Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri....
( walau dah seminggu kita berhari raya )
Punyalah beraya sampai demam. Saya dah mula demam, batuk dan hidung berair sejak hari khamis lagi, sementara my husband pulak berjangkit bila sampai Shah Alam pada hari sabtu. So sabtu dan ahad kami berdua asyik melingkar saja sebab habis seluruh badan sakit dan lemah sangat. Walau ada jemputan rumah terbuka berdekatan, tak mampu nak bertandang, segan pulak sebab batuk dan suara yang hampir hilang.
Saya pulang beraya di Pahang pada pagi Jumaat, keluar rumah seawal pukul 4.30 pagi dan singgah solat subuh di Hentian Lanchang. Punyalah ramai manusia yang berhenti, ingatkan hanya segenlintir saja yang keluar awal macam kami. Yang paling seksa bab nak tunggu giliran ke bilik air....
Petang hari raya pertama kami dah balik ke Shah Alam semula kerana keesokan harinya kami akan bergerak ke Perlis pula. Jangan ingat hari raya highway tak sesak, ada sesetengah tempat boleh tahan sesaknya terutama hentian sebelah dan R&R. Kami keluar dari Shah Alam pukul 7.30 pagi dan sampai ke Perlis lebih kurang pukul 4 ptg.
Bila dah balik Perlis, selain pergi beraya ke rumah saudara mara tak sah kalau tak pergi cuci mata ke tempat tempat yang selalu saya singgah seperti Kuala Perlis untuk makan laksa dan cucur ketam, Kuala Sungai Baru untuk cari ikan kering dan belacan dan Padang Besar, apalagi untuk cuci mata dan cuci poket sikit sikit....
Masa bulan puasa, hilang lah sekilo dua, tapi bila dah seminggu raya bertambah 5, 6 kilo lagi.....
Since takde gambar raya sebab saya malas sungguh nak bergambar, so saya letak gambar kuih Putu Perak yang saya beli masa singgah di R&R Ulu Bernam. Sudah beberapa kali teringin nak rasa Putu Perak ni, so bila ternampak ada orang jual di R&R tu, terus beli 3 pcs. Rasanya lebih kurang sama dengan putu bambu dan putu piring cuma Putu Perak tidak disertakan dengan gula merah/perang dan kelapa parut diletakkan di dalam putu itu sendiri.