Thursday, March 27, 2014

Kari Ikan Masin & Nenas




Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Hari ini mari kita layan menu Kari Ikan Masin dengan nenas pula. Saya kalau beli ikan talang masin atau kurau masin, saya lebih prefer tulang berbanding isi ikan. Walhal lebih senang kalau masak isinya tetapi lebih sedap tulangnya pada tekak saya.

Biasanya kalau masak kari @ gulai ini saya tiada sukatan tertentu, ikut sesuai rasa saja. Main agak agak saja. Kalau rasa nak pekat, kurangkan cecair dan begitulah sebaliknya. Tetapi kalau nak ajar orang baru berjinak jinak untuk ke dapur memang agak susah sikit. Yelah kalau kita kata segenggam, genggaman tangan kita tentulah tak sama dengan genggaman tangan orang lain.


Sebenarnya ini adalah menu tertangguh. 2 hari lepas memang plan nak masak kari ikan masin ni, semua dah beli bila balik dan perah kelapa, nampak santan macam pelik sikit. Nasib baik saya hidup dan rasa sikit rupa rupanya kelapa dah berbau. Cari cari juga kalau kalau ada santan kotak yang saya simpan, malangnya tiada. So tertangguhlah ke hari semalam.

Semalam saya hanya masak kari ikan talang dan rebus kerang. Alhamdulillah, bertambah juga saya tengok my husband makan. 




3 comments :

Liza said...

bestnya, biasa akk buat masak lemak ciliapi ikan masin ngn nenas je, nnt lain kali blh mengari la pulak...hihii

kakrose said...

Kari ikan masin yg tak habis tu..esoknya buat cicah lempeng..pergh sedapnya..

Amie said...

Bila sebut kerang rebus... terus terlupa kisah kari ikan masin tu he heheh... apa pun dua2nya memang sodap!