Monday, May 19, 2014

Biskut Cornflakes


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dah nak raya ke? 
Tiba tiba makcik rajin pula buat cookies raya. Saja buat cookis ini untuk kudapan. Apa salahnya kan... Nanti bila dah dekat nak sambut raya, tak adalah nak pening kepala nak cari resepi kuih raya. Itupun kalau rajin.... biasanya dalam bulan puasa, saya ni jarang sangat buat kuih raya. Ini kira macam process memanaskan badan..... boleh?



Sebenarnya last Friday, saya dan beberapa kawan kawan rapat ada small gathering untuk sambut birthday salah seorang dari kami. Kebetulan pula saya memang agak sibuk even masa cuti Wesak pun saya kena bekerja untuk siapkan apa yang perlu. Jadi memang tak sempat nak mencari hadiah. Jadi masa lunch hari jumaat tu saya sempat ke bakery yang berdekatan, beli alatan memasak/baking sebagai hadiah. Walaupun dia lelaki, tetapi dia suka memasak dan buat kuih muih.

Ternampak pula buku biskut raya oleh Florence Tan, gatal tangan menyambar masa nak membayar. So bila dah beli buku, kena la membuatnya kan....
 
 Biskut Conflackes
By Florence Tan

Bahan bahan
A (Diayak)
150gm tepung gandum
210 gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik

B
180gms gula kastor - saya gantikan dengan organic cane sugar
250gm mentega
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
180 gms cornflakes - dikisar kasar

Cara cara
1. Putar gula kastor dan mentega sehingga ringan dan gebu. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Terus pukul selama 1 minit.
2. Masukkan cornflakes dan bahan A. Gaulkan sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulatkan ia menjadi bebola kecil dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah diglis.
4. Saya tambahkan hirisan raisin di atas doh yang dibulatkan tadi. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga menjadi warna kekuningan.
5. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


8 comments :

kakrose said...

sedap dan rangup. akak memang suka Biskut Conflackes nie..

adda syuhada said...

biskut cornflakes sedap wooo...

Sweet red cherry said...

wah, tayang biskut lagi ya..heheh..apapun, mesti sedap biskut ni kan..

Rohah said...

assalam kak...bahang puasa kian terasa ni kak bile terpandang biskut akak ni..hehee

hazila said...

kakyon,
memang ranggup. Rasanya kalau kurangkan sikit tepung gandum mungkin lebih lembut.

hazila said...

adda,
memang sedap biskut cornflakes, tambahan bila tergigit cornflakes krup krap....

hazila said...

Bbwana,
hehehehehe meh la beraya kat rumah akak. Raya apa jangan tanya...

hazila said...

Rohah,
WS. Itulah macam esok lusa pulak nak raya tiba tiba buat biskut ni.