Monday, March 17, 2008

Air Soya




Tengahari semalam cuaca panas betul. Pagi pagi tu rendamkan kacang soya, memang plan nak buat air soya pun. Best betul minum ni masa cuaca panas cam ni. Jemput minum.

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )
200g kacang soya
6 cawan air
Cara-cara
Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
Dapatlah air soya . Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu

No comments:

Post a Comment