Thursday, March 27, 2008

Gulai Ketam dengan nenas


En. suami memang crab lover. Paling kurang dalam seminggu mesti ada menu ketam. Kadang kadang buat chili crab atau masak lemak. Last night he requested to cook crab curry. Jadi kenalah masak. Mari kita tengok bahan bahannya...
Bahan-bahan
1 kg ketam, dibersihkan
4 sudu makan rempah kari ikan
1 cawan air
½ liter santan pekat
1/2 biji nenas di potong kecil
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
# Bahan untuk dikisar #
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Masukkan daun kari, kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.
Masukkan garam, serbuk perasa secukupnya dan ketam. Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.
Akhir sekali masukkan santan, dan bila ia telah mendidih. Kacau sebati, padamkan api, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment