Wednesday, October 14, 2009

Asari Masak Lengkuas


Bahan bahan

400 gms Asari / lala / kepah
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 cm halia *
3 biji cili padi
3 cm lengkuas
Daun kunyit
Sedikit kunyit
1 batang Serai
Garam
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Rendamkan Asari/lala/kepah seketika. (lagi lama lagi bagus utk buang kekotoran). Kemudian bersihkan dan tos.
  • Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah ditumbuk dan lenkuas serta cili padi yg telah diketuk hingga naik bau.
  • Masukkan air , daun kunyit dan serai, biarkan ia mendidih.
  • Masukkan Asari, biarkan seketika dan perasakan dengan garam.
  • Biarkan ia mendidih dan Asari terbuka. Kalau suka boleh masukkan cili merah yang telah dipotong untuk hiasan.

8 comments:

  1. Salam zila,
    sedap lauk ni. sure manis.

    ReplyDelete
  2. Salam Zila.....kalau dulu akak ingat Asari tu nama orang...since dah familiar jugak dengan term tu...Dak Hana kat Jepun selalu post kat blog dia kan....Akak pun tak terkejut sangat...memang manis juadah ni...tentu sedap...even kalau di ratah begitu saja!

    ReplyDelete
  3. oh namanya asari ke? baru den tauuu...

    ReplyDelete
  4. macam senang je nak buat... tak banyak guna bahan

    ReplyDelete
  5. Ibu & Abah,
    Ye lah kak. Ratah cam tu je...

    ReplyDelete
  6. Kak watie.
    Makanan kat rumah dah jadi global. Kalau dulu confirm terpinga pinga kalau dengar nama yg pelik pelik ni kan...

    ReplyDelete
  7. Lee lin,
    Bergantung kat species dia. Kulit/cengkerangnya warna lain lain.

    ReplyDelete
  8. Ernie,
    Senang je. Bahan bahannya pun selalu ada kat rumah.

    ReplyDelete