Sampai rumah, belek belek apa yang ada, jumpa 1 tin fruit coktail. So yang paling mudah dan cepat buat triffle dan goreng bihun. Apa nak buat, last minute menu....
Bahan bahan
1 kek gulung
180 gms tepung kastad
200 gms gula
1000 ml air
250 ml susu cair
Sedikit garam
1 tin kecil buah buahan campuran
1 kotak instant jelly
Cara cara
- Potong kek dan susun dalam bekas kaca memanjang. Tuang sedikit sirap dari tin buah coktail. Ketepikan.
- Masukkan kastad, gula dan susu cair dalam bekas.Kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Masukkan air dan garam,kacau rata.
- Masak adunan kastad di atas api sederhana. kacau sehingga pekat.
- Tuang kasatd di atas kek tadi.
- Taburkan buah buahan tanpa sirap. Biarkan seketika sementara memasak instant jelly.
- Ikut arahan pada kotak jelly, setelah masak, tuang jelly ke atas puding kastad tadi dan sejukkan.
No comments:
Post a Comment