Thursday, July 5, 2012

Honeyed Poached Apricots with Yogurt


Salam Nisfu Syaaban......

Apa khabar semua pengunjung My Small Kitchen? harap semuanya sihat dan ceria selalu.... Saya dan suami mengalami batuk dan badan rasa lemah saja..... Kalau ikutkan hati macam nak berbaring. Biasalah bila umur makin meningkat, daya tahan badan pun semakin lemah. Kalau terlalu manjakan badan pun tak bagus juga.

Jadi mari kita ceria ceriakan hari Khamis ni ye..... 



Malam tadi menu ulangan so malas nak ambil gambar. Nanti jemu pulak asyik tengok menu yang sama berulang ulang kan....

So hari ni saya tayang gambar Honeyed Poached Apricots with Yogurt..... Panjang sungguh namanya, tapi senang dan cepat untuk menyediakannya. Ada oang tidak menggemari yogurt kerana rasanya yang masam. Tetapi kalau tahu bagaimana untuk mempelbagaikan kegunaan yogurt, tentu ia menjadi enak. Bagi penggemar yogurt, tentu boleh mencari idea bagaimana untuk menikmati keenakan yogurt.


Saya memang selalu simpan stok plain yogurt di dalam peti ais di rumah. kadang kala terasa nak makan something but too lazy to cook, so selalunya saya hanya makan yogurt dengan madu. Selain itu, saya suka minum lassi buah buahan, jadi yogurt antara bahan yang perlu ada.

HONEYED POACHED APRICOTS WITH YOGURT
Sumber dari internet (Gourmet in the kitchen), diubah suai mengikut keaadan.

Bahan bahan

5 biji buah apricots - belah dua dan buang bijinya.
1 cawan air
3 sudu makan madu
1 sudu kecil rose water
Sedikit kacang pistachio 

Cara cara
1. Masukkan air, madu dan rose water ke dalam peiuk. Panaskan hingga madu larut.
2. Masukkan apricots ke dalam periuk, biarkan hingga mendidih tetapi jangan sampai buah apricots menjadi lembik dan hancur. Keluarkan buah apricots.
3. Renihkan kuah yang tinggal dengan api perlahan hingga hampir pekat dan matikan api.
4. Cedok yogurt ke dalam bekas hidangan, letakkan buah apricots di atasnya. Sudukan kuah yang telah dipekatkan tadi ke atasnya. Taburkan dengan kacang pistachio.
5. Sedia untuk dinikmati.



Bon Appetite.....


14 comments:

  1. dapnya...tekak perit ni kalau makan ni sure bestkan...

    ReplyDelete
  2. menu yang sangat healthy la kaka...panas gini if makan ni heaven giler

    ReplyDelete
  3. salam hazila...wah!!cedapnye nampak. terliur d buatnya. btw kalau peach tu kita saute dgn gula (ala2 manisan) pun sedap kan. eh!!sorry ubah2 org buat plak.bukan apa kita terbayang masam2 yogurt&peach tu membuatkan kecur air liur kita ;)

    ReplyDelete
  4. salam hazila...wah!!cedapnye nampak. terliur d buatnya. btw kalau peach tu kita saute dgn gula (ala2 manisan) pun sedap kan. eh!!sorry ubah2 org buat plak.bukan apa kita terbayang masam2 yogurt&peach tu membuatkan kecur air liur kita ;)

    ReplyDelete
  5. saya pun antara yang tak gemar makan yogurt. cuma lately ni nak ajar makan, belajar sikit2, mungkin boleh cuba resepi ni

    ReplyDelete
  6. mn dpt buah pic fresh tu? pic kan? sy minat sgt..tp tak penah jumpe yg fresh...anyway..smg cepat sembuh..take care

    ReplyDelete
  7. Salam Hazila. Mmg sedap dessert ni tapi mana nak cari aprikot ni... dulu2 study kat UK mmg murah sgt buah ni... miss this!

    ReplyDelete
  8. asslm kak Hazila...lamanye xsinggah ke sni...rindu dgn dapu n tuannye skali...hihi...

    nmpk sedap lak dessert tu...tp syg QH pon bkn pgemar yogurt...

    ReplyDelete
  9. dah lamanya tak makan buah ni...:)

    ReplyDelete
  10. anak suka makan yogurt...nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  11. Terliur tengok hidangan ni... ada kacang pistachio lagi, tambah-tambah enak, lemak, asin, manis...cukup rasa dengan yogurtnya!
    Amie pun suka simpan yogurt, memang ada bekalan yogurt sepanjang masa di peti sejuk.

    ReplyDelete
  12. dah lama x beli buah nie..ada pistachio lg..wallaa..mmg best..yougrt klu kt umah zila cpt jew habis..kdg2 beli sampai 2kilo..sbb ada pgemar tegar kt umah tue..h ehhe

    ReplyDelete
  13. Singgah blog ni.. Terliur dengan menu pembuka selera.. Alahai sedapnya.. Teringin nak merasa.

    ReplyDelete