Sunday, March 1, 2009

Pajeri Terung

Resepi ambil dari Kak Ita @ MyR, cuma saya gunakan terung biasa bberbanding terung organik.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
3 biji terung organik
2 sudu besar rempah daging
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar udang kering yang telah ditumbuk
1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
2 ulas bawang merah - dihiris (*)
2 ulas bawang putih - dihiris (*)
1 inci halia - dimayang (*)
2 kuntum bunga lawang (*)
Sebatang kulit kayu manis (*)
3 kuntum bunga cengkih (*)
2 biji buah pelaga (*)
Minyak untuk menumis
2 sudu besar gula pasir

Cara-cara
  • Kupas kulit terung , belah dua dan potong serong untuk setiap belah. Satu belah hanya dipotong 2 saja sebab terungnya comel2.
  • Campurkan serbuk kari, kerisik dan udang kering. Bancuh dengan sedikit air. Ketepikan dulu.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah yang telah dibancuh dan masak hingga pecah minyak. Masukkan pula gula dan kacau lagi.
  • Masukkan santan pekat yang telah dicampur dengan air. Kacau hingga mendidih. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan terung. Masak hingga terung lembut.

No comments:

Post a Comment