Semalam saya tak masak dinner pun, sebabnya tanya my husband nak makan apa, dia cakap nak makan something else than nasi. Tapi masaelahnya....dia pun tak tau nak makan apa. Lastly saya suruh saya dia beli apa yang dia rasa nak makan sebab saya pun pening nak tolong fikir..... Bagus punya isteri kan....Buka peti ais ada air soya, terfikir nak buat pudding soya. Simple dessert, cuma perlukan soya, gelatin dan gula. Panaskan soya, masukkan gelatin dan gula. Gula dan gelatin hancur,masukkan dalam pudding cup atau cup yang sesuai. Sejukkan dan kalau suka boleh letakkan rasberry sauce semasa menghidang. Atau boleh juga letakkan buah kesukaan.
terima kasih atas resipi anda. bagus utk kesihatan.
ReplyDelete