Dessert untuk malam ni, Epal Bersalut Coklat & Aiskrim. Walaupun Shah Alam hujan lebat, tapi disebabkan dah lama tak makan aiskrim, saya beli gak aiskrim. Nak buat sendiri, malaslah pulak.
Bahan bahan
2 biji epal - dibuang empulur tengah dan kupas kulitnya
250 ml air
1 sudu makan jus lemon
100 gms coklat masakan
30 gms kacang tumbuk
Aiskrim
Sos strawberry/rasberry
Cara-cara
- Masak epal hingga lembut.Perahkan jus lemon ke dalam rebusan epal tadi.
 - Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Biar coklat pekat dan sejuk seketika.
 - Salutkan epal dengan coklat tadi dan taburkan dengan kacang tumbuk.
 - Semasa nak menghidang, letakkan sos strawberry/rasberry dan aiskrim kesukaan.
 - Sedia untuk dinikmati.
 
No comments:
Post a Comment