Masak ni dah beberapa hari lepas. Baru hari ni berkesempatan nak post entry. Entahlah 2,3 hari rasa cam malas sangat nak update blog. Online pun sekejap saja,lepas tu melepak depan TV je. Semalam lagilah, the whole day tak masak. Tengahari memanglah tak masak sebab my husband hanya akan balik pukul 4 pm. Tanya my lil bro nak makan apa, dia kata nak makan KFC. Lagilah senang kerja saya. Malam, kami keluar makan kat Restoran Zul Yahya, ala pelakon citer PEPAYA tu... Lepas makan merayap gi TESCO Extra lak. Tak beli apa pun, saja pusing pusing lepas tu saja gi pusing kat Restoran Upin & Ipin. Ramai gak orang, mungkin sebab filem tu tengah Hangat di Pawagam. Agaknya budak budak yg ajak mak bapak gi restoran tu.
No comments:
Post a Comment