Bahan bahan
Lapisan bawah
100 gm pulut hitam
200 gm pulut pulut
150 ml santan pekat
150 ml air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan.
Lapisan atas
140 gm gula
40 gm tepung jagung
40 gm tepung gandum
1/2 sudu garam
200 ml santan pekat
200 ml air
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna kuning
Sedikit perasa pandan
Cara cara
- Rendam kedua dua beras pulut selama lebih kurang 6 jam.
- Toskan, masukkan santan,air,garam dan daun pandan kedalam beras pulut dan kukus sehingga masak.Keluarkan dan masukkan kedalam bekas yg sesuai dan tekan sehingga mampat dan kukus semula selama 5 minit. Ketepikan.
- Untuk lapisan atas, Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga sedikit pekat, kemudian tuang keatas lapisan pulut tadi. Kukus semula sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment