Bahan bahan
1 paket tauhu lembut
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 biji cendawan shitake
1 slice daging burger - hancurkan ( boleh letak mince meat )
1 sudu makan sos tiram
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa
Cara cara
- Tauhu lembut dikukus sebentar ( saya masuk dalam microwave jer)
- Bawang putih dan merah dimayang halus, tumis hingga naik bau. Masukkan Daging burger. Goreng sebentar hingga daging masak.
- Masukkan cendawan shitake dan cili merah/hijau. Gaul sekata. Masukkan sos tiram dan sedikit air jika perlu. Gaul dan perasakan.
- Setelah masak, tuang ke atas tauhu yang telah dikukus tadi dan renjiskan sedikit minyak bijan.
No comments:
Post a Comment