Dah lama saya ambil resepi muffin dari laman web, tapi saya tak pasti dari mana. Kalau tak silap saya dari laman web Kak Zai @ fotopages. Maaf kalau salah orang ker. Anyway pada tuanpunya resepi minta izin ye. Saya ada buat ubahsuai sikit mengikut kesesuaian. Kenapalah muffin saya asyik merekah jer, saya tengok org lain buat muffin ok jer permukaan dia. Agaknya oven saya terlalu panas ker....
Bahan bahan
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
1 cubit garam
1 cawan dried cranberries
1/2 cawan melted butter - sejukkan sebentar
1/2 cawan gula kastor
Parutan 1 biji kulit lemon
Perahan 1/2 biji lemon
2 biji telur bersaiz besar
Ramekin/souffle
Cara-cara
- Ayak tepung dan ketepikan. Didalam satu bekas, masukkan telur,melted butter,gula,lemon zest andlemon extrac .
- Pukul hingga sebati. Masukkan susu segar dan tepung beselang seli dan kacau hingga sebati.
- Masukkan dried cranberries dan gaul rata.
- Ramekin/souffle disapu sedikit butter dan masukkan adunan ke dalamnya tapi jgn terlalu penuh.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 25-30 min atau sehingga masak mengikut oven masing masing.
No comments:
Post a Comment