Tuesday, November 18, 2008

Kudapan...



Emak saudara husband saya datang rumah last weekend dari Perlis. So my MIL kirim buah nangka sebiji dan beberapa ikat pisang. Tak pasti pulak apa nama pisang tu, tapi memang biasa buat goreng. Tapi biasalah, masa kat rumah tu terhad, jadi ambil masa nak habiskan. Nak hulur kat jiran pun, masing masing buat hal sendiri.
Oh ya, cakap pasal jiran baru. Dah masuk minggu 3 saya berpindah, belum bertegur sapa walaupun dengan jiran sebelah rumah. Entahlah, setiap kali terserempak saya berpaling untuk sekurang kurangnya melemparkan senyuman kalaupun tak sempat bersuara. Tapi sedikit pun mereka tak berpaling. Tapi berlainan pula dengan jiran yang berbangsa Cina dan India, kerana sekurang kurangnya datang bertegur sapa dan memperkenalkan diri.
Sayakah yang terlalu kolot atau "orang kita" sudah jauh maju ke depan. Atau sekarang kita perlu ambil pendekatan " Engkau-Engkau, Aku-Aku". Mungkin saya terlupa yang sekarang kita adalah MELAYU BARU.

No comments :