Friday, July 4, 2008

Terung Berlado

Saya suka makan terung, cuma kadang kala tak tau nak masak apa selain gulai dan pajeri. Teringat last month saya beli Majalah RASA berkaitan makanan Indonesia, ada resepi ni. Ada bahan yg saya tak masukkan seperti daun limau purut, tapi pada saya rasanya sedap dan yg pastinya saya akan masak lagi.

Bahan bahan

3 biji terung yg sederhana besar
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - dititik
1 helai daun limau purut
Sedikit perahan limau
Garam dan gula

Cara cara
  1. Terung dibelah tapi tak putus, digoreng dan diketepikan.
  2. Tumbuk cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  3. Pijarkan minyak masak, tumis bahan yg telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan perahan limau.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah masak tuangkan ke atas terung yg telah digoreng sebentar tadi.
  6. Hidangkan.

2 comments:

  1. akak..terung tu goreng mcm biasa jek?mcm goreng ikan yek...kita pon tak tau nk msk pe ngan terung asik2 pajeri..pnh tgk msk mcm ni tp nmpk dh siap ler..kt rmh ni ada terung tu pnjg sket..leh potong ka???nk try jugak ler :)

    ReplyDelete
  2. Azie, sorry tak perasan comment yg azie post. Aah, goreng cam biasa, cam goreng ikan tu.

    ReplyDelete