Friday, October 23, 2009

Puding Kukus Laici

Resepi dari Kimin 03@MyR kalau tak silap. Dah buat beberapa kali, sebab senang dan sedap.

Bahan Bahan

1 tin susu cair
4 keping roti putih
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
Isi laici

Untuk Jelly
1 packet jelly nona perisa strawberry
400 ml air

Cara cara
  • Panaskan kukusan.
  • Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  • Angkat dan biarkan ia sejuk.
  • Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  • Susun buah laici di atas adunan yg telah dikukus tadi.
  • Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.

11 comments:

  1. Wow, that's beautiful!!! Okey, masuk list!!! Ada lagik ker Kak Hazila??? :)

    ReplyDelete
  2. yeaaa..ada resepi, nnt nak buat gak lah, tq zila..looks yummy

    ReplyDelete
  3. Love,
    Ada lagi. Simpan dalam esbox untuk tonight. So tak perlu buat dessert.

    ReplyDelete
  4. Anonymous,
    Sila mencuba, saya pun cuba resepi org lain ni.

    ReplyDelete
  5. Ibu & Abah,
    Sedap kak, especially lepas keluar dari esbox. Sejuk je...

    ReplyDelete
  6. Adoiii sedapnye nampakkk... ni rasa nk buat nie...huhuhu

    ReplyDelete
  7. wah, cam senang. Cam senang. so, kalau senang, mesti kena buat kan. yang penting senang. senang ke?

    ReplyDelete
  8. Ijan,
    Rasanya sesedap mata memandang. Chewah.....

    ReplyDelete
  9. Kak Gerau,
    hehehehe...senang kak. TAPI paling senang kalau akak datang rumah saya makan.

    ReplyDelete
  10. lama dh saya aim desert nih...arini saya berjaya melaksanakannya...dan yg plg seronok saya berjaya membuat puding kukus ni dgn jayanya utk pertama kalinya...slalu first time buat mesti jd ntah apa2...thanks akak sbb letak resepi...my roomate x suka desert berunsurkan roti2...tp yg ni dia kata sedap...saya seronok btul...

    ReplyDelete