Bahan bahan
200 gms mee Thai ( ada dijual dipasaraya - bhgn kering) - rendam hingga lembut
1 keping tauhu - digoreng dan dihiris nipis
1 sudu makan udang kering - digoreng
1 sudu makan lobak jeruk - dihiris halus
2 sudu makan daun kucai yang dipotong lebih kurang 2 cm
2 ulas bawang merah - dimayang halus
20 gms taugeh
2o ml air asam jawa
1 sudu makan gula kabung
1 sudu makan kicap sotong
1 sudu makan serbuk cili Thai
1 biji telur
Sedikit kacang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa
Cara Cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan udang,lobak jeruk dan tauhu. Goreng seketika.
- Kemudian masukkan mee Thai, air asam yg telah dicampur dengan gula kabung dan sedikit garam.
- Goreng buat seketika, masukkan telur yg telah dipukul sedikit, udang kering,daun kucai,taugeh,kicap sotong dan serbuk cili.
- Gaul rata dan masak hingga agak kering.
- Semasa menghidang bolehlah ditabur dengan kacang tumbuk dan limau nipis.
No comments :
Post a Comment