Bahan bahan
5 sudu teh parutan kulit oren
200 gms gula
335 gms self raising flour
2 sudu besar poppy seed
80 ml jus oren ( saya letak sunquick + sedikit pewarna oren)
1 biji telur - dipukul sedikit
250 ml susu segar
60 gms butter dicairkan-saya guna vegetable oil sebab butter dah habis.
Cara cara
- Panaskan Oven pada suhu 190 darjah celcius.
- Campurkan gula dan parutan kulit lemon. Ketepikan.
- Ayak tepung, masukkan poppy seed, jus, susu, minyak dan telur. Kacau sebati tapi jangan over mix.
- Sudukan ke dalam acuan muffin, bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment