Bahan bahan
6 kepingan peach ( yg dalam tin bersama syrup )
130 ml syrup dari tin yg sama
Gula
300 ml susu segar
5 gms serbuk agar agar
Cara cara
- Peach dipotong dadu dan ketepikan.
- Masukkan serbuk agar agar ke dalam syrup dan biarkan ia larut seketika.
- Masukkan susu segar ke dalam periuk bersama sama dengan campuran syrup dan serbuk agar agar tadi.
- Didihkan dan rasa manisnya, kalau perlu boleh masukkan gula mengikut tahap kemanisan yg disukai. Kacau sebentar biar gula larut.
- Tutup api dan masukkan buah peach yg telah dipotong dadu. Gaul biar sekata.
- Tuangkan ke dalam bekas yg sesuai dan bolehlah dihias mengikt kreativiti masing masing.
- Enak dinikmati jika disejukkan terlebih dahulu.
Hazila..sedapnya nampak, cepatlah letak resepi..nk try nnt! :)
ReplyDeleteKak Ummi, nanti saya ingat balik yek, maklumlah masa buat tu main agak agak jer.
ReplyDeletenk resepi gak la hazila..meh tepek!
ReplyDelete