Friday, April 17, 2009
Mochacino
Dah beberapa kali nampak Halen buat Mochacino ni, tapi semalam baru terpanggil nak mencuba. Sedap, saya prefer yang versi panas.
Bahan-bahan :
1 sudu kecil nescafe
1 sudu besar milo / coklat
Susu pekat manis (yg ni kena ikut selera sendiri)
Susu cair / susu segar (kena pandai ejas lemak dan manis dgn susu manis)
Whipped Cream
1/3 cawan air panas
Serbuk kayu manis
Air batu (jika mahu)
Cara-cara :
1. Bancuh nescafe, milo dan air panas hingga sebati.
2. Masukkan susu manis dan susu cair kemudian kacau lagi.
3. Tambahkan sedikit air kosong jika tidak mahu mochacino sejuk. Kalau hendak sejuk tambahkan ais.
4. Tarik mochacino tadi hingga berbuih seperti teh tarik tp jgn terlampau banyak.
5. Paipkan krim di atas mochacino tadi dan tabur dengan serbuk kayu manis.
4. Siap sedia utk diminum..
camne nak buat mocha ni? bestnya
ReplyDeletejue, nanti saya update resepinya.
ReplyDeleteTQ very much :D
ReplyDelete