Mula mula nampak kat rumah Kak Nor, lepas tu kat rumah ijan pulak. Terasa rasa kat tekak nak makan salad terung ni. Sedap dan boleh buat lagi next time.Kak Nor, saya copy dari rumah akak ye...
2 batang terung panjang ( saya guna terung bulat)
1 biji telur ~ direbus ( saya tak letak sebab lupa)
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula ( saya guna gula somtam, lagi terangkat)
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi (saya pun guna daun ketumbar)
Gril terung hingga wangi. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.
haishh.. nampak sedap je kak.. nk kena cuba ni...
ReplyDeleteSedap kan kak... memang boleh buat lagi :)
ReplyDeletekih kih, daun ketumbar? kirim kan salam saya pada daun ketumbar itu, hehe
ReplyDeleteWah meriahnya dengan kehijauan...dah jangkit terung lak dah yer Zila...
ReplyDeleteCahayachenta, memang sedap dan tak rugi mencuba.
ReplyDeleteIjan, hehehe tergoda tengok kat rumah Kak Nor, lepas tu kat rumah Ijan pulak.
ReplyDeletelee lin,
ReplyDeleteMemang bau dia kuat sikit. Tapi kalau org suka memang sedap.
Kak watie,
ReplyDeleteBerjangkit kak.