sum.


Resepi saya ambil dari No - Frills Recipes cuma saya tukar air dengan susu segar dan saya buat separuh dari adunan asal.

Bahan bahan untuk kulit pau

500 gms tepung Hong Kong / Tepung Pau
2 1/2 sudu teh yis kering
100 ml air suam
125 gms gula castor
5 sudu teh lemak sayuran / vege shortening
1/4 sudu teh garam
110-115 ml susu segar

Cara cara
1. Campurkan yis dengan air suam dan masukkan sedikit gula dan tepung hongkong. Kacau dan biarkan hingga ia berbuih.
2. Masukkan semua bahan ke dalam Breadmaker dan pilih setting doh. Biar hingga selesai.
3. Keluarkan doh dan tumbuk beberapa kali dan ambil sedikit doh anggaran 50 gm dan bulatkan.
4. Gunakan rolling pin, leperkan doh menjadi sedikit nipis dan masukkan inti, pleat the dough until it seal.
5. Biarkan kuih pau naik 1 kali ganda, panaskan kukusan, kukus hingga masak lebih kuran 10 minit.

Untuk inti pau pula, saya gunakan resepi my mom yang dia gunakan untuk buat karipap.

Bahan bahan
200 gms isi ayam - didadu kecil
2 biji kentang - didadu kecil
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu makan serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
Garam dan gula
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg telah ditumbuk bersama sama dengan bancuhan serbuk kari hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, kentang, daun kari dan air secukupnya.
4. Masak hingga kentang empuk dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga agak kering dan ketepikan.