Wednesday, July 15, 2009

Honey Prawn



Saya tengok ramai dah mencuba resepi dari Dayangjack ni, jadi saya pun tak mahu ketinggalan komuter. Semalam masa gi pasar, ada udang yang saiz XXL, apalagi rembatlah 10 ekor. Tapi saya takdelah buat semua sekali, balance tu simpan untuk resepi yang lain pulak.

Bahan Bahan
  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

8 comments:

  1. waaaa honey prawn... sedapnyer.. memg glamer tul resepi ni

    ReplyDelete
  2. itulah, sebab dah ramai mencuba jadi nak juga tau camne rasanya.

    ReplyDelete
  3. wahh ramainyer dah mcuba resepi ni..bile laa turn emi lk ni..kne pi cri udg dlu ni

    ReplyDelete
  4. Glamer sunggoh honey prawn neh sekarang... kat mane2 jer muncul.hehehhe

    ReplyDelete
  5. Mimi,
    hehehe...virus dia cepat merebak cam selesema B***.

    ReplyDelete
  6. emilia,
    kena cari udang cepat cepat. Nanti boleh join the crowd.

    ReplyDelete
  7. Ijan,
    Ini cam selsema B*** yang tengah merebak tu. Cepat je dia berjangkit. kalau tak nak kena, cepat cepat ambil vaksin.

    ReplyDelete