Memandangkan saya sorang jer kat rumah, lunch semalam saya fikir nak masak satu jenis lauk tapi ada sayur sekali. Tak kanlah 2 hari berturut turut nak makan sardin jer kan... So teringat saya pernah nampak resepi ni dalam majalah. Tapi ni versi saya yg sempoi dan malas. Itupun makan nasi bertambah tau.
Bahan bahan
1 genggam ikan bilis- digoreng garing dan ketepikan
2 biji terung bulat - dibelah 6 dan digoreng hingga layu
2 sudu makan cili kisar
1 labu bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - dhiris halus
Garam dan gula
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Cara cara
- Tumis bawang besar dan putih hingga layu, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air.
- Masukkan air asam jawa, belacan dan biarkan seketika. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan ikan bilis dan terung yg telah digoreng tadi. Gaul sebati dan masak seketika.
- Tak perlu terlalu lama kerana ikan bilis dan terung telah digoreng terlebih dahulu.
Salam...
ReplyDeleteHurmm sedapnya, tapi kalau masak nie akak sorang jerr lah yg makan..