Bahan bahan
1 keping ikan merah
2 biji cili merah
4 biji cili padi
2 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula
Cara cara
- Ikan merah digoreng hingga garing. Ketepikan.
- Kisar hancur cili merah. cili padi, bawang putih, bawang besar, halia, tomato dan daun ketumbar.
- Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram.
- Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga agak pekat.
- Letakkan ikan goreng di dalam pinggan yg sesuai. Tuangkan sos yg telah dimasak tadi ke atas ikan. Hias kalau suka.
No comments:
Post a Comment