Friday, August 14, 2009

Siakap Wangi

Boring juga kalau balik balik masak siakap masam manis, 3 rasa dan yang seangkatan dengannya. Kali ni saya cuba satu resepi dari buku masakan, Siakap Wangi. Sebab apa wangi, mungkin kerana penggunaan daun kesum dan bunga kantan dalam bahan kisar tu.

Bahan bahan

1 ekor ikan siakap - sederhana besar, dicuci dan ditoskan
3 biji cili padi
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun kesum ( agak agak )
* Kisar semua bahan diatas kecuali ikan.
Garam
2 sudu makan pati santan
Jus limau nipis/lemon

Cara Memasak
  • Lumur ikan dengan garam dan biarkan seketika.
  • Sediakan daun pisang atau guna aluminium foil, letakkan ikan ditengah.
  • Campurkan bahan kisar dengan santan dan jus limau nipis, gaul rata dan curahkan ke atas ikan. Pastikan bahan kisar ni masuk juga ke bahagian perut ikan.
  • Tutup foil tadi dengan kemas, letakkan ke dalam dulang pembakar.
  • Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit.
  • Sedia dinikmati.

No comments:

Post a Comment