Bahan bahan
10 ekor udang - dibersihkan dan ditos
1 batang serai
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 cm lengkuas
2 helai daun limau purut
2 camca makan paste tomyam
Sedikit jus limau nipis
Sedikit cendawan tiram
Daun bawang
Daun ketumbar
4 biji cili padi
1 sudu makan sos ikan
Garam - jika perlu
4 cawan stok ayam/air rebusan ayam
Cara cara
- Masukkan stok ayam ke dalam periuk, panaskan. Masukkan serai yang dipotong serong.
- Masukkan lengkuas dan daun limau purut yang dikoyak dengan tangan. ( Jangan hiris halus). Kemudian masukkan bawang besar yang dibelah 4.
- Masukkan paste tomyam, jus limau nipis dan sos ikan. Kacau biar ia sebati.
- Masukkan cendawan tiram,cili padi dan tomato yang dibelah 4.
- Biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan udang. Masukkan pula daun bawang dan ketumbar.
- Kacau dan biarkan ia mendidih sebentar dan bolehlah ditutup api. Jangan masak udang terlalu lama kerana hilang manisnya.
No comments:
Post a Comment