Bahan bahan
2 ketul ayam
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan cili kering kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu makan kicap manis
2 sudu makan madu
2 sudu makan sos tomato
Garam secukupnya
100 ml air - ikut pekat yg disukai
Cara-cara
- Tumbuk halus bawang merag,putih dan halia. Campurkan serbuk kunyit dan serbuk kari bersama sedikit garam.
- Perapkan bahan diatas dengan ayam selama 30 minit.
- Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
- Ambil bahan perapan tadi dan tumis bersama sama dengan cili kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato,kicap dan air. Gaulkan hingga mesra.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan perasan. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment