Wednesday, March 12, 2008

Masak Lemak Ketam


Resepi ni ambik kat umah Cik Mat. Sorry ler cik Mat, saya nak copy paste resepi yer...
Tapi saya tak letak bunga kunyit coz tak pernah jumpa pun. So guna apa bahan yang ada kat dapur tu jer...

Bahan-bahan


4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)

Cara-cara

Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.

No comments:

Post a Comment