Tuesday, July 8, 2008

Bun Benggali

Resepi asal dari Sofinar@MyR ialah Roti Benggali. Cuma saya cari loaf pan tak jumpa, jadi alternative nya saya bulat bulatkan seperti bun. Jadi kena tukar jadi Bun Benggali la kan. Saya gunakan Breadmaker jadi lambakkan semua bahan dalam pan,tunggu sampai doh siap.

Bahan-bahan

Bahan A
350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam

Bahan B
120 - 160 ml air suam
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Cara-cara

Bahan B digaul bersama
Semua Bahan A digaul sebentar
Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

No comments:

Post a Comment