Wednesday, June 4, 2008

Avocado Salad

Hari tu beli buah avocado byk juga, saya suka makan dengan susu segar. Walaupun buahnya agak tasteless tapi byk khasiatnya. Resepi ni saya ambil dari Ringo@MyR.

Bahan-bahan

1 biji avocado
20 ekor udang segar
3 sb mayonaise
2 sk condense milk
1 sk tomato kechup
1 sk susu segar

Cara-cara

Kupas kulit udang, belah belakang dan buang urat hitam. rebus sekejap dalam air bergaram. kalau udang besar potong dua.
Belah dua avocado, keluarkan isi dengan sudu. Potong 1cm persegi. Hati-hati supaya kulit tidak pecah sebab nanti akan digunakan kemudian.
Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
Sudukan 3. kedalam kulit avocado tadi dan hidangkan. sedap dimakan sebagai appertizer.

No comments:

Post a Comment